CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Khamis, 3 Oktober 2013

Hilang Ingatan

Zaman sekarang memang canggih.. Nak 'berbual' dengan orang lain, tak perlu jumpa berdepan atau bergayut di telefon sampai merah cuping teling.. Cukup dengan berbual di WhatsApp, WeChat, Twitter, Facebook, BBM dan macam-macam aplikasi lagi yang aku sendiri tak boleh nak ingat.. Nak berdarling-darling dengan Hubby Baby pun cukup dgn BBM saja. Sekali dalam sehari, dia akan call untuk mendengar suara walau selepas aku hantar msg dan seringkali dibalas selepas beberapa lama! berbalas BBM atau WhatsApp. Hidup memang mudah... Kos komunikasi juga dapat dijimatkan.

TAPI!!!!

Dalam tempoh beberapa lama, aplikasi yang digunakan perlu diupdate dgn versi yang terbaru.. Setiap kali diupdate, banyak 'perbualan' yang hilang! Aku tak kesah kalau perbualan dengan group sekolah, group saudara-mara atau dengan individu lain hilang dari memory.. Tapi aku cukup kesah dan resah bila perbualan aku dgn Hubby Baby hilang!!


Orang lain mungkin tak kesah.. Orang lain mungkin tak sedih tapi aku SEDIH!!! 


Aku akui.. Aku seorang yang sentimental.

Zaman berkawan dengan Hubby Baby dulu, dia pernah tulis atas sehelai tisu McDonalds.. Dan aku masih simpan tisu itu! 

Zaman mulai terasa kasih, dia telah tulis nama gabungan kami diatas petal bunga ros... Aku masih lagi simpan petal-petal itu!

Zaman bercinta jarak
sejauh Kuala Terengganu-Melaka dulu, dia pernah tulis nombor public phone blok penginapannya di Kerteh, aku masih simpan lagi cebisan kertas itu..

Zaman dah berkahwin, time aku cari gaduh atau merajuk benda remeh merajuk, aku suka tulis nota marah, merajuk untuk dia dan dia balas... Nota-nota itu semua masih aku simpan. 

You be the judge of how sentimental I was... and still am today.

Bila berbualan harian yg disulam dengan kata-kata sayang dan manja hilang dari memori....
Sekian, dari aku yang sentimental dan emosional...


0 comments:

Catat Ulasan