CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤

Isnin, 28 Februari 2011

Chis!

Along antar sms semalam, guna hp kawan..
"Umi, ni Along.. col jap"

Aku pun call ..
LR: Assalamualaikum.. Kenapa semalam tak call Ummi? Ummi tunggu tau!
Along: Waalaikummussalam... Semalam bz sangat.. Banyak sangat kerja nak kena siapkan. TAk sempat nak     buat benda lain pun. Ummi sihat? KAt mana tu?
LR: Sihat.. Ada kat rumah Mak Long. Abah gi class.. Along sihat?
Along: Sihat le jugak.. Tapi kaki ni aje
Tak sempat habiskan ayat, aku dah nyampuk..
LR: Kenapa kaki Along? Sakit ke?
Along: Sikit je ni..
LR: Sikit camne? Along jatuh ke? Along buat apa?
Along: Bengkak
Spontan jugak aku nyampuk dengan suara yang penuh dengan persoalan dan kerisauan...
Along: Hari tu ada main bola friendly game..
LR:Apsal leh bengkak lak ni? Aduh..Along... Camne ni???
Along: Berlaga kaki masa main. Alah ummi ni.. Jangan risau..
LR: Mana leh tak risau? KAlau apa-apa, camne? Ummi bukan kat Kuantan ni! Apa-apa hal, berjam-jam nak sampai kat Along tau!
Along: Ala.. Tak yah risau. Along ok je..
LR: Tak urut ke kaki tu? Pi clinic ke..
Along: Along ok aje.. JAngan risau... Dah surut dah bengkak ni..
Tiba-tiba..... TUT TUT TUT TUT TUT DAN HP AKU TERUS PADAM!!!!!! HUWARRGGHHHHH!!!!! BATTERY KONG!
Sampai skarang hati tak tenteram....Tingat kan kaki dia yang bengkak! Aduh... Adakah aku ni melampau tahap gaban???? Atau aku seorang ibu yang terlalu ambil berat dan semua aku tambahkan lagi keberatan itu! 


Aku mampu doa, doa dan doa saja skang ni... Nak call hp cikgu, rasa cam malu pulak kalau cikgu dia tau pasal apa aku call.... RAsa cam nak pinjam baju Spiderman aje! 
Encik Spiderman, leh pinjam baju tak?
          
Oh! TAk sesuai! Kuantan-Pekan tak banyak bangunan.. Mana aku nak campak weblines kang??


                                                                 Oh Mr Superman!!!


Kenalkan..ni la Superman aku! Superb tak???

Jangan Bersedih...

 Melihat kekhilafan diri... 
Melihat kesedihan yang pernah dilalui... 
Sesungguhnya Allah sentiasa bersama aku walau bersendiri.. 
Sesungguhnya ada terselit kebahagiaan disisi..


Maher Zain Live in Concert

Aku, Hubby Baby dan anak-anak bermusafir ke Kuala Lumpur kelmarin.. Hubby Baby ada program yang berfaedah exam  dan kami yang lain pun ada program yang tak berfaedah pula jugak.. Dah sebulan lebih dah planned this program.. Aku gelar program ini sebagai "Rombongan Che' Kiah ke MZ". Eh! Betul.. Ibu aku lah Che' Kiah tu, nama gelaran bila kami serombongan ke sesuatu tempat... 
Kalau nak cerita lelebih, letih la.. 

 Kami sampai di Stadium Malawati kul 6.30pm.. Kereta dah mula membanjiri SM dah masa tu.. Terus cari Dak Ida (adik perempuan bongsu) ngan family dia
 Ops! Jangan marah... Dia dah chop paling depannnn sekali kat pintu masuk SM tu..Ni anak2 dia, Dak Haris ngan dak Sabrina. Bersemangat diaorang nunggu dari jam 5.20pm!
 Aku tak tahu le apa perbincangan hangat Dak Ida (Plg kiri sekali), Teh (berbaju turqoise,adik Che Kiah kita), Che Kiah, Dak Kokgy (kakak sulung aku) ngan dak Azrain (Yang Mok dak Ida). Aku enterframe aje... hehehehe.. Lepas nunggu, dapat le masuk kul 7.45 mlm, lepas Maghrib.. Jangan buruk sangka ye.. Kami anak-beranak bermusafir...Jamak aje..Kan itu satu kemudahan yang Allah beri...
 Kami ingat takde no seat..rupanya ada.... Siap ada krew lagi yang tunjukkan tempat duduk kami... Rombongan Che Kiah ni seramai ..jap ek! Ambik calculator jap... Aku 4 orang, Dak Ida 4 orang, Dak Kogy 3 orang, Dak Kokja 4+2 2 orang anak dara A Man, abg ipau dia yg dok Kuantan, Che Kiah, Che Normah (adik Che Kiah) dan lastly, my lil brother, dak Faiz... Wah.. 20 orang! Kan aku dah kata..ni rombongan Che Kiah!
 Kokgy ngan Che Normah kita tgh bukak bag penyelamat kami... Dalam tu ada mineral water, fruits & jajan buat alas perut..
 Puas menunggu..Ni dah 30 minit duduk pandang pentas aje..
Letih le plak...tapi kena senyum sokmo.. Senyum itu kan ke sedekah..

 Dan masa terus berlalu.. Kami pun posing le sakan... sementara Che Kiah makan nasi berlaukan kuah kari ikan....
 Macam-macam pesen orang-orang yang kekal sabar ni...
 Finally... Ntah MC lelaki mana lak aku tak kenal tp yang perempuan tu aku kenal le jugak.. Pernah tengok dalam TV3 dulu tapi sekarang dah takde dah.. Namanya? Mamat tu dok sebut "Farah"...
 Since concert ni kumpulan In-team yang handle, so sebelum dia kasik orang lain nyanyi, dia nyanyi dulu... Typical Malaysian nasyeed.. selow -mellow aje...Tapi tepuk la jugak tangan, kasi moral support...
 Irfan Makki, penyanyi jemputan kedua dalam concert ini... Bolehlah..sebab suara dia ni tenggelam dek bunyi band pengiring... Ntah apa yang dia lagukan, aku pun tak boleh nak dengar..
 Finally, the person himself keluar dengan sorakan para penonton..
Good looking gak dia ni... Tapi, Hubby Baby aku la yang paling handsome dalam dunia ni...
Suara dia memang sedap..lemak aje...  
 Dia jemput Fadly dari kumpulan Padi from Indonesia for Insyaallah (Malay version) to duet.. Ok.. Not bad gak.. Sebab aku jjarang-jarang dengar lagu ni.. Aku selalu putarkan CD dia, Insyaallah, the English version aje.. So, feel kurang...mungkin sebab suara students kat belakang aku yang terjerit-jerit nyanyi the Malay version ni...
 Then dia jemput Mesut Kurtis, a Macedonian singer... Oh! Dia ni memang aku suka dengar qasidah Burdah dia.. Anak2 selalu melagukan qasidah ni..Diaorang belajar kat kelas Tahfiz... Sedap... Mengasyikkan..Bahaya nila kalau terlalu asyik... !So, jangan terleka dalam keasyikan ye...
5 orang budak serba putih ni dijemput bersama mereka.. Tajuk lagu aku tak tahu tapi cute le pulak bila budak-budak ni disuakan microphone untuk menyanyi...

Ops! Jangan skandal! Biasa le diaorang ni, Salam muslimin dihulurkan dengan pelukan dan ciuman di pipi..sesama jantina sahaja! Jangan la korang buat berlalinan jantina.. Kang dapat dosa lak..

 Then, dia keluar balik.. Maher Zain sambung lagi menghiburkan kami dengan laungan2 memuji Allah swt dan  Muhammad saw.

 Dia nyanyi lagu 'Freedom'. Penonton sporting sungguh dengan berikan lampu handphone, lampu bling-bling (RM10 dijual kat luau tu) dan bermacam-macam lampu lagi! ni sebagai tanda sokongan keatas rakyat Libya yang sedang dilanda gelombang......


 Mesut Kurtis nyanyi solo sekejap sementara Maher Zain rehat kejap..

Lepas tu, Maher Zain keluar balik... 2nd part of the concert... Stadium makin panas... Sebab semua tahu it's coming to an end. His last song,bergema stadium dengan nyanyian penonton semua aku  dan Kokgy pun nyanyi cam zaman mumuda dulu.. Wuhuuuu!!!!!

Sebelum keluar, sila berkumpul di tempat yang dah ditentukan ye.. Al maklum la, rombongan yang besau...

Tunggu jap...

Ambik gambau tetengah malam buta... Dah kul 12 ni!

Rombongan Che Kiah yang dapat dikumpulkan selepas concert..

Sengaja dijauhkan 'shuttle' supaya mudah keluar...Kononnya la... Tapi terjjam jugak.. MAna mau lari...

Kejadian Yg Sadis Semasa Concert

Budak depan aku ni sempat lagi berfacebooking kat dlm stadium!Jeles sungguh!

Dak Amir tido la plak..

Dak Addeen pun boring la.. Member kamcing dah tido.. Mula le dia keluarkan statement "Ummi, jom kita balik. Dah malam ni. Kang Abah cari kita.. " Aduuuhhhh...
Dok main kipas (CIMB sponsor), dah kena selumbar... Jenuh le dalam gelap meraba ketip kuku dalam handbag...
Group belakang kami tu, mumula senyap aje.. TApi bila orang depan diaorang jerit "MAHER ZAIN!!!! MAHER ZAINN!!!!" baru le dengau suara diaorang...

Lepas tu, baru la teringat yg kami lom dinner.. LApau la plak.. Pi Doli kat TTDI, diorang tgh berkemas nak tutup... Pu la kat Uncle K kopitiam.. makan, makan, dan makan dan berABC! Kul 2 am baru dapat balik..mestilah lepas dah kenyang! Kul 250 am, mandi, solat dan kul 3 lebih baru dapat tido.. Dan Hubby Baby kejut kul 6.30 am untuk solat... Huha huha jugak.. Tapi solat jangan lupa ye....

Jumaat, 25 Februari 2011

She's 10 today!

How time flies! It felt like it was just yesterday she's kicking in me... But today, she's a good muslimah (she will shout to whom delays their solat!), caring, loving, giving  and a  fierce talented girl. 


You are a special daughter
who means so much to me.
The day you were born,
there wasn't a lovelier sight to see.
I am glad Allah gave you to me.
Your love and devotion
has been my reason,
to get through many tough times,
and through many seasons. 

As you have grown up,
your beauty shines through,
with a wonderful smile
that shows the real you.
You have a heart that is
made of gold
and I know it will stay that way,
as you grow old.
You make me proud
that you are who you are.
The bond that we have
will keep us close,
and no matter where you are,
you won't seem far.



The closeness we have
will never depart,
cause there is so much love
that connects you to my heart.

I am glad my daughter,
that you are mine,
because having you in my life
makes my sun shine



 






Khamis, 24 Februari 2011

Di Dalam kotak..

Dok kitai-kitai barang kat dalam bilik, aku terjumpa Kotak Cinta kami.. Uh! Apa plak Kotak Cinta ni??
Orang lain dok sibuk dengan lagu cinta la, cincin cinta la.. tapi aku, kotak aje??
 Apa kelas kotak aje!..
Oh! Jangan pandang pada luarannya sahaja ye.. 
Biarpun kotak ini warnanya makin pudar dek masa.. 
Biarpun kotak ini kelihatan lusuh dihurung habuk seinci tapi ianya sangat bermakna bagi kami.. 
Didalamnya tersimpan seribu kenangan 23 tahun dahulu.. 
Di lubuknya terbenam berjuta kata yang dimulakan 23 tahun yang lepas.. 
Di dasarnya terhampar selaut cinta kami yang berputik 23 tahun dahulu...
 Ini hanyalah seperlima daripada surat-surat kami setiap kali berjauhan...
Buku-buku itu pula adalah luahan hati kami tika kerinduan..
Ada yang sudah hangus dimamah api yang marak membakar rumah Hubby Baby 21 tahun dahulu.
Ada juga yang sudah dimakan anai-anai yang merempuh halangan simen yang melantai bilik rumah sewa kami dahulu..
Semuanya amat berharga, biar secebis pun yang dapat kami selamatkan..
Namun, dalam semua, mesti ada yang istimewa...


Inilah buku yang sangat istimewa bagi kami...
Ops! Kantaoi sudah! Kami masih bersekolah semasa ia bermula..
"Meliora Hic Sequamur"
Menjadi saksi perkenalan kami...
Mengajar kami untuk yang terbaik..

Penasaran

Di selar kehidupan
Wajah-wajah menghadap pertanyaan
Keluh kesah akan kebencian

Terhina padaa mata-mata bahalol
Suara kutukan memetir
Dosa kecil dalam perjuangan hak
Perasaan diragut-ragut

Perjuanganku untuk hak
Pembelaanku hanya pada cinta suci
mengurai benang yang berserabut
Dikotak fikiran gadis ayu...
Tetapi........
Jari-jariku terjerat
Seluruh tubuh dipalu
Hukuman seratus sebat
Padaku yang mengucup cinta terjebak

 Norsine Arbu
   April, 1988

Ais Kerim

Korang ingat lagi tak masa zaman kekecik dulu... Masa aku kecik dulu, aku cukup suka makan ais kerim. Arwah Mak (pendekan bagi Makwe = Nenek) dulu pernah berniaga ais kerim kat laman rumah. Selain daripada ais kerim tu, ada la jugak jajan-jajan lain yang sezaman dengannya.. 
Ais kerim zaman tu  yang paling top ialah ais kerim Malaysia. Masa tu kitorang tak pandang la ais kerim cornetto ke, magnum, Baskin Robbins ke, Haagen Dazs ke.. Sikit pun kitorang tak pandang!Mana nak pandang kalau benda tu semua tak pernah kitorang nampak????

Ais kerim Malaysia ni ada bermacam-macam perasa tapi dalam bentuk yang sama aje....Harga pun sama aje. Ais kerim malaysia bandung dan kacang merah yang paling aku minat. Kalau aku dok kat rumah Mak, tiap hari aku jaga bahagian ais kerim aje bila Atuk dah letakkan peti ais kerim kat bawah pokok rambutan tu.. Bukan apa..Aku ni bahagian percukaian memang dasyat! Kekejap aku bukak dan ambik satu. Tapi tu aku kira macam upah berniaga  la.. Mana taknya..dok bawah pokok tu sepanjang petang sambil main-main dengan sepupu-sepupu dan kakak-kakak aku...Penat tau main kejau-kejau meniaga ni! Ingat tak berpeluh? Korang cubalah pi dok kat laman , bawah pokok jual ais kerim tu..

Ni lah ais kerim Malaysia yang paling Hubby Baby dan Ibu aku minat. Ais kerim kacang merah! Camne nak buat ek?

Pi  kedai Dak Ee ( ni kedai nyonya kat simpang kampung kami dulu.. Dah mati pun dia beberapa tahun yang lepas), mintak le kacang merah sekati. Beli le gula pasir sekati gak... Balik rumah, cuci bersih kacang tu, masukkan air ngan gula dan masak aje.. Biarkan rebus lelama sikit sebab kita nak kacang tu cukup kembang. Sepanjang memasak tu, jangan lupa pulak check air dia.. Kalau dah kurang, tambahkan le. Bila kacangnya dah cukup masak, biasanya aku keluarkan 3/4 kacang tu dan simpan dulu. Lepas tu sambung masak sampai 1/4 kacang yang berbelen dalam periuk tu kembang sekembang-kembangnya! JAngan lupa tambahkan airnya sebab nanti airnya jugak kita nak guna...
Sementara tu, boleh le masukkan kacang merah yang dah diketepikan tadi dalam plastik ais kerim Malaysia yang panjang-panjang tu.. Bila air rebusan tadi dah sejuk, baru le masukkan dalam plastiknya dan ikat le bebetul. Jangan sampai dia meleleh keluar lak kang! Jenuhlah pulak nak membersihkannya......
Ais kerim Malaysia ni ada gak pilih kasihnya...Jangan ingat Rosyam Nor aje leh buat Pilih Kasih tau! Belah kanan, kacangnya dekat separuh plastik.. Belah kirinya pulak sikittttt aje aku bubuh kacangnya... Kanan untuk Hubby Baby dengan aku. Belah kiri lak untuk anak-anak yang tak berapa gemar kekacang ni!
Bila dah siap semuanya, masukkan dalam freezer sampai dia keras.. Tapi ada jugak yang suka separu keras separuh lembik... Terpulanglah...

Aku simpan sehari semalam dalam freezer.. Ingat nak bawakkan sikit untuk Ibu dan adik-beradik aku kat KL nanti.. Tapi, tengok le kalau masih ada lagi.... 
Dulu harga sebatang ni cuma 5 sen aje masa zaman aku. Sekarang dah 30 sen kalau penuh macam aku buat. Kalau 20 sen, diaorang bubuh separuh je! Rasa pun tak berapa sedap sebab semuanya dah pakai perasa aje.. So, aku lebih suka buat sendiri untuk anak-anak aku dan anak-anak jiran kalau ada yang berhajat.. Tapi aku tak lagi berniaga cam dulu.... Sekarang ni kasi sedekah aje kat budak-budak...

Rabu, 23 Februari 2011

PIBG SHAH 2011/2013

Sabtu yang lepas, aku, Hubby Baby dengan Addeen menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PIBG yang ke 20 di Sekolah Sains Sulatan Haji Ahmad Shah Pekan. Ini kali pertama kami menghadirinya sebab tahun lepas, Along masuk sekolah ni bulan Mac tapi MA PIBGnya diadakan pada 30 Januari 2010..so, tak sempat la kami nak menghadirinya...
 Ini adalah barisan AJK PIBG SHAH 2009/2011 dengan Pengerusinya ialah Pengarah Hospital Selayang Serdang,  Dato' Dr. Hj Ardi B Hj. Awang dengan Naibnya, Prof Dr. Nik Mazlan B Mamat (Dekan Kulliyah Allied Health Sciences,UIA Kuantan)  dan AJK yang lain-lain yg semuanya golongan berilmu dan memberi ilmu kepada semua... Alhamdullillah, dah banyak contribution yang anak-anak SHAH ni dapat hasil dari kerjasama erat mereka..Mesyuarat tu tak lah lama. Hanya 2 jam sahaja. Tapi sessi soal-jawabnya agak kelakar sedikit.. Bukan sebab barisan AJK ni tapi sebab ada beberapa ibu bapa tak menumpukan perhatian dalam mesyuarat dan memperlihatkan ketidakperhatian mereka itu pada sessi soal-jawab. Orang bincang pasal lain, dia menyampuk tentang sesuatu yang jauh dari topik... Kesudahannya, terpaksalah Tuan Pengerusi kita terangkan isu yg dibincangkan beberapa kali... Nasib baik Pengerusi tu dah biasa bercakap depan press.. Kalo aku, dah angin dah!

 Selesai sessi soal-jawab, maka AJK sessi 2009/2011 dibubarkan... Bermulalah saat untuk ahli yang hadir memilih AJK baru bagi sessi 2001/2013. Pengerusi menang tanpa bertanding.. Naib Pengerusi yang ingin dimenangkan tanpa bertanding tarik diri kerana sudah 2 tahun anaknya meninggalkan SHAH. So, Hubby Baby pun mencalonkan Dr. Hj Dr Khaled Mat Hassan (Obstetrician & Gynaecologist Kuantan Specialist Hospital) dan beliau menag dengan pertandingan 3 penjuru.. 


 Iklan jap! Addeen dok sibuk dengan jam Ben10nya yang hilang tanpa jejak selama beberapa lama... Dia baru terjumpa semula jam ni 2 hari sebelum tarikh di gambau ni.. Sebenaunya, aku yang simpankan.. heheheh
 Heheheh.. Inilah barisan AJK yang menang dalam pilihanraya PIBG SHAH tempohari... Hubby Baby pun menang.. Kenapa dia tercalon? Sebab dia banyak nau soalan dan kegusaran bila tengok perkataan-perkataan dalam laporan minit mesyuarat dan laporan kewangan tahunan.. Al- maklum le.. Hubby Baby ni sangat teliti bila buat kerja.. So, dia pun expect benda yang sama dari aku orang lain. Selalunya dia akan jadi AJK aje.. MAna leh nak jadi Setiausaha.. TAk larat lak kang aku nak menaipkan minit-minit mesyuarat dengan tulisannya yang bak doktor tu! LAgipun, sapalah dia kalo nak jadi Pengerusi, sedangkan ada orang lain yg lebih pandai cari fund berkaliber. JAdi AJK pun dah ada suara gak..hehehehe

 MYJ: Assalamualaikum semua. Saya Mat Yunus Bin Jumat. Bekerja di BASF P******* C*******. Anak saya berada di Tingkatan 5 di sekolah ini. Sebenarnya dia ingat bila sebut pasal anak yang dah final year kat sekolah ni, boleh le dia melucutkan jawatan AJKnya itu tp segan le pulak kat Dato' Ardi yg anak pun final year cam Along gak...
 Dah ada kerusi kat depan dah.. Tapi, semua orang pakai kasut,Hubby Baby je yang pakai selipar jamban! Bila umur dah meningkat, sel-sel otak mula berpencen...  Even abang yang dok depan aku datang naik motor dengan helmet yang tersangatlah uzurnya pun pakai kasut tau!
Selesai semua urusan, Tunggulah Majlis Perasmian/ Penutup PIBG kali ke-20 ni.. Aku dah agak dah... Mesti MB hantar wakil aje.. Wakilnya, 
Adun Pulau Manis, YB En. Khairuddin Bin Mahmud. 
Ok le tu.. tapi dia tak baca ikut teks.. Dia berucap ikut pengalaman aje.. Al-maklum la.. Guru pencen...
Dan persembahan dari kumpulan nasyid SHAH. Sedap pulak suara bubudak ni... Bernasyid tanpa iringan muziknya lebih sedap... Tapi, memang thumbs up untuk diaorang ni... 

Lepas tu, sessi makan-makan pulak... Dah merata cikgu-cikgunya.. huhuhuu.. Aku bertembung dengan Puan Sharifah sahaja.. Dia ni guru rumah Aminuddin.. Along ada banyak paperwork yang nak kena siapkan untuk Aminuddin. Soalan aku pada cikgu ni "Firdaus reliable ke?" heheheehe.. Cikgu kata, "Boleh diharap.. Dia rajin dan boleh buat apa aje kertas kerja yang kita arahkan untuk Aminuddin ni.."
MAna Cikgu Linda? Mana Sir Lela Murad? Mana Madam Anne? Mana Teacher Zaima?? huhuhu.. semuanya dah ilang.. Huhuhuu.. 
Lepas kung kang dengan Along, dan jumpa dak Chex,  anak nombor dua aku, Hubby Baby pun ajak balik... sebab Faeiqah dengan Batrisyia yang aku mintak tolong neighbour aku jemput diaorang ni siap dengan kunci kereta Hubby Baby sekali, call aku kata budak dua orang ni lom keluar dari pagau sekolah  lak... Risau la plak.... Tapi baru je keluau pagar SHAH, dia call balik kata bubudak dah ada dengan dia.. Lega rasanya... So, kami benti la pulak kat Kg. Sg. Soi, munum kelapa dengan makan goreng pisang...heheheheh

Dan kami terus memerap dalam rumah sampai le malam sebab ada orang tu lom lagi siapkan dia punya homework! Kan minggu ni nak kena antau 2 assignment! Sian aku!