Sejak anak-anak dah mulai membesar, aku suka bawa mereka bercuti.. Tapi sejak En Hubby Baby dah mulai naik step dan step dan step berkembang kiri dan kanan dalam kerjayanya, waktu untuk bercuti semakin sukar dicari.. Tambahan pula Along dah di MATA, lagi susah nak adjust waktu! Kalau nak kemana-mana, aku yang akan buat segala carian diGoogle Search untuk cari tempat-tempat menarik untuk dilawati, kemudahan & tempat tinggal dan segala bagai perkara yang perlu dilaksanakan sebelum nak bawa enam puluh orang ni. Mau pergi dengan apa? Berapa RM belanja perjalanan? Berapa jam mau sampai? Kami suka drive sebab mahu menikmati pemandangan dan boleh stop dimana-mana.. Mana nak stop untuk makan dan rehat serta solat serta isi minyak kereta? Kalau mahu ke pulau, mana nak tinggalkan kereta & berapa bayaran sewa? Feri @ boat ada pukul berapa? Hotel mana mau duduk? Dulu masa anak-anak kecil lagi, bawah 12 tahun, kami ambil dua bilik saja.. Tapi selepas tu kami wajibkan 3 bilik. Satu untuk pengantin aku dengan Hubby Baby. Satu untuk gigirls. Dan satu bilik untuk boboys.
Awal tahun hari tu, kami dah ke Pulau Batam dengan diuruskan oleh seorang pendakwah yg juga senior Hubby Baby semasa di sekolah dulu, merangkap jiran kami dalam taman ni... Kami guna land transfer aje.. Naik feri di Johor Bahru, Budget setiap seorang untuk transport & tempat tinggal ialah RM550. Perginya Jumaat malam dan baliknya Ahad tengahari... Along tak pergi sebab masa tu dia bekerja sementara menunggu keputusan SPM keluar. Tujuan trip ke Batam ni adalah kerana aku nak bawa anak-anak melihat sekolah-sekolah pondok di Indonesia. Mahu beri peluang anak-anak melihat dengan mata mereka sendiri betapa beruntungnya mereka yang dapat menimba ilmu dunia dan ilmu akhirat dalam keadaan yang selesa. Alhamdulillah, anak-anak seronok walaupun tersangatlah letihnya...
Bulan Mei pula, kami ke Singapore selama 7 hari 2 malam. Trip ni terlaksana selepas setahun aku merancang! Kenalah rancang elok-elok sebab anak-anak ni ada 3 kategori umur! Along dah remaja tua. Kakak dan Adik masih lagi diawal remaja. Addeen pula masih kanak-kanak.. So setiap tempat yg nak dijelajahi mesti sesuai dgn ketiga-tiga kategori. Penat otak memikirkannya! Alhamdulillah, trip kali ni banyak buka mata anak-anak dan kami sekeluarga berpeluang melawat beberapa ahli keluarga yang bermastautin disana.
Untuk tahun depan, aku sudah mulai merangka dari Mei yang lepas, sebelum kami bertolak ke Singapore lagi! Aku suka buat holiday plans.. Tapi yang aku tak suka ialah.......
"Tunggu Abang free ye..."

Bila nak buat kenduri pun, macam tu juga.. Nak buat plan untuk Umrah tahun depan pun macam tu juga. Sampaikan Ibunda aku pun dah pandai balas ayat dari menantu dia.. "Bilanya yang Yunus tak busy? Asyik busy je Bu' tengok.".... Itu la soalan wajib dari Ibunda...
I just wish I could make plans and he just nod with "OK, Yang!" !!
*tgh plan untuk Kidzania Day sebelum Christmas2012, CNY 2013,acara tahunan wajib dgn family Starfruitersku, Umrah 2013 (mudah2an dipermudahkan ALLAH), Legoland dengan cucu-cucu, dan family trip to Sabah @ Bandung...
0 comments:
Catat Ulasan