CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤

Selasa, 5 April 2011

Ayam Pedas Goreng

Hari ni tak tahu nak masak apa.. Anak-anak bila ditanya, "Goreng ayam!"
Hehehehehe.. Bahagianya aku bila anak-anak suka memudahkan kerja..
Tengahari tadi aku sediakan ayam goreng kunyit, nasi putih di'tabur' dengan kicap manis... Sayur? Jangan buang karan! Diaorang ni nak kena tanya dulu..kalau tak kang masuk tong sampah aje!
Petang tadi nak masak, tanya lagi.. "Ummi, goreng ayam yang Ayamas tu boleh?? Lepas tu nak makan dengan kicap aje..." anak-anak memudahkan lagi sekali tugasku hari ni...

Ni Ayamas Spicy... Tak susah... Pi kedai, ambik sepeket mana-mana jenis yang menjadi pilihan hati, bayau kat counter. Balik rumah, panaskan minyak. Bila minyak dah cukup panas, masukkan potongan ayam Ayamas yang dah dikeluarkan dari bungkusannya.. Masukkan dan biar ayam-ayam tu tergoreng selama 10 minit atau bila ia dah kekuningan... Dah siap, toskan...  Hehehehe...Senang sangat!

Sekarang ni, anak-anak sedang makan dengan lazatnya hidangan ayam goreng tu. Tak menyempat nak tunggu Abahnya balik!


0 comments:

Catat Ulasan