CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤

Jumaat, 21 Mei 2010

Sunyi...

2 tahun lepas, bila semua orang dah pergi kerja & sekolah, baru aku mandikan Addeen & sarapan dengan dia.. Dia yg selalu 'tolong' aku masak lunch seawal 830 am.. Dia yang membuatkan aku tergelak golek2 dengan keletahnya... Dia yg akan buat aku pening kepala nak melayan soalan2 cepumasnya... Dia lah juga yg akan buat aku migraine.... Bial tengahari, semua balik rumah, makin riuh rendah jadinya suasana dalam rumah ni.. Along, kakak Faeiqah & kakak BAtrisyia tergelak2 melayan Addeen yg tengah nak belajar semua benda..

 Tapi sekarang, lepas solat ,sediakan sarapan utk suami & anak2. 7.45 am, semua dah ilang dari pandangan. 8 am , rumah dah sunyi.. Tinggal aku ngan kawan2 facebook aje.. Namun, rumah ni tetap sunyi.. Masuk bilik Along, terasa teramat sunyi . Sejak dia tinggal di asrama, terasa dunia aku terlalu sunyi.

Hanya lewat petang sahaja rumah ni akan riuh semula dengan suara jerit pekik & gelak tawa anak2 bila semua dah balik dari KAFA & sekolah... Selepas Maghrib, waktu anak2 untuk mentelaah @ siapkan kerja sekolah..Bagi aku pula, itulah masanya nak berbual dengan sang suami..bercerita apa yang 'terjadi' sepanjang hari...

Walaupun kesunyian yang aku rasakan itu teramat menekan jiwa, tapi aku redha..Kesunyian aku itu adalah suatu pengorbanan seorang ibu buat anak-anak & suami. Moga hari tuaku kelak, akan terisi dengan keriuhan dan gelak ketawa serta gurauan senda anak-anak bersama keluarga mereka.

Khamis, 20 Mei 2010

Al-Fatihah~~~

Kita selalu mudah sangat mengingati @ menghafal sesebuah lagu...Kadang-kala, kita tidak tahu pun apa maksud lagu yang kita nyanyikan...Apa kata kita sama-sama nyanyikan lagu ini selalu & menghayatinya....http://www.facebook.com/video/video.php?v=125740407436565&ref=mf