a)Terbinanya Asas Yang Kukuh
Beribadah dengan betul adalah asas dan tiang yang kukuh dalam membangunkan kehidupan.Apabila asasnya kukuh, kejayaan ataupun kegagalan dalam hidup tidak menyebabkan diri seseorang Muslim itu hancur.
b. Terpelihara Niat Yang Suci
Beribadah dengan betul meluruskan niat sehingga apa yang dilakukan sentiasa berlandaskan ajaran agama dan dilakukan dengan cara yang betul.
c) Sentiasa Dijaga Segala Usahanya.
Beribadah dengan betul membuatkan seseorang itu bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaannya.
d) Mendapat Ketenangan Hati
Beribadah dengan betul memberi ketenangan dan ketenteraman pada hati. Ketenangan dan ketenteraman pada hati membimbing diri ke arah kreativiti dan produktiviti.
e) Sentiasa Berharap Pertolongan ALLAH
Beribadah dengan betul menimbulkan rasa berharap pada pertolongan ALLAH. Ini kerana ibadah dipenuhi dengan doa. Doa adalah asas membina kekuatan atas dasar keyakinan kepada ALLAH. Ibadah yang betul mendapat pertolongan daripada ALLAH yang Maha Menguasai segala-segalanya sehingga memperoleh kejayaan melebihi kemampuan.Ini sesuai dengan janji ALLAH.
0 comments:
Catat Ulasan