CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Selasa, 13 November 2012

Rich Chocolate Chips Muffin

8hb November, 2012

Dah lama x membaking tapi disebabkan nak buat solat hajat & doa selamat untuk Addeen yang bakal bersunatkhatan, beserta dengan tahlil buat arwah seluruh ahli keluarga kami, ku selising lengan baju juga.. Walau sibuk drift hantar ambik anak-anak, ku kuatkan juga.. Alah... muffin aje pun..

Ada banyak resepi Chocolate Chips Muffin ni.. Tapi aku suka buat yang satu ni.. Dah x ingat ambil dari mana tapi dalam internet jugak.. Dalam salah satu English website yg ada.. Resepi mudah. Caranya senang. Tak payah nak pakai mixer. Cukup dgn whisker & spatula @ sekadar sudu besar pun xpe..  Yang penting ada kasih sayang!




Chocolate Chips Muffins

Bahan A:
1 cawan butter (cairkan)
2 cawan susu segar ~ Dutch Lady low fat milk 
2 biji telur "A" ~pukulkan sikit kasi bercampur kuning putih aje
1 st esen vanilla

Bahan B:
3 cawan tepung gandum ~ ayak
1/2 cawan serbuk koko Van Houten @ apa2 brand pun xpe ~ ayak 2 kali
2 st baking powder ~ ayak dgn tepung
1/2 st soda bicarbonate ~ ayak dgn tepung
2 cawan gula perang ~ guna soft brown sugar 

Chocolate chips ~ ikut suka hati kita nak guna berapa banyak.
Muffin cups

1.  Pre-heat oven at 180' C.
2.  Campurkan semua bahan B dalam  mangkuk besar utk adun semua bahan nanti.
3.  Masukkan semua Bahan A  kedalam Bahan B dan gaul rata dengan spatula @ whisker @ sudu aje. 

4.  --> Langkah ni tiada dalam resepi asal. Tapi disebabkan anak-anak memang suka sesangat chocolate chips ni, sesuka hati kita adjust :) Masukkan chocolate chips ke dalam bancuhan. Aku gunakan 6 gangnamgenggam untuk setiap bancuhan. Tu sebab ianya aku kata muffin ni rich!
5.  Pipekan setakat 3/4 muffin cups sahaja..*Kalau takde piping bag, sudukan dengan sudu kecik pun ok Ianya akan naik.
6.  Tabur pulak chocolate chips keatasnya.
7.  Bakar selama 20-25 minit (ikut pada oven masing-masing) atau cucukkan pencungkil gigi @ lidi satay ke dalam muffin.. Kalau ditarik dan licin sahaja pencungkil gigi @ lidi tu, silalah angkat keluar tray itu. 
8.  Sedap makan bila hot from the oven ni. Kalau nak disimpan atau nak dipack, cool off kan dulu atas wire rack. Pastikan dah room temperature, baru pack. Kalau tak,ia cepat rosak.

Dulu aku campakkan sekali sedikit almond cincang yang dah aku roastkan. Tapi disebabkan anak-anak ni memberikan sambutan yg dingin terhadap almond, kali ni x campak sikit pun walau ada dekat 500gm almond cincang dalam fridge. Masih berfikir lagi nak buat apa dengan almond dan pecan dalam fridge tu..

Berapa biji dapat satu adunan? Ikut pada size cup yang kita gunakan. Kali ni aku buat 2 size. Satu tu size yang paling kecil. Lagi satu tu medium small. Bukan apa.. Kalau orang tua makan, sekali ngap! Xde la terasa sangat kemewahan chocolate chips yang ada tu. Dengan dua cup size, aku dapat 100 biji muffin kecil dan 80 biji muffin medium small.

Adunannya memang lembik-lembik..
45 biji kecil aku pack untuk year-end class party Kakak Bukan kedekut tapi tu aje yg muat dalam Tupperware tu.. 50 biji yg medium, aku pack dalam fancy plastic pack untuk solat hajat di surau. Simpan sikit untuk Along dan 'kawan'nya. Packkan juga sedikit muffin sebagai buah tangan untuk Mu'alimah Siti Farihah , guru kelas Addeen.  Lebihnya x tau berapa sebab setiap satu tray aku keluarkan dari oven, setiap kali itu la Addeen & Adik ambil berulang kali.. Janji, ada untuk mereka bawa bekal ke sekolah  esoknya. Jam 2 pagi, siap packing dan kemas-mengemas. Last aku tengok muka jam, dah pukul 3 pagi...

Lebih mudah gunakan piping bag. Aku guna yg pakai buang punya..

RM14 00 aje disposable piping bag ni.. Tp tak tau la berapa lai ada dalam ni.. Aku hanya guna 9 lai aje..


Bekas hijau utk kakak. Yg lain tu untuk dimakan pagi petang esoknya jemaah solat hajat, dan untuk anak2 ... 

Yang dah siap packing untuk jemaah.. X banyak pun.. 25packs X 2 biji yg size medium. Senang bila dah siap packing. X de lah perebutan kuasa berlaku. Tapi ada jugak budak-budak yg dah ambil awal-awal. Rezeki diaorang ..

*Aku pack sensorang di tengah malam yang telah membutakan semua orang. Cara mudah mempacking akan aku buat di entry seterusnya..

2 comments:

sue

asslmualaikum kak sye nk tnye akak mmg x gne mnyak kerw..?

Cool Lean

Wa'alaikumussalam Sue..
Mmg akak x guna minyak. Guna butter yg dicairkan saja. Tp boleh aje kalau nak guna minyak sbb akak tgk ada recipe yg guna minyak. Cuma akak x pernah try pulak :)

Catat Ulasan