Aku terbaca dalam blog K Jee tentang Yasmin Damia. Seorang bayi yang baru berumur 2 minggu yang mengalami komplikasi pernafasan... Aku betul-betul tak mampu membaca luahan hati ibunya yang terpaksa berulang-alik dari Langkawi ke Alor Setar setiap hari demi bayinya...... kerana aku pernah melalui kegetiran hati dan kesanggupan berbuat apa jua untuk anak aku sendiri...
![]() |
Gambar ini hanyalah sekadar hiasa semata-mata.. Kegetiran kami suami isteri menjaga Along semasa bayi tak dapat aku pastekan di sini kerana gambar ada, tanpa scanner! |
Anak-anakku amat beruntung kerana mereka sering mendapat rawatan yang terbaik dalam keadaan yang sangat selesa. Tiada peraturan yang ketat bagi kami yang ingin menjaga atau melawatnya bila-bila masa sahaja. Mereka sentiasa mendapat rawatan dari pakar-pakar yang bertauliah.. Mereka sering mendapat ubat-ubatan yang terbaik di pasaran.... Terima kasih kepada majikan Hubby Baby yang menjaga kebajikan kami selama ini...
Mudah-mudahan Allah melindungi Yasmin dan keluarganya.. Moga ibu dan ayahnya diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan Allah.
0 comments:
Catat Ulasan