Aku nak minta maaf pada sahabat2 yg mengajar BAhasa Malaysia kalau apa yang aku bakal tuliskan ini salah...
Semasa aku mula belajar Bahasa Melayu di sekolah rendah dulu, aku dan kawan-kawan sekelas di ajar tentang jenis-jenis ayat. Macam-macam jenia ayat ada. Ada ayat pasif. Ada ayat aktif. Ada ayat penyata. Ada ayat berbentuk soalan dan macam-macam jenis lagi..
KAmi di suruh buat berbagai bentuk ayat bagi setiap jenis yang diminta oleh cikgu..
Masa tu, aku pandai Bahasa Melayu ni.. Bukanlah pandai sangat tapi kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan berbangsa Cina & India yang lain, memanglah aku pandai..hehehhe
Benda yang sama juga aku belajar masa di sekolah menengah.. Yang paling aku ingat, setiap ayat berbentuk soalan, akan diakhiri dengan tanda soal dihujungnya. KAlau ayat seruan, diakhiri dengan tanda seruan di akhir ayat juga... Kalau ayat penyata, hanya sekadar dimatikan ayat dengan tanda noktah sahaja..
Dalam satu situasi yang membabitkan dua orang:
A: Aku nak tanya ni..
B Apa dia yang kau nak tanya?
Ayat Si A menunjukkan yang dia menyatakan keinginannya untuk bertanya pada si B.
Ayat Si B pula menunjukkan yang dia sedang bertanyakan kepada Si A, apakah yg menjadi kemusykilan Si A.
At the end of the day, bolehkah Si B menyatakan yang Si A menuduh @membuat fitnah pada dirinya sedangkan dengan terang-terangan Si A menyatakan yang dia hanya ingin bertanya...
Mmm... Sudah terang lagi bersuluh.. X faham macamana satu soalan boleh berubah menjadi tuduhan @ fitnah.. Siapa yang menfitnah & siapa yang difitnah ni???
JANGAN HILANGKAN.....
8 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan