CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow
Memaparkan catatan dengan label Perkataan2 Dalam Hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkataan2 Dalam Hidup. Papar semua catatan

Selasa, 13 November 2012

Soalan Wajib..

Sejak anak-anak dah mulai membesar, aku suka bawa mereka bercuti.. Tapi sejak En Hubby Baby dah mulai naik step dan step dan step berkembang kiri dan kanan dalam kerjayanya, waktu untuk bercuti semakin sukar dicari.. Tambahan pula Along dah di MATA, lagi susah nak adjust waktu! Kalau nak kemana-mana, aku yang akan buat segala carian diGoogle Search untuk cari tempat-tempat menarik untuk dilawati, kemudahan & tempat tinggal dan segala bagai perkara yang perlu dilaksanakan sebelum nak bawa enam puluh orang ni. Mau pergi dengan apa? Berapa RM belanja perjalanan? Berapa jam mau sampai? Kami suka drive sebab mahu menikmati pemandangan dan boleh stop dimana-mana.. Mana nak stop untuk makan dan rehat serta solat serta isi minyak kereta? Kalau mahu ke pulau, mana nak tinggalkan kereta & berapa bayaran sewa? Feri @ boat ada pukul berapa? Hotel mana mau duduk? Dulu masa anak-anak kecil lagi, bawah 12 tahun, kami ambil dua bilik saja.. Tapi selepas tu kami wajibkan 3 bilik. Satu untuk pengantin aku dengan Hubby Baby. Satu untuk gigirls. Dan satu bilik untuk boboys.
Awal tahun hari tu, kami dah ke Pulau Batam dengan diuruskan oleh seorang pendakwah  yg juga senior Hubby Baby semasa di sekolah dulu, merangkap jiran kami dalam taman ni... Kami guna land transfer aje.. Naik feri di Johor Bahru, Budget setiap seorang untuk transport & tempat tinggal ialah RM550. Perginya Jumaat malam dan baliknya Ahad tengahari... Along tak pergi sebab masa tu dia bekerja sementara menunggu keputusan SPM keluar. Tujuan trip ke Batam ni adalah kerana aku nak bawa anak-anak melihat sekolah-sekolah pondok di Indonesia. Mahu beri peluang anak-anak melihat dengan mata mereka sendiri betapa beruntungnya mereka yang dapat menimba ilmu dunia dan ilmu akhirat dalam keadaan yang selesa. Alhamdulillah, anak-anak seronok walaupun tersangatlah letihnya...

Bulan Mei pula, kami ke Singapore selama 7 hari 2 malam. Trip ni terlaksana selepas setahun aku merancang! Kenalah rancang elok-elok sebab anak-anak ni ada 3 kategori umur! Along dah remaja tua. Kakak dan Adik masih lagi diawal remaja. Addeen pula masih kanak-kanak.. So setiap tempat yg nak dijelajahi mesti sesuai dgn ketiga-tiga kategori. Penat otak memikirkannya! Alhamdulillah, trip kali ni banyak buka mata anak-anak dan kami sekeluarga berpeluang melawat beberapa ahli keluarga yang bermastautin disana.

Untuk tahun depan, aku sudah mulai merangka dari Mei yang lepas, sebelum kami bertolak ke Singapore lagi! Aku suka buat holiday plans.. Tapi yang aku tak suka ialah.......

"Tunggu Abang free ye..."

Bila nak buat kenduri pun, macam tu juga.. Nak buat plan untuk Umrah tahun depan pun macam tu juga. Sampaikan Ibunda aku pun dah pandai balas ayat dari menantu dia.. "Bilanya yang Yunus tak busy? Asyik busy je Bu' tengok.".... Itu la soalan wajib dari Ibunda... 

I just wish I could make plans and he just nod with "OK, Yang!" !!

*tgh plan untuk Kidzania Day sebelum Christmas2012,  CNY 2013,acara tahunan wajib dgn family Starfruitersku, Umrah 2013 (mudah2an dipermudahkan ALLAH), Legoland dengan cucu-cucu, dan family trip to Sabah @ Bandung...

Isnin, 4 April 2011

Benang Basah..


Menegakkan benang yang basah sesukar menegakkan benang yang kering!
BERTEKAK dan berdebat untuk menegakkan yang batil, yang bohong dengan kelentong kata dan auta nada suara boleh meyakinkan orang buat seketika. Lama-lama nanti, segala omong-omong yang kosong isinya, bukti-bukti yang hanya didengar-dengar, segala konon-konon yang direka-reka akan diketahui orang sebagai hampeh.Seperti menegakkan benang yang basah, ia hampir mustahil kecuali jika benang yang basah itu sentiasa diregang!
BERMUSYUARAH dan berhujah untuk menegakkan yang hak, yang benar dengan inti kata dan intonasi nada suara, boleh meyakinkan orang. Tapi hanya buat seketika. Lama-lama nanti, segala hujah-hujah yang penuh isi, bukti-bukti yang sahih, segala dokumen-dokumen yang diunjukkan akan dilupakan orang juga.
Kalau menegakkan benang yang basah itu hampir mustahil, cubalah menegakkan benang yang kering pula. Ia pun sama sukarnya.
Maknanya, mewujudkan kebatilan dan menegakkan kebenaran sama-sama payah. Terkekehlah dia yang dipercayai kerana pembohongannya. Terkilanlah dia yang tidak diyakini meskipun berkata benar.
Usah gembira wahai si pembohong. Jangan berduka wahai anda yang berkata benar. Penerimaan orang kepada yang benar atau yang salah, yang hak atau yang batil itu bergantung kepada sekukuh mana hati si pendengar tersambung pada tali ALLAH.
Kalau keburukan ada di dalam hatinya, dia terhijab dari mengenal kebaikan dan kebenaran. Dia akan menerima yang batil sebagai benar, yang benar sebagai batil. Sebaliknya, kalau taqwa ada di dalam hatinya, dia tangkas mengenali siapa si pembohong dan siapa yang berkata benar.
Sekilas ikan di air sudah dia tahu jantan betinanya. Hanya jauhari yang mengenal manikam.

Jumaat, 17 Disember 2010

Ia hanyalah satu soalan...

Aku nak minta maaf pada sahabat2 yg mengajar BAhasa Malaysia  kalau apa yang aku bakal tuliskan ini salah...

Semasa aku mula belajar Bahasa Melayu di sekolah rendah dulu, aku dan kawan-kawan sekelas di ajar tentang jenis-jenis ayat. Macam-macam jenia ayat ada. Ada ayat pasif. Ada ayat aktif. Ada ayat penyata. Ada ayat berbentuk soalan dan macam-macam jenis lagi..
KAmi di suruh buat berbagai bentuk ayat bagi setiap jenis yang diminta oleh cikgu..
Masa tu, aku pandai Bahasa Melayu ni.. Bukanlah pandai sangat tapi kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan berbangsa Cina & India yang lain, memanglah aku pandai..hehehhe

Benda yang sama juga aku belajar masa di sekolah menengah.. Yang paling aku ingat, setiap ayat berbentuk soalan, akan diakhiri dengan tanda soal dihujungnya. KAlau ayat seruan, diakhiri dengan tanda seruan di akhir ayat juga... Kalau ayat penyata, hanya sekadar dimatikan ayat dengan tanda noktah sahaja..

Dalam satu situasi yang membabitkan dua orang:
A: Aku nak tanya ni..
B Apa dia yang kau nak tanya?

Ayat Si A menunjukkan yang dia menyatakan keinginannya untuk bertanya pada si B.
Ayat Si B pula menunjukkan yang dia sedang bertanyakan kepada Si A, apakah yg menjadi kemusykilan Si A.
At the end of the day, bolehkah Si B menyatakan yang Si A menuduh @membuat fitnah pada dirinya sedangkan dengan terang-terangan Si A menyatakan yang dia hanya ingin bertanya...

Mmm... Sudah terang lagi bersuluh.. X faham macamana satu soalan boleh berubah menjadi tuduhan @ fitnah.. Siapa yang menfitnah & siapa yang difitnah ni???

Khamis, 16 Disember 2010

Sisih

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sisih
sisih; ; menyisih 1 beralih ke tepi utk memberi jalan kpd orang lain; menepi: Kalau ada kereta, ~lah. 2 menjauhkan atau mengasingkan diri ke; menyendiri: Apabila orang datang, dia segera ~ ke dlm bilik. menyisihkan meletakkan ke tepi; mengasingkan; mengesamping­kan: ~ diri mengasingkan diri. tersisih sudah diasingkan atau dipisahkan dr yg lain; terasing: Dia berasa dirinya ~ dr masyarakat kampungnya.

-tersisih sudah diasingkan atau dipisahkan dr yg lain; terasing: Dia berasa dirinya ~ dr masyarakat kampungnya

-menjauhkan atau mengasingkan diri ke; menyendiri: Apabila orang datang, dia segera ~ ke dlm bilik.

- bersisih berpisah, berasing; ~ antah dgn beras prb berasingan orang kaya dr orang miskin; menyisih 1. beralih ke samping atau ke tepi (utk memberi jalan lalu dll), menepi, me­nyamping: dia ~ ke tepi memberi jalan kpd ibunya mendapatkan adiknya; 2. meng­asingkan atau menjauhkan (diri) dr, meng­hindar, menyendiri: selesai sahaja majlis khatam, Bidin ~ hampir ke tangga; 3. = menyisihkan mengasingkan, memisahkan, menceraikan, memencilkan; disisih bagai antah prb a) diasingkan dr yg lain kerana tidak disukai; b) tidak boleh ikut campur ke­rana miskin; menyisihkan 1. mengasingkan (diri dll), memencilkan, menjauhkan: perasaannya yg berkecamuk itu hanya dapat ditenangkan jika ia ~ diri ke tempat yg sunyi; 2. me­misahkan, mengetepikan: pentingnya bahasa sbg alat dlm sastera memang tidak dapat disisihkan kerana kalau tidak ada bahasa, sastera juga tidak ada; 3. Id menyebabkan lawannya tidak dapat memasuki pertandingan selanjutnya kerana sudah kalah (dlm per­mainan dll), menyingkirkan (lawan); tersisih (sudah) diasingkan atau dipisahkan, terasing, terpisah: dia berasa dirinya ~ dr kawan-kawan yg telah lama bekerja di sana; hidupnya ~ dr kaum keluarga; sisihan (Mat) perbezaan antara nilai ke­putusan sesuatu uji kaji dengan nilai keputusan min beberapa uji kaji; penyisihan perbuatan menyisihkan: ~ diri dan perasaan kecewa terhadap penderitaan manusia.

Satu perkataan yang mempunyai banyak maksud dan banyak penggunaannya.
Ada orang akan menggunakannyadalam cara yang negatif.
Jika digunakan secara negatif, maka kesudahannya akan negatif juga.
Ada juga yang positif dalam penggunaannya.
"Ali menyisihkan diri dari pergolakan itu untuk menenangkan keadaan."

Ada manusia yang tidak suka berada dalam suatu kelompok, lantas dia menyisihkan diri. Tapi disebabkan penyisihan dirinya itu, akhirnya dengan sendiri dia merasa tersisih. Hinggalah pada suatu masa, dia menganggap dirinya disisih oleh kelompok tadi.
Dalam keadaan begini, penyisihannya itu membawa kepada kesudahan yang negatif...
Pengajarannya, janganlah kita cuba menyisihkan diri atas kepentingan diri sendiri yang bakal memakan diri..Bila dah terasa disisih, janganlah salahkan orang lain pula....

Mmm.. apa yang aku merepek ni??
Ops! lupa! Blog aku! Ikut Suka Aku!(credit untuk cousin aku, Syaidah sbb kenalkan ISA ni..)


Pengetik keyboard yang serabot..huhuhuu