Seperti biasa awal-awal pagi ni aku mengemas... termasuk le area depan tv cum tempat Hubby Baby buat homework dia @tempat anak2 ambil kesempatan buat homework kat sini sambil jeling-jeling TV.Syok tau dok kat meja ni..siap ada bantal besau panjang lagi tersedia kat situ! Boleh landing kalo penat! Dulu, aku simpan meja ni setiap kali selepas digunakan. Kakinya boleh dilipat.. Aku yang nak sangat meja jepun ni untuk aku buat potong kain baju (masa tu memang rajin bebenau jahit baju). Hubby Baby kurangkan RM495 dari walletnya untuk meja aku ni.. Dia terpaksa sanggup menapak satu Kuantan melayan aku mencari meja jepun yang aku berkenan..
So, to cut long story short, meja ni ialah meja pelbagai guna.. Ada masanya jadi meja makan! What do you expect when it's multifunction? Banyak la aktiviti yang berlaku kat atas, bawah, depan, belakang, kiri dan kanan meja ni! Addeen suka nyorok bawah meja ni Dan banyak la jugak sampah sarap yang ditinggalkan sebagai jejak warisan selepas semua aktiviti selesai dilakukan dengan jayanya...
Tapi pagi ni aku jumpa satu benda yang aku jadi sakit mata kalo nampak benda ni ada kat bawah meja...
Dah beribu kali aku ingatkan rakyat jelata supaya "tolong simpan sokkabau semua lepas baca , ok.. Kalau tak Ummi tak mo lagi beli sokkabau!" tapi kekadang diaorang tak ingat pesanan penaja tu.
Sebab sokkabau ni le jugak aku sering rasa terseksa bila apek old newspaper tu cakap cha ya nun alif dengan aku bila dia datang beli my old newspaperS. Dia ingat, kalau banyak sokkabau ngan buku comic cha ya nun alif ni, semua dalam rumah ni terrer cakap cha ya nun alif?? Lepas ni, kalo dia datang, aku nak sorok semua sokkabau Shin Chiew Daily ni belah bawah ngan comicsnya sekali!
Tapi yang paling penting, aku nak kasi ingat.. TOLONG SIMPAN SEMUA SOKKABAU DI TEMPATNYA SELEPAS DIBACA!!!!
0 comments:
Catat Ulasan