TAhun baru menjelma lagi...
X perlu bunga api yg dibakar & memenuhi langit KLCC..
X perlu konsert-konsert yg hingar-bingar lagi melekakan kita..
X perlu topi-topi party & tembakan serbuk2 'emas' dihemburkan bagi menyambut kedatangannya...
Cukuplah dengan hanya memohon ampun & maaf dari suami, ahli keluarga, jiran sekeliling & sahabat handai kita..
Diikuti dengan kebaikan-kebaikan yg kita boleh lakukan di mana sahaja kita berada...
BAik di dalam kereta, di kedai runcit, mahupun di tepi jalan sekalipun...
Jangan kita sempitkan maksud 'kebaikan' itu dengan berzikir, alunan yg bertajwid dr bibir atau bersujud kepada Penciptanya..
Maksud 'kebaikan' itu sangat luas... Terpulang pada kita untuk mentafsirnya...
Pastikan tafsiran kita itu x melangkaui batas-batas agama.....
Hari ini, nantikan akhir waktu Asar supaya kita dapat berdoa kepada Allah di punghujung tahun 1431 ni..
Dan juga doa di awal MAghrib pada malam 1 Muharram 1432 ...
Doa Akhir Tahun
-dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Doa Awal Tahun
-dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Mudah-mudahan tahun baru ini, kite penuhkan dengan kebaikan...
Dan mudah-mudahan Buku Catatan kita yg dipegang & dicatatkan oleh Malaikat Raqib akan penuh, berbanding dengan Buku Catatan yg diamanahkan kepada malaikat Atid...
Insyaallah......
Selamat TAhun Baru 1432 buat semua...
Sentiasalah buat kebaikan ..walaupun sesekali kebaikan itu membawa kepedihan di hati kita mahupun orang lain..kerana yg menilaikannya ialah Allah Yg Maha Adil & Maha Mengetahui..........
Aku memohon ampun & maaf kepada semua..atas segala silap & salahku... tingkah & lakuku..
0 comments:
Catat Ulasan