CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤

Selasa, 22 Oktober 2013

Jatuh dan Bangun

Ahad  lepas, ku sudah terbreakdance selepas membeli dan nak belah di Pasar Tani Stadium...
Macam-macam gaya ku buat!
Hasilnya... Malam tu juga kena panggil orang datang mengurut!
Dan sekarang... kiri kanan dah macam ni..


Bukan kaki saja.. Tangan kiri dah rupa gini..

Sakitnya sampai ke bahu...

Lumber area pun sentap...
Bila solat, standby aje kalau terpaksa duduk... Bila terasa kesakitan yang melampau, sujud hanya dalam keadaan duduk sahaja.. Bila duduk antara dua sujud, kaki x mampu dibengkokkan...

Dari blog Ustaz Zaharuddin:

Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus baca doa berwarna biru :
أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده منذ أسلم فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله ثلاثا , وقل سبع مرات :

أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ 
Ertinya : Seorang sahabat datang mengadu kepada Nabi berkenaan kesakaitan yang terdapat ditubuhnya sejak dari ia masuk Islam, lalu nabi mengajarkan berkata : " Letakkan tanganmu ditempat yang kamu merasai sakit itu dan bacalah Bismillah tiga kali dan kemudian bacalah tujuh kali : " Aku berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan yang telah menimpaku dan yang aku ingin hindari. ( Riwayat Muslim)




0 comments:

Catat Ulasan