CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Rabu, 23 Februari 2011

PIBG SHAH 2011/2013

Sabtu yang lepas, aku, Hubby Baby dengan Addeen menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PIBG yang ke 20 di Sekolah Sains Sulatan Haji Ahmad Shah Pekan. Ini kali pertama kami menghadirinya sebab tahun lepas, Along masuk sekolah ni bulan Mac tapi MA PIBGnya diadakan pada 30 Januari 2010..so, tak sempat la kami nak menghadirinya...
 Ini adalah barisan AJK PIBG SHAH 2009/2011 dengan Pengerusinya ialah Pengarah Hospital Selayang Serdang,  Dato' Dr. Hj Ardi B Hj. Awang dengan Naibnya, Prof Dr. Nik Mazlan B Mamat (Dekan Kulliyah Allied Health Sciences,UIA Kuantan)  dan AJK yang lain-lain yg semuanya golongan berilmu dan memberi ilmu kepada semua... Alhamdullillah, dah banyak contribution yang anak-anak SHAH ni dapat hasil dari kerjasama erat mereka..Mesyuarat tu tak lah lama. Hanya 2 jam sahaja. Tapi sessi soal-jawabnya agak kelakar sedikit.. Bukan sebab barisan AJK ni tapi sebab ada beberapa ibu bapa tak menumpukan perhatian dalam mesyuarat dan memperlihatkan ketidakperhatian mereka itu pada sessi soal-jawab. Orang bincang pasal lain, dia menyampuk tentang sesuatu yang jauh dari topik... Kesudahannya, terpaksalah Tuan Pengerusi kita terangkan isu yg dibincangkan beberapa kali... Nasib baik Pengerusi tu dah biasa bercakap depan press.. Kalo aku, dah angin dah!

 Selesai sessi soal-jawab, maka AJK sessi 2009/2011 dibubarkan... Bermulalah saat untuk ahli yang hadir memilih AJK baru bagi sessi 2001/2013. Pengerusi menang tanpa bertanding.. Naib Pengerusi yang ingin dimenangkan tanpa bertanding tarik diri kerana sudah 2 tahun anaknya meninggalkan SHAH. So, Hubby Baby pun mencalonkan Dr. Hj Dr Khaled Mat Hassan (Obstetrician & Gynaecologist Kuantan Specialist Hospital) dan beliau menag dengan pertandingan 3 penjuru.. 


 Iklan jap! Addeen dok sibuk dengan jam Ben10nya yang hilang tanpa jejak selama beberapa lama... Dia baru terjumpa semula jam ni 2 hari sebelum tarikh di gambau ni.. Sebenaunya, aku yang simpankan.. heheheh
 Heheheh.. Inilah barisan AJK yang menang dalam pilihanraya PIBG SHAH tempohari... Hubby Baby pun menang.. Kenapa dia tercalon? Sebab dia banyak nau soalan dan kegusaran bila tengok perkataan-perkataan dalam laporan minit mesyuarat dan laporan kewangan tahunan.. Al- maklum le.. Hubby Baby ni sangat teliti bila buat kerja.. So, dia pun expect benda yang sama dari aku orang lain. Selalunya dia akan jadi AJK aje.. MAna leh nak jadi Setiausaha.. TAk larat lak kang aku nak menaipkan minit-minit mesyuarat dengan tulisannya yang bak doktor tu! LAgipun, sapalah dia kalo nak jadi Pengerusi, sedangkan ada orang lain yg lebih pandai cari fund berkaliber. JAdi AJK pun dah ada suara gak..hehehehe

 MYJ: Assalamualaikum semua. Saya Mat Yunus Bin Jumat. Bekerja di BASF P******* C*******. Anak saya berada di Tingkatan 5 di sekolah ini. Sebenarnya dia ingat bila sebut pasal anak yang dah final year kat sekolah ni, boleh le dia melucutkan jawatan AJKnya itu tp segan le pulak kat Dato' Ardi yg anak pun final year cam Along gak...
 Dah ada kerusi kat depan dah.. Tapi, semua orang pakai kasut,Hubby Baby je yang pakai selipar jamban! Bila umur dah meningkat, sel-sel otak mula berpencen...  Even abang yang dok depan aku datang naik motor dengan helmet yang tersangatlah uzurnya pun pakai kasut tau!
Selesai semua urusan, Tunggulah Majlis Perasmian/ Penutup PIBG kali ke-20 ni.. Aku dah agak dah... Mesti MB hantar wakil aje.. Wakilnya, 
Adun Pulau Manis, YB En. Khairuddin Bin Mahmud. 
Ok le tu.. tapi dia tak baca ikut teks.. Dia berucap ikut pengalaman aje.. Al-maklum la.. Guru pencen...
Dan persembahan dari kumpulan nasyid SHAH. Sedap pulak suara bubudak ni... Bernasyid tanpa iringan muziknya lebih sedap... Tapi, memang thumbs up untuk diaorang ni... 

Lepas tu, sessi makan-makan pulak... Dah merata cikgu-cikgunya.. huhuhuu.. Aku bertembung dengan Puan Sharifah sahaja.. Dia ni guru rumah Aminuddin.. Along ada banyak paperwork yang nak kena siapkan untuk Aminuddin. Soalan aku pada cikgu ni "Firdaus reliable ke?" heheheehe.. Cikgu kata, "Boleh diharap.. Dia rajin dan boleh buat apa aje kertas kerja yang kita arahkan untuk Aminuddin ni.."
MAna Cikgu Linda? Mana Sir Lela Murad? Mana Madam Anne? Mana Teacher Zaima?? huhuhu.. semuanya dah ilang.. Huhuhuu.. 
Lepas kung kang dengan Along, dan jumpa dak Chex,  anak nombor dua aku, Hubby Baby pun ajak balik... sebab Faeiqah dengan Batrisyia yang aku mintak tolong neighbour aku jemput diaorang ni siap dengan kunci kereta Hubby Baby sekali, call aku kata budak dua orang ni lom keluar dari pagau sekolah  lak... Risau la plak.... Tapi baru je keluau pagar SHAH, dia call balik kata bubudak dah ada dengan dia.. Lega rasanya... So, kami benti la pulak kat Kg. Sg. Soi, munum kelapa dengan makan goreng pisang...heheheheh

Dan kami terus memerap dalam rumah sampai le malam sebab ada orang tu lom lagi siapkan dia punya homework! Kan minggu ni nak kena antau 2 assignment! Sian aku!



0 comments:

Catat Ulasan