CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow
Memaparkan catatan dengan label LAuk-Pauk Tempatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LAuk-Pauk Tempatan. Papar semua catatan

Ahad, 11 November 2012

Ayam Masak Kicap


Ayam masak kicap ni ada banyak version..  Cara memasaknya mengikut daerah atau negeri tukang masaknya. Aku membesar dengan Ibu yg mengusahakan sebuah restoren di tengah-tengah bandar Melaka. So, masak kicap ni memang akan dimasak selalu.. Kalau tak silap, setiap 2 atau 3 hari ayam masak kicap akan disediakan untuk pelanggan. Setiap kali Ibu masak, aku pandang sekaligus belajar memasaknya.. Ibu akan goreng dahulu ayam kunyit dan ketepikan. Kemudian baru Ibu akan buat kuah kicapnya.
Mula-mula kawin dulu, memang aku ikut cara itu. Mak @ MIL pun masak dengan cara yang sama. Cuma ayam Mak dipotong kecil. Mungkin dah terbiasa hidup susah dahulu dan terpaksa beri makan kepada 7 orang anak-anaknya yang yatim..


Tapi selepas Adik lahir dan anak-anak semua tak suka makan ayam yg digoreng garing, aku mulakan tradisi baru. Tak ikut sesiapa punya version (yang dalam pengetahuanku) tapi ni version Ummi untuk anak-anak.. 



Ayam Masak Kicap Ummi


1 ekor ayam ~ potong 16 or as desired
Se'patah' kulit kayu manis  ~ ikut la nak patah macamana..
3 biji bawang besar India ~ hiris bulat
5 ulas bawang putih ~ ketuk @ dihiris
1 ibu jari halia ~ hiris mancis @ slice pun boleh.. Ikut yang mana suka
1 biji tomato size besar ~ diced
Kicap Lemak Manis

1 sb Asam jawa ~ aku guna yg tab Adabi punya
1/2 cawan air panas

Garam
Sedikit minyak

Hiasan:
2 cili merah
~ hiris tebal
1 akar kecil Daun bawang hiris halus
1 akar kecil Daun sup ~ potong 1 inci
1 biji tomato ~ potong wedges

  1.  Panaskan kuali dan tumis sekejap bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian, keluarkan dan ketepikan dahulu.
  2. Dengan minyak yang sama, campak ayam yg sudah dibersih, dibasuh dan ditos. Biarkan ayam masak sehingga 3/4 masak.. Jangan lupa balik-balikkan ayam tu.. 
  3. Bila dah 3/4 masak, masukkan diced tomato dan biarkan sekejap hingga tomato semua dah 'layu'. 
  4. Campakkan kulit kayu manis. Ia akan memberi kelainan rasa pada lauk ni..
  5. Curahkan kicap lemak manis dan masukkan pati asam jawa kedalamnya.
  6. Masukkan 1/2 cawan air panas dan sedikit garam, ikut lidah masing2. Nak masuk air pipe pun boleh juga tapi nanti nak kena tunggu kuahnya boil betul-betul dulu..
  7. Campakkan cili merah, daun sup & tomato. Balik-balikkan 3,4 kali & tutup apinya. 
  8. Hidangkan dan tabur daun bawang diatasnya..
Kenapa anak-anak suka masak version begini? Hubby Baby & anak-anak suka makan kuah yang sederhana pekat. Baik kari, kurma, masak kicap, masak chee chuan (betul ke ni ejaannya??) , asam pedas atau apa-apa kuah pun semua mesti x mau cair.. Kecuali kalau masak sup la kan... Kalau pekat, bukan sup namanya! Bila dimasak begini, minyak x banyak digunakan dan kuahnya pekat disebabkan air dari ayam yang dimasak. Tambah pulak ayam x keras seperti ayam yang digoreng.. Mana-mana wanita pun akan masak mengikut kehendak keluarganya, kan...

Sepatutnya satu ekor ayam besar (kami x beli seekor tapi kami beli ayam separuh ke bawah sahaja) untuk dimakan tengahari dan dinner. Tapi selalunya anak-anak akan mulai meratah selepas lunch! Bila sampai dinner " Ummi dgn Abah pergi la dating. Ayam dah habis.." Ummi & abah x kesah.. X de lah nak mendayu-dayu "Batu belah batu bertangkup...." Dengan senang hati, Ummi & Abah pi dinner date kat luar :P Life is good!






Sabtu, 16 Julai 2011

Bёґ'ЦИGКЄP AУAм' Кїтa!

Sedap juga Ungkep Ayam ni.. Ada yang kata macam rendang tapi sebenarnya rasanya dah lain.. Mungkin resepi orang lain lebih kurang macam resepi rendang tapi aku punya, memang lain rasanya.. Sebab aku banyak gunakan daun ketumbar segar.... 


UNGKEP AYAM

1 kg ayam, dipotong kecil
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar, dihiris bulat
2 batang serai, diketuk
1/2 cawan minyak masak
garam dam perasa secukupnya
1 hiris asam keping
air secukupnya

Bumbu (rempah ribu ratus di kisar)

2 ikat daun ketumbar segar - ada yang guna 2sb serbuk ketumbar  
3 sudu besar jintan putih
3 sudu besar jintan manis
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar (merah)
10-15 biji cili padi  -Kalau tak mau pedas, jangan gunakan cili padi
4 ulas bawang putih

Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang besar dan serai hingga naik baunya.
Masukkan bumbu kisar sehingga garing.
Masukkan potongan ayam dan gaul sebati. Biarkan ayam itu sehingga separuh masak. Masukkan asam keping dan 1 1/2-2 cawan air. Biar mendidih.
Masukkan garam ikut suka. Kalau nak masukkan gula pun boleh tapi aku tak masukkan gula..
Matikan api dan hidang dengan nasi panas bersama ulam sudah memadai...
Aku hanya hidang dengan baby buncit buncis mentah saja..
Sedappppp..... 


Selamat makan lunch hari ini & Selamat berbuka puasa pada yg berpuasa cam aku~~~

* Post ni dah aku schedulekan..Masa ni, kami sekeluarga sedang bergembira di A Famosa Water World  Melaka, bersempena Family Day 2011 company Hubby Baby....;P 

Khamis, 7 April 2011

Ayam Masak Masam Manis Hitam

Lauk ni antara kegeramarn kami sekeluarga... Sekejap aje membuatnya! Tapi rasanya mmmm..... sedap pada tekak kami la.. Kalau nak tahu sedap pada tekak memasing ataupun tidak, jom masak!



Ayam Masak Masam Manis Hitam

1 ekor Ayam, ikut la nak potong besar atau kecik
Kunyit dan garam, untuk perap
1 ibu jari Halia, parut @ diced
3 biji Bawang besar dikisar
3 Ulas Bawang Putih, diced ataupun pounded
2 sudu Cili kisar
2 biji Tomato, diced
1 tin kecil Tomato pure
1 senduk Kicap Manis @ secukupnyae
1 keping asam keping yg kecil sahaja 
Gula, garam to taste
1 biji Tomato besar, dipotong wedges
2 biji Cili Merah, dipotong memanjang
1 biji Bawang besar di hiris bulat
1 tangkai Daun Sup, dihiris 1" atau ikut suka hati..
1 tangkai Daun bawang, dihiris 1" atau ikut suka hati..

Gorengkan ayam ikut suka hati, sekadar masak @ garing dan ketepikan ia.
 Keluarkan separuh minyak gorengan ayam untuk menumis.. Kang berladung lak minyak dalam hidangan! Tumis halia, bawang kisar hingga naik bau.Masukkan bawang putih dan cili kisar. Biarkan sampai bahan garing. 
Masukkan pula diced tomato. Kacau layu dan masukkan tomato puree.Kacau rata.
Campakkan kicap manis dan asam keping, gula dan garam. Kacau mesra.
Lepas tu bawang besar, gaul sekejap dan masukkan pula cili merah, tomato wedges, daun sup dan daun bawang. Tutup api cecepat! Kang benyek pulak tomato tu..  

Sukatannya boleh diubah ikut lidah masing-masing sebab ni kan lauk tempatan..so boleh adjust mana yang kurang atau terlebih... Kami suka letak bawang dan tomato segar lebih.. Kekadang campakkan sekali carrot... Tapi kali ni tak campak sebab carrot dah abesssss..... 
Makan je dengan nasik putih dan terung bakar untuk Hubby Baby yang memang gemau terung! Bila makan ...Senyum..Tak perlu kata apa-apa...


Selasa, 5 April 2011

Ayam Pedas Goreng

Hari ni tak tahu nak masak apa.. Anak-anak bila ditanya, "Goreng ayam!"
Hehehehehe.. Bahagianya aku bila anak-anak suka memudahkan kerja..
Tengahari tadi aku sediakan ayam goreng kunyit, nasi putih di'tabur' dengan kicap manis... Sayur? Jangan buang karan! Diaorang ni nak kena tanya dulu..kalau tak kang masuk tong sampah aje!
Petang tadi nak masak, tanya lagi.. "Ummi, goreng ayam yang Ayamas tu boleh?? Lepas tu nak makan dengan kicap aje..." anak-anak memudahkan lagi sekali tugasku hari ni...

Ni Ayamas Spicy... Tak susah... Pi kedai, ambik sepeket mana-mana jenis yang menjadi pilihan hati, bayau kat counter. Balik rumah, panaskan minyak. Bila minyak dah cukup panas, masukkan potongan ayam Ayamas yang dah dikeluarkan dari bungkusannya.. Masukkan dan biar ayam-ayam tu tergoreng selama 10 minit atau bila ia dah kekuningan... Dah siap, toskan...  Hehehehe...Senang sangat!

Sekarang ni, anak-anak sedang makan dengan lazatnya hidangan ayam goreng tu. Tak menyempat nak tunggu Abahnya balik!


Selasa, 29 Mac 2011

Ayam Sambal Minang

Pijau tangan dari pagi masih terasa lagi ...Semuanya demi Ayam Sambal Minang aku hari ni....
Aku belah dua,buang biji dan gunting kecik semua 1.2 kg cili hidup! Mau tak pijau! KAlau dulu, aku tumbuk dalam lesung batu semua cili... Kadang-kadang aku giling dengan penggiling batu tradisional tu..

Aku suka simpan sambal ni buat stok buat beberapa hari..  Sambal ni sedap dicampur dengan terung goreng @ terung bakar. Kalau guna ikan keli atau ikan apa-apa pun masih sedap. Kalau nak guna udang atau sotong pun boleh.. Makan begitu saja dengan nasi panas pun masih sedap lagi..
Nak try sambal minang favourite aku dengan Faiz?? Jom!


Ayam Sambal Minang

I ekor Ayam
500 gm Cili Merah, dikisar @digiling @ditumbuk
4 biji Bawang besar, 2 dimayang dan 2 dimesin 
1 @ 2 biji Tomato 
10 ekor ikan bilis, dikisar 
3 ulas bawang putih, dikisar
Garam, secukup rasa

Caranya:
Kunyitkan ayam dan goreng. Ketepikan bila ia sudah masak.
Panaskan minyak, masukkan bawang mayang dan semua bahan yang dikisar.
Kacau selalu hingga ia hampir pecah minyak.
Masukkan bawang yang dimayang dan garam.
Masukkan ayam goreng ke dalam sambal minang dan gaul rata.
 Hidangkan dengan nasi panas, ulaman seperti timun atau daun selom.

Try le.. Mesti ada rasa masam-masam manis tomato dengan pedas-pedas cili...
Tekak aku suka!

Isnin, 28 Mac 2011

Ayam Masak Lemak Belimbing

Kenal tak pokok apa ni???

Tu le pokok belimbing buluh..
Banyak buah belimbing aku bawak balik dari kampung hari tu.. Since anak-anak dah request nak makan ayam masak lemak dan kebetulan pula aku ada depan gerai kelapabeberapa hari lepas, why not aku masak ....

AYAM MASAK LEMAK BELIMBING

Ayam 1 ekor
Air kelapa 1 biji
Cili kering mesin 3 sudu
Cili padi 10 biji (kalau nak lebih pedas, tumbuk lelebih)
Bawang besar ( parut tp kalau malas, mesin pun boleh)
Lengkuas (pun di parut)
Kunyit hidup (parut juga..)
Halia (parut juga..jgn pilih kasih lak!)
Buah belimbing buluh 15 biji ( terpulang pd lidah memasing..dan jgn lupa buangkan pangkal dan hujungnya sedikit )
Santan pekat sebiji (lebih pun ok kalau nak berkuah banyak)
Cili hidup dipotong panjang (untuk hiasan)

Cara-caranya:
Lebur semua dalam genseng (kuali tembaga) kecuali santan pekat dan belimbing buluh. 
Agak2 ayam dah separuh masak, masukkan santan pekat dan belimbing buluh.
Kena sentiasa kacau supaya tak pecah minyak..
Campakkan garam ikut rasa sendiri..
Nak tutup api tu, campakkan cili idup.
Hidang...
Kami sekeluarga makan dengan nasi panas, sambal goreng dan ulam aje... 
Sehingga menjilat pinggan!

Senang sangat le buat lauk ni... Ni 'lauk malas' aku...hehehehe




Selasa, 25 Januari 2011

Ketupat Sotong

Ketupat Sotong..My version..

 Thursday, September 2, 2010 at 11:34pm

Ni lagi satu favourite food rakyat dlm rumah ni..
MAkanan ni authentically dr Kelantan Terengganu & PAhang cilok!
KAlo Kelantan & Terengganu version punya, mmg kita org Melaka x leh nak makan sgt..
MAnis meghedu!
So, this is my version..

KETUPAT SOTONG

6 ekor Sotong size besar @ plg kurang panjang jari sampai ke pergelangan tgn
3/4 kg Santan pekat (nak kurangkan pun boleh jugak)
1 pot Beras pulut
10 biji bawang merah (tumbuk halus)
1 ruas halia (nak lebih pun boleh & tumbuk halus))
1 sudu besar halba

Kukus beras pulut dgn air sahaja. 
Bersihkan sotong & buang kulit luarnya. 
Tos. 
Sumbatkan beras pulut yg telah masak ke dalam sotong sampai penuh 3/4 sahaja.
MAsukkan kepala & cucukkan dgn lidi supaya kepala tu bercantum dgn badan sotong.
Buat sampai semua sotong habis disumbat & dilidikan.
Dlm gengseng (kuali tembaga lama tu...) masukkan santan, sedikit garam, halba & bawang.
MAsukkan sekali sotong yg dah disumbat tadi.
Renehkan ia & rajin2 le kacau.. sampai kuahnya tinggal separuh & pekat.
Boleh hidang & dimakan sebagai makanan utama..

KAlau version Terengganu Kelantan, dia masukkan gula putih  sedebuk & gula nisan !
PAstu sotongnya x dibuang kulit...
Kitorng ni dah biasa makan sotong yg bersih & x mkn manis2 sgt..
LAgi satu, kalau nak rasa, dinasihatkan buat sendiri jugak!
Jgn dibeli sbb harganya sekor sampai 6 hengget yg kecik punya!
Mmg x berbaloi!

Dah x yah masak benda lain dah sbb ketupat sotong ini amatlah mengenyangkan..
KAlo u all makan x terasa kenyang, x tahu le nak kata apa!

Ahad, 23 Januari 2011

Labu Masak Rempah


LAbu lagi...Tapi kali ni, memang aku tak leh fikir macamana rasa masakan ni....Tapi x salah kan kalau kita cuba. Mungkin kena tekak kita, sapa tahu... Tapi maaf ye.. tak ada gambarnya.. NAnti kalau aku dah buat, aku uploadkan untuk tatapan kita bersama, okay...
LABU MASAK REMPAH...

bahan:
labu kuning (yg masak ehh) - dipotong dadu cm nak masak lomak tu
udang kering
bawang merah
bawang putih
biji sawi
daun kari
serbuk kari (kalau sedap letak kari daging)
garam

cara memasak:
tumiskan biji sawi dan daun kari
lepas tu masuk & tumiskan pula udang kering + bawang merah + bwang putih yg ditumbuk
bila dah agak wangi, masukkan serbuk kari (di campur sedikit air dulu)
kacau sehingga kari garing (naik minyak)
masukkan pulak labu yg dah dipotong2 dadu
masukkan sedikit air (sikit je)
garam secukup rasa...
kacau labu rata2... dan masak sehingga empuk..
terpulang pd citarasa samada nak berkuah sedikit atau kering....
kalau nak kering, kene masak lebih sikit...