CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 22 April 2011

Nasi Goreng 3 Generasi

Apa istimewanya nasi goreng ni sampai 3 generasi ek?? Istimewanya..inilah nasi goreng yang arwah Mak selalu masak untuk kami, cucu-cucunya. Dari kecik sampailah masing-masing dah beranak-pinak, nasi goreng ni yang menjadi pilihan.. Letak la apa pun jenis nasi goreng, biar Chef Wan pun yg masak, mesti nasik goreng ni juga yang menjadi rebutan kami sekeluarga! Nasib baik sempat belajar macamana nak buat.. Tak susah pun.. Senang sangat, Very basic tapi ntah lah! Kenapa ia terasa sangat sedap dan lazat, aku pun tak tahu

Nasi Goreng 3 Generasi
agak-agak 2 mangkuk Nasi putih yang dah sejuk dan berderai. ikut suka le nak berapa banyak pun.. 
Segenggam ikan bilis, dibersihkan, dilalukan air dan tos.
1 sudu Planta
2 biji Bawang besar, dibelah 2 dan dimayang
2 sudu besar Cili mesin. Kalau ada sambal goreng, lagi syok!
Telur 2 biji, di pukul sedikit

Mumula, ambik kuali, masukkan minyak dan panaskan. Bila minyak panas, goreng ikan bilis sampai garing2. Toskan dan ketepikan dulu ikan bilis ni. Agak2 dah sejuk, simpan dulu dalam bekas kedap udara..
Pastu, masukkan Planta dalam kuali dan minyak gorengan ikan bilis. Tumiskan bawang besar. 
Bila dah layu bawangnya, masukkan cili mesin @ sambal goreng. 
Kalau masukkan cili mesin, biarkan cili garing dan pecah minyak. Kalau masukkan sambal goreng, agak2 sambal tu dah mesra dengan bawang, masukkan garam dan nasi putih. Kacau rata dan masukkan pula telur tu di bahagian tengah. Kaupkan nasi ke atas telur. Biar dalam 10 saat, then kacaukan. Gaul rata. Dah siapppp..... 
Ikan bilis tu bolehlah ditabur atas nasi goreng ataupun di gaulkan sekali selepas api dapur ditutup... 
Kalau terasa cam tak balance aje hidangan ni, bolehlah masukkan hirisan daging ayam dan sayur kangkung..
Tapi betulllllll... camni pun dah sedap! Cuba le test try... 

Dedulu, selalu makan nasi goreng ni pepagi buta sampai tengahari dengan air kopi "O" panas. Sedapppppp sangat! Dahlah makan kat rumah Mak, siap tapau bawak gi sekolah pulak tu! Bila balik petang, siap mintak lagi! Agaknya, pening arwah Mak melayan karenah cucu-cucu dia yang asyik nak makannnn aje!
Yang syahdunya, anak-anak pun pandai minta, "Ummi, nak makan nasi goreng moyang!"
Mesti Mak bahagia bila nengok cucu-cicitnya jadikan nasi goreng ni yang paling top in the list!

Nak iklan jap! Baru jap ni bukak blog, tengok ada new follower.. Follower berapa kerat aje tapi itu bukan tujuan utama blog ini dihasilkan... Tapi bila K Jee ,alah! Fauziah A Samad la! Yang dulu banyak berlakon kat RTM yang follow blog yang tak seberapa dan chacha marba ni, terasa besar hati lak... Terima kasih K Jee...;)) Mudah2an K Jee cepat sihat dan boleh datang Kuantan lagi.Kalau nak peneman makan nasi dagang kat Tg Api, ajak le saya! 

0 comments:

Catat Ulasan