#Don't judge a book by it's cover
Faeiqah pinjam kat Perpustakaan Awam Pahang last week.. Masuk kereta, terus dia baca buku ni
"Kakak, kenapa?"tanya aku pelik...
"Buku Delisa ni sedih lah ,Ummi.." jawap dia..
Mmmm... Itu pun aku tak pelik.. sbb dia ni macam aku jugak.. Bila baca novel, penghayatan dia memang dasyat!
Aku jeling lagi kat dia. Menitis airmata dipipinya...
"Mesti cerita ni sedih sangat" aku berkata dlm hati.
Petang hari yg sama, dia dah khatam "HAfalan Solat Delisa" & dia masukkan dalam bag plastik FOS ni..
(Ni le beg yg kami lanyak dengan buku-buku setiap kali ke perpustakaan saban hari)
HAti aku bagai dijentik-jentik ..Nak tahu bait-bait kata dalam novel ni yg berjaya merintikkan airmata anak dara aku ni.. So, sebelum tidur malam tadi aku selak muka surat demi mukasurat novel ini...TAki sedar aku tertidur ...sampai Subuh tadi..
Semasa hendak keluar, bersiap untuk drift, hantar Faeiqah ke sekolah (sekolah dia ada buat kelas tambahan masa cuti untuk pelajar-pelajarnya yang akan menduduki UPSR tahun depan), aku sambar Hafazan Solat Delisa. Bolehlah aku baca semasa sarapan dengan BAtrisyia selepas hantar FAeiqah nanti
Sambil makan roti canai banjir dhal bersambal ikan bilis, aku sambung semula pembacaan aku yg terhenti malam tadi. Setiap bait perkataan aku hayati dan....
Hati mulai sebak...Mataku mulai berkaca
"Oooo...Patutlah Faeiqah menangis... Memang tersentuh dengan susunan kata-kata si penulis yang membayangkan Delisa yg terlalu ingin khusyuk dalam ujian solat di madrasah, dan pada masa yang sama, tsunami mengganas di Tanah Acheh (cerita ni berkisar di Acheh). Cara dia mengolah ayat, aku terasa bagai sama dilambung ombak tsunami yang mengganas tanpa mengenal mangsanya....
"Adik, memang sedihlah cerita ni... " aku bersuara mengganggu kunyahan Batrisyia yg sedang asyik menikmati nasi lemak ayam berempahnya...
"iye ke, Mi?" soal Batrisyia yg memang selalu inginkan kepastian.
"Ha ah lah, Dik. NAnti adik baca pulak ek lepas Ummi dah habis" aku sarankan padanya.
U all...kalau tengok pada tajuknya, memang novel budak-budak aje..Sama macam novel-novel keluaran PTS yang memang menjadi koleksi Faeiqah & Firdaus dari empat tahun yang lepas. Tapi, cubalah cari novel ni. Baca. Hayati... Kalau tidak tersentuh hati si pembaca, memang kau hati kering!
1 comments:
huhu...sedapnye roti banjir.. :)
Catat Ulasan