skip to main |
skip to sidebar
Antara perbuatan yang paling ganjil di dunia ialah menipu diri sendiri. Contoh menipu diri sendiri ialah dia meyakini apa yang dipegang itu benar sedangkan dia sendiri mengetahui dia tidak meneliti apa yang dipegang itu sampai jelasnya nas dengan kaedah syarak yang telus. Lantas terus dia memaksa akal dan hatinya untuk menganggap apa yang dipegangnya itu benar dan berilusi dengan tanggapan itu sedangkan dia amat maklum yang dia tidak menelitinya sehingga benar-benar puas hati. Dia juga sedar bahawa cara dia menerima kebenaran ada unsur " buyers". Bukankah itu suatu perbuatan ganjil kerana menipu diri sendiri sedangkan diri sendiri mengetahui yang dia belum menilai nas dan hujah dengan sehabis mampu ? Apatah lagi dia sendiri sedar bahawa dia tidak tahu membezakan yang mana hadith sahih atau hasan dan yang mana dhaif atau palsu.
Jadi mengapa dia bertegang leher dan bermati-matian dengan pegangannya yang diputuskan dengan cara yang tidak telus ? Mungkin inilah penyakit yang diceritakan di dalam Quran seperti ayat berikut :
Allah Berfirman: " Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian", padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka hanya MENIPU DIRINYA SENDIRI SEDANG MEREKA TIDAK SEDAR. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta. "
[ Surah Al Baqarah Ayat 8-10 ]
0 comments:
Catat Ulasan