CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤

Sabtu, 30 Januari 2010

Masih 'Along'....

Malam tadi aku tak boleh tidur...Kerisauan seorang ibu... 

Pepagi lagi Along dah call. "Ummi datang kul berapa?"
Adoi..Aku ni memang cukup cair bila anak tanya macam tu...Aku dah siap, adik-adik dia pulak yang masih melambat-lambatkan perjalanan....

Ummi: "Along demam lagi ke? Dr kasik ubat apa pagi ni?" .
Along: "Dah kurang dah. Mlm td Dr tu ada kasik ubat demam. PAgi ni pun sama gak"
Ummi: "Ubat demam aje? Takde ubat lain ke?"
Along: "Ada... Tadi masuk antibiotik"
Ummi: "Masuk?..PAkai injection aje ke..dah buat line?"
Along: " Dah buat line malam tadi.."
Ummi: *gelak nyakat* "Mesti Along menjerit, kan?"( Along ni kalau bab jarum, memang dia fobia sikit...)
Along: "Ala..Tak sakit pun.. MAsa dia nak masuk jarum tu je yg peedihhh sikit"

Hari ni, Dr Puteri nak x-ray kaki dia dulu...nak tengok berapa besar kawasan yg dah bernanah kat dalam tu..Nak tengok kalau kena kat tulang dia. Lepas tu baru boleh buat the minor operation...Mmmm..Addeen ( my youngest son, aged 5) pulak, dari amalam tadi batuk teruk. Sampai menangis-nangis bangun dari tidur..

Mula-mula kami accident, pastu satu rumah demam batuk selsema . & now, this.... Allah nak duga kami...nak tengok sekuat mana kami & nak mengurangkan sedikit dosa kami.... Alhamdullillah pada semua dugaan ini..Kerana ini menandakan Allah masih sayangkan kami........ 

Jumaat, 29 Januari 2010


Along....

Dah 2 hari Along demam panas. HAri tu MC sbb kaki bengkak. Doc kata terseliuh..Ok..I get it..Dia mmg lasak & terseliuh tu biasa dah bagi dia & aku, umminya.. Tapi ada bekas gigitan kat kaki dia tu Bila aku tanya dia jawab " Ala..Kena gigit semut besau kat padang hari tu.." Ok lah jugak alasan tu..Esok lusa, hilang le dia..

Kelmarin, Along demam panas.. Biasalah kan..demam-demam ni..Tapi memang panas betul! Suhu dia antara 39 - 40.2... TApi dia tetap pergi sekolah..KAtanya, sayang tertinggal lessons, especially Pure Science subjects.. Tapi tak perasan pulak, dalam demam-demam tu, kaki kanan dia yg kami sangkakan terseluih tu makin membengkak & bernanah...

Petang tadi, aku & Hubby Baby pergi belikan air kelapa, nak kasik dia minum untuk hilangkan panas badannya tu... Sampai dirumah, dia takde kat tempat biasa. Rupanya dia tengah berselubung dlm comforter kesejukan..Memang panas sangat ..Aku ajak dia makan nasi & minum air kelapa 2 gelas..Masa tu aku ternampak. Aku terperanjat!!Dari atas buku lali hingga ke hujung kakinya dah membengkak sekali ganda dr size biasa! Masyaallah....






Bila aku belek-belek, ada 3 lubang. Satu lubang dah cam bentuk muka bumi bulan. Yang lagi 2 tu pun hampir nak jadi cam tu..Laaa.... Patutlah dia demam panas..Rupanya gigitan so called 'semut besau' yg gigit dia tempohari dah jadi penyakit dah.... Siap aje dia makan, terus aku minta Hubby BAby bawa Along g clinic..

Pergi Klinik Putramedic, Hb Baby kata ramai sangat yang sakit... Aku suruhlah bawak pergi Klinik Syed. "MAk ai! Radiator dah nak meletup nih!", kata doktor tu..Dia suh g hospital. Dia kata kena potong sikit & cuci. Small operation.. KAtanya kalau kat GH, mesti admit punya (sebab dia ni mmg doktor kerajaan). So, we decided hantarlah Kuantan Specialist Hosp aje. Biar Dr Puteri attend him..

Malam ni, bilik Along kosong..Takde lah kedengaran bunyi lagu yang ntah apa-apa dr bilik dia tu. TAkde lah dapat dengar bunyi dia kacau adik-adik dia yg lagi 3 orang ni.. Mmmm...Aku dah rindu dah kat dia walaupun belum masuk sejam aku hantar dia sampai dalam wad 203 tu..

Esok Dr Puteri akan schedulekan dia untuk the small operation.. Sepanjang jalan, kami sakat dia tentang operation yang bakal dijalankan..Alah..kecik aje tapi biasalah..Abah dia, merangkap Hubby Babby aku tu mesti nak sakat anak dia tu..Si Shah pun sama gak! Aku masuk sikit-sikit aje..hehehehhe.

BTW, Shah tu dah macam anak angkat kami. Sama sekolah dengan Along tapi baru form 3. FAmily jauh kat Lipis. Dia dok asrama tapi memang setiap minggu balik rumah ni...Dapatlah Along sorang adik lelaki yg boleh dibuat kawan..katanya...

Sunyi rumah ni..... Along tu ntahkan dah tidur, entahkan belum.. Good nite Along..Esok Ummi datang ye..Love u. Miss u (^~^).....


Cooking ~ for the love of it

My mom used to own a small restaurant in the center of Melaka. RZ RESTORAN was the name given to it. It's a good combination of my mom & dad's name... All of us have the same initial as the restaurant's name. We called ourselves "The RZ Sisters".

Everyday, after school & during weekends, we will help mom out in the restaurantuntil midnight... Every Sunday, we will walk to the 'Pasar Borong' ( which used to be in Taman Laksamana) buying all sorts of things needed for the restaurant. After that, mom will grab a trishaw for her & the groceries back to the restaurant.And the 4 of us will walk back..

Living in a shop house, watching, helping her with her cooking & preparing them, made me a fast learner... I could still remember .. There were times when she have some errands outside, my 2nd sister & me will have to cook for the restaurant... Since then I just adore & love cooking..

My Hb Baby & my lovely 4 children prefers my homecooked meals. Whenever we go out to dine, they would always compare the food.. And..u know what they will say.."Ummi masak lagi sedap!" (^u^)

Their favourite breakfast would be this~~



They could really have this Hainanese Roti Bakar every single morning, rather than a plate of nasi lemak with fried chicken!


Look at my Hb Baby!!! He love to dip it in his hot coffee...


This is my little one. Sometimes he wants it for lunch or even dinner! And the most freaking for me was when he want it for the whole day!

But there's a Malay saying, "Ikat perut suami"..Mmmmmm.....
Aku ni bukanlah seorang penulis yang pandai menulis menggunakan bahasa yg cantik & tersusun..Aku ni pun bukanlah penyair yg pandai melagukan syair ( cikgu BM dulu selalu kata aku menyais cam lembu 'menabur'...bersepah aje!). Aku pun tak pandai nak berbahasa puitis cam Hb Baby aku tu (Al-maklumlah..dia tu sekampung dengan A Samad Said...) .
JAdinya...kalau korang baca post aku ni kejap cam M Nasir, kejap cam Kurt Cobain, kejap cM penyanyi hip hop.. sorry ye.. Tapi ni kan blog aku? Suka hati aku le nak type ape pun..Betul tak???
Aku ni, sejak skolah, ada bakat yang terpendam cam badak berendam tu.. Aku suka tulis sajak...Sajak dalam Bahasa Melayu pun ok..English poetry pun ok..Hehehehe...Yang tahu, Hb Baby aku tu aje sbb dia aje yang selalu aku kirimkan sajak-sajak yg tak semenggah tu...Nntlah, aku buat satu 'peti' utk sajak aje.. apa tu 'peti'? Alah...cam bab dalam buku tu le..Aku segregatekan..Senang sikit utk pembaca2 blog aku ni...
Ni ada pantun sikit..PAntun yang paling popular ..dulu, kini & selamanya....

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan
Aku budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Khamis, 28 Januari 2010

Mana Datangnya????

Dari dua hati yg bersatu, dari dua jiwa yg berpadu...
"Saya nak awak gantikan budak From 5 g KursusKesedaran Islam kat High School. G seminggu tau!" Arahan Mr. Burnt (Gelaran yg kami beri pada Cikgu Abu Bakar)
Sampai je kat kedai ( Ibu aku ni seorang pemilik restoran kat Bandar Melaka), " Buk, Kolyn nak kena g kursus kat High School le. Esok dah kena daftar. PAgi."
Ibu, "Yelah.. G. TAkpe, Buk tak g Muar besok.."
MAlamnya, ku kemas dan kemas dan kemas barang2 nak bawak g... Seronok le sbb aku aje Form 4 yg dpt pergi..walaupun sebenarnya jadi bidan terjun! Hehehehehe.. Aku tak pernah terpilih g kursus cam ni.. ada Qiamullai, ada kuliah subuh, maghrib....Al-maklum le..org tengok aku ngan kakak-kakak yg lain cam Cina..sombong (Sebab cakap omputeh kat skolah & sbb kawan ngan budak Cina aje..) So , mmg teruja le ni..
Esok pepagi, (arwah) ayah hantar g High School... Mak ai! Ramainya! Satu Melaka punya sekolah ada hantar wakil....Ada chance tambah kengkawan Melayu ni!Lepas daftar tu, g masuk bilik jap..Semuanya kakak-kakak Form 6 dr High School..Semuanya baik, peramah & suka sangat ngusik..Seronok!
Lunch, kami turun..Berbondong-bondong rakyat tuju tempat yg sama...Dewan Makan.
"Adoi!" Sakit le plak mamat ni langgar aku.
" MAaf ye" TAk sengaja" KAta mamat tu sambil tersengeh-sengeh cam kerang busuk. Kakak2 yg ada dgn aku gelak aje..Ok..
Petangnya, semua kena berkumpul di dalam dewan. "Ada briefing" kata Kak Benjy
Aku ngan kakak2 dok le kat depan sekali..Bukan apa..dah memang diajar oleh (arwah) ayah utk selalu duduk di depan sekali dalam apa2 majlis pun...
Sebelum briefing, Abg HAmsani ( Ketua Fasilitator Kursus) kata nak adakan pemilihan utk Penghulu & anak2 buahnya..
Bila diminta calon, aku dengar Cikgu Md Lasa sebut2 "Yunus..Yunus". Abang2 yg dok belakang tu pun sebut nama yg sama..HAti aku bercakap jugak.."Bagus sangat ke mamat Yunus nih sampai semua orang cam sebulat suara aje ni?"
Terpusing2 kepala aku nak tengok pemilik nama tu..La...... MAmat tu rupanya! Mmmm ok kot..sbb lepas terlanggar aku tu, dia minta maaf..
Dan AJK2 yg lain pun dipilih...yg semuanya aku tak kenal..Tapi kebanyakannya budak Form 6.
Mulai dari hari tu, apa2 hal, kenalah jumpa Penghulu atau AJK2nya... TApi kelakarlah penghulu ni..setiap kali duduk atau berdiri, dia mesti masuk2kan kemeja dalam seluarnya balik...Baju tu pendek ke apa? Kelakuan dia tu lah yang menjadi bahan aku & kakak2 sebilik buat lawak...Tapi, satu aje! Kenapa setiap kali terlihat kelibat Abg Yunus (Semua kena panggil senior dgn Abang @ kakak), kakak2 ni mesti usik2 aku....Eleh! Tak heran lah.....
HAri Ketiga berkursus, Kak Jef hulurkan aku satu nota kecil...Pengirimnya...Adoiiii...mamat ni..Pehal lak dia kasik2 nota ni?? Aku bukannya berminat pun...Hello! SPM pun aku lom lepas lagi tau! Mmmm...buat dek ajelah...
HAri ke-5, kami 2 bas g Hutan Rekreasi utk aktiviti Merentas Desa... Mmg bebetul merentas desa! Jalan dalam hutan yg takde track..LAlu denai yg batu2nya licin...MAsuk kolam yg berlumpur....Tapi terasa istimewa plak...Penghulu jaga kumpulan aku sedangkan semua orang kena ikut kumpulan masing-masing..tak boleh berpecah sbb fasilitator kata, nak memupuk sikap tolong-menolong dalam kumpulan..... Mungkin sebab kumpulan kami yg terbelakang sekali kot..tu sebab Penghulu ikut kami...Tapi aku lebih terasa cam dia ikut aku saja...Masa aku tersangkut dalam lumpur, dia yg tolong aku..MAsa aku hampir nak tergelincir, dia yg capai aku sebelum terjatuh..MAsa aku hampir tersadung, dia yang pantas tahan aku..MAsa aku tak boleh nak panjat tembok 10 kaki tu, dia yg relakan bahunya dipijak oleh kaki aku yg dah tukar warna masa tu... Hek eleh...baiknya penghulu.......
6 bulan selepas tu....Dia pergi tinggalkan aku..ke BAtu RAkit, Terengganu..Dia kata, ini pengorbanan dia buat Mak dan adiknya yg nak ambil SPM..Katanya tak mau menyusahkan keluarga lagi menanggung dia belajar..sedangkan sepatutnta bulan Oktober tu, dia ambil STPM!Hanya sebulan saja lagi, dia dah berhenti sekolah....
HAmpir setiap hari kami berutus surat...................

1989 - Aku menduduki SPM.... Abang bayak berikan sokongan pada aku supaya buat yang terbaik dalam SPM nanti...Ibu pula sentiasa berpesan, do the best...

1990 JAnuari - Aku menghadiri Kursus Intensif BAhasa Inggeris di PPUM selama 5 minggu namun surat2 Abang tetap setia berkunjung tanpa henti..Cuma aku saja yang dah kurang menulis padanya...

1990 Mei- Aku bertolak pula ke Jepun dalam Program Pertukaran Pelajar AFS.. bulan disana namun surat abang masih tetap setia menuruti kemana saja aku pergi.....

Itu semua kisah 20 tahun yang lepas..Sekarang sudah tahun 2010...Dah hampir 17 tahun aku berkongsi susah dan senang dengan mamat tu..Yup! Yunus adalah suamiku..seorang suami yg amat menghormati aku sebagai seorang isteri, ibu, anak, cucu, anak buah sepupu & makcik ...Aku tidak pernah dimarahinya (walaupun bertan-tan kesalahan dan dosa aku padanya..). Jentik jauh sekali...Dia tatang aku bagaikan minyak yang penuh... Dia sayangi aku sepenuh hatinya..Dia manjakan aku bagaikan anak kecil...Tapi 110% kepercayaan dia letakkan pada aku dalam menguruskan rumahtangga dan 4 orang buah cinta kami....
Berbagai dugaan dan cabaran yang telah kami tempuhi..Berbagai kesakitan yang telah kami rasai... Berbagai keperitan yang telah kami lalui..Dan kami melepasi semuanya walaupun teramat payah...Mungkin itu namanya "Kekuatan Cinta".... dan mungkin jodoh...
KAmi tidak mewah..hidup serba sederhana tapi rumahtangga kami diisi dengan pohon-pohon cinta, bunga-bunga kasih, kelopak-kelopak sayang dan daun-daun rindu.... Dan juga restu dari seluruh keluarga kami...Alhamdullillah....