Waktu kecilku, aku sangat manja pada sesiapa pun, waima pada orang yang baru aku kenali. Mungkin kerana aku seorang yang comel
Pinjam gambar sahaja.. sebab baby ni tidak secomel dan secantik aku semasa bayi ;P |
Secomel diakah aku dahulu?? Ngeh ngeh ngeh... |
Kata orang, anak ketiga ini seorang anak yang sangat degil dan keras kepalanya tapi berjiwa lembut... Mungkin kebetulan, tapi begitulah aku... Dalam kecomelan dan kekiutan itu, aku adalah ketua pembangkang! Aku amat degil! Tapi Bonda pula sangat penyabar... Semakin aku membesar, aku sering dimarahi dan dirotan ayah. Bonda pula akan terus berdiam diri. Sesekali aku lihat airmatanya bergenang bila aku mencabar kesabarannya. Bila Bonda dekati aku, dia selalunya akan bertanyakan satu soalan sahaja..." Olyn sayang Bu' ? Kalau sayang, sayang sampai mana?"
Dan jawapan skemaku ialah "Sayang sampai langit" dalam senyum simpul sambil memeluknya...
Namun, aku hanya seorang kanak-kanak yang sukar untuk memahami hati Bonda. Aku akan ulangi ia lagi.. dan lagi, dan lagi dan lagiiiiiii.....Huhuhuuu... Degil sungguh aku! Tapi dulu la...
Kasih Bonda membawa ke syurga... |
Bonda....
Cekal hati mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,
Tiada kelihatan setitip kemarahan.
0 comments:
Catat Ulasan