Ayam masak kicap ni ada banyak version.. Cara memasaknya mengikut daerah atau negeri tukang masaknya. Aku membesar dengan Ibu yg mengusahakan sebuah restoren di tengah-tengah bandar Melaka. So, masak kicap ni memang akan dimasak selalu.. Kalau tak silap, setiap 2 atau 3 hari ayam masak kicap akan disediakan untuk pelanggan. Setiap kali Ibu masak, aku pandang sekaligus belajar memasaknya.. Ibu akan goreng dahulu ayam kunyit dan ketepikan. Kemudian baru Ibu akan buat kuah kicapnya.
Mula-mula kawin dulu, memang aku ikut cara itu. Mak @ MIL pun masak dengan cara yang sama. Cuma ayam Mak dipotong kecil. Mungkin dah terbiasa hidup susah dahulu dan terpaksa beri makan kepada 7 orang anak-anaknya yang yatim..

Tapi selepas Adik lahir dan anak-anak semua tak suka makan ayam yg digoreng garing, aku mulakan tradisi baru. Tak ikut sesiapa punya version (yang dalam pengetahuanku) tapi ni version Ummi untuk anak-anak..
Ayam Masak Kicap Ummi
1 ekor ayam ~ potong 16 or as desired
Se'patah' kulit kayu manis ~ ikut la nak patah macamana..
3 biji bawang besar India ~ hiris bulat
5 ulas bawang putih ~ ketuk @ dihiris
1 ibu jari halia ~ hiris mancis @ slice pun boleh.. Ikut yang mana suka
1 biji tomato size besar ~ diced
Kicap Lemak Manis
1 sb Asam jawa ~ aku guna yg tab Adabi punya
1/2 cawan air panas
Garam
Sedikit minyak
Hiasan:
2 cili merah ~ hiris tebal
1 akar kecil Daun bawang hiris halus
1 akar kecil Daun sup ~ potong 1 inci
1 biji tomato ~ potong wedges
- Panaskan kuali dan tumis sekejap bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian, keluarkan dan ketepikan dahulu.
- Dengan minyak yang sama, campak ayam yg sudah dibersih, dibasuh dan ditos. Biarkan ayam masak sehingga 3/4 masak.. Jangan lupa balik-balikkan ayam tu..
- Bila dah 3/4 masak, masukkan diced tomato dan biarkan sekejap hingga tomato semua dah 'layu'.
- Campakkan kulit kayu manis. Ia akan memberi kelainan rasa pada lauk ni..
- Curahkan kicap lemak manis dan masukkan pati asam jawa kedalamnya.
- Masukkan 1/2 cawan air panas dan sedikit garam, ikut lidah masing2. Nak masuk air pipe pun boleh juga tapi nanti nak kena tunggu kuahnya boil betul-betul dulu..
- Campakkan cili merah, daun sup & tomato. Balik-balikkan 3,4 kali & tutup apinya.
- Hidangkan dan tabur daun bawang diatasnya..
Kenapa anak-anak suka masak version begini? Hubby Baby & anak-anak suka makan kuah yang sederhana pekat. Baik kari, kurma, masak kicap, masak chee chuan (betul ke ni ejaannya??) , asam pedas atau apa-apa kuah pun semua mesti x mau cair.. Kecuali kalau masak sup la kan... Kalau pekat, bukan sup namanya! Bila dimasak begini, minyak x banyak digunakan dan kuahnya pekat disebabkan air dari ayam yang dimasak. Tambah pulak ayam x keras seperti ayam yang digoreng.. Mana-mana wanita pun akan masak mengikut kehendak keluarganya, kan...
Sepatutnya satu ekor ayam besar (kami x beli seekor tapi kami beli ayam separuh ke bawah sahaja) untuk dimakan tengahari dan dinner. Tapi selalunya anak-anak akan mulai meratah selepas lunch! Bila sampai dinner " Ummi dgn Abah pergi la dating. Ayam dah habis.." Ummi & abah x kesah.. X de lah nak mendayu-dayu "Batu belah batu bertangkup...." Dengan senang hati, Ummi & Abah pi dinner date kat luar :P Life is good!

0 comments:
Catat Ulasan