Thursday, September 16, 2010 at 11:57pm
FAeiqah selalu x sempurnakan kerja sekolahnya..
Tulisan cakar ayam.. KAlau laoshi suruh copy karangan...mmg dia paling x suka!
Dia boleh baca novel @ kamus sepanjang hari @ minggu tapi bila masuk bab menulis ni...
kita pun jadi sakit mata!
Her daily routine...
6.45 am dah ke sekolah..
1.10pm balik & spent 15 mins in the car..
MAndi, solat Zohor, lunch (sambil membaca) & get ready for KAFA.
5.45 pm habis KAFA.. MAndi, start buat homework sampai...
Break for MAghrib, dinner & Isya'.
Then continue her homework..
Selalunya sampai tengahmalam menyiapkan homeworknya..
Being in the best Chinese school & the best class in school with high expectations is very tiring..
It's not an easy task for a pure MAlay girl to be the best MAlay student in her 6 classes of Year 5 in a Chinese school..
Furthermore, Chinese is not her mother tongue..
Sampailah....semester lepas, aku dipanggil mengadap laoshinya..
She asked me FAeiqah's daily routine..
When she heard FAeiqah's packed daily schedule.. she said..
"Quit her sekolah agama la..It's not important la.."
I was annoyed to hear that but wisely I said,"Cannot because her sekolah agama is important maa.."
Her laoshi speaks " Where got important.. Her UPSR next year la.."
In my mind.."hey! Her UPKK this year!"
Well, she has no problems in her studies... it's just her cakar ayam handwriting...
Another annoying words out of the laoshi's mouth was..
"The sekolah agama won't make her a doctor, u know.."
Terasa cam nak cili-cili aje mulut laoshi dia tu!
TApi, nak marah dia pun x boleh.
Sebabnya..an answer I got from a few muslim parents when asked about sending the kids to KAFA..
"Lecehlah.. Diaorg ada tuition..dgn art class lagi..piano la.. "
KAFA dah jatuh jadi 2nd class la plak..
Aku x pernah berpeluang masuk KAFA..
Dok dlm town..
Dulu2 mana ada byk KAFA cam sekarang ni... sana sini ada !
TApi kami mahu anak2 dapat didikan untuk kedua-dua dunia & juga akhirat..
KAlau dapat ajar sendiri, mmg bagus sangat..
TApi aku sendiri pun masih belajar dr suami & Ustazah FAjidah (GuruBesar KAFA anak2..)
Ilmu Allah tu terlalu banyak & teramat luas..
Aku x mampu sebab ilmu yg ada amat sedikit..
TApi, I'm so impressed dgn Addeen yg br 5 tahun ni..
He learnt so much from his classes..
FAeiqah & BAtrisyia pun..pengetahuan mereka lebih banyak dpd ibu mereka sendiri..
Along tu x yah cakap le.. Dengar ummi mengaji dr jauh pun dah boleh tegur kesilapan dlm tajwid!
Dari anak2 & suami aku tahu tentang cerita2 nabi... nama2 surah dalam Al-Quran & macam2 lagi..
Tp aku x pernah rasa malu bila dapat ilmu dpd anak2..malahan berbangga..
Aku & suami ingin anak-anak kami membesar sebagai manusia yg kukuh didikan agama & imannya..
Kerana mereka adalah harta di dunia & juga di akhirat kelak..
Dengan doa dari anak2 yg solehlah yg akan membantu kami di alam sana..
Anak2 yg soleh adalah harta yg tak ternilai...
Anak2 yg berjaya dalam dunia kerjaya & dunia kekeluargaan juga adalah menjadi idaman kami..
Bairlah mereka menjadi manusia yg dihormati masyarakat kerana pengetahuan & amalan dunia serta akhirat .
Insyaallah..
Bila dunia dan akhirat sama diberatkan, maka mereka berjaya menjadikan impian kami suatu realiti..
Sejuk rasa hati bila dapat berkongsi ilmu Akhirat dengan anak2 sendiri.. |
Bagi kebanyakan manusia, termasuk orang Melayu,anak-anak yang masih kecil dianggap sebagai cahaya mata, belahan hati, penawar jiwa, intan payung dan macam-macam lagi. Sangat disayang dan dimanjakan.Apabila besar sikit, disediakan anak-anak itu untuk menghadapi tuntutan hidup.
Diberi pelajaran dan kemahiran setinggi-tingginya supaya apabila besar nanti dapat kerja, dapat jawatan dan dapat gaji lumayan. Mereka rasakan itulah tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Mereka mahukan anak-anak mereka berjaya dan senang dalam hidup. Kadang-kadang terselit juga di hati ibu ayah, kalau-kalau anak-anak sudah besar dan berjaya, maka akan senanglah hidup ibu ayah. Anak-anak akan membantu dan membela mereka. Anak-anaklah menjadi tempat mereka bergantung apabila tua kelak.
Anak-anaklah yang menjamin masa depan mereka. Mereka bersandar kepada anak-anak mereka untuk hari tua. Memang anak-anak patut membela dan berkhidmat kepada ibu ayah setelah mereka tua. Ini tuntutan fitrah. Ini juga tuntutan agama. Allah pun memang hendak begitu. Tetapi patutkah ibu ayah mendidik anak-anak untuk tujuan ini semata-mata?
Patutkah ibu ayah mendidik anak-anak untuk kepentingan diri mereka sendiri? Patutkah anak-anak itu dianggap sebagai satu pelaburan untuk kebaikan dan kesenangan masa depan ibu ayah? Kalau begitu, anak-anak tidak ubah sebagai haiwan ternakan. Dibela, diternak supaya akan dapat merasakan untung dan hasilnya satu hari nanti. Kalau begitu mendidik anak tak ubah seperti satu usaha komersial atau satu penanaman modal atau satu kegiatan ekonomi.
Konsep ini perlu dikikis dan dibuang jauh-jauh. Ia tersimpang dari kehendak agama dan kehendak Allah. Anak-anak itu adalah amanah Allah. Mereka perlu dididik untuk Allah.Mereka perlu dididik untuk mengenal, mencintai dan takutkan Allah.Mereka perlu dididik supaya menjadi hamba Allah selepas itu menjadi khalifah Allah di muka bumi.
Mereka perlu dididik untuk mengabdi diri kepada Allah dan menjadikan Allah cinta agung mereka. Mereka perlu dididik supaya menjadi orang yang beriman dan bertaqwa yang hidup mati mereka hanyalah untuk Allah. Anak-anak itu anugerah Allah. Oleh itu, kenalah didik mereka untuk Allah. Kalau ini dilakukan, barulah anak-anak itu akan menjadi orang-orang soleh yang berakhlak dan berjasa. Orang yang beriman dan bertaqwa sudah tentu akan berkhidmat kepada Allah dan sesama manusia, lebih-lebih lagilah kepada kedua-dua ibu dan ayah mereka. Soal anak-anak menjaga dan membela ibu ayah mereka akan terjadi dengan sendiri setelah anak-anak itu menjadi hamba-hamba yang beriman dan bertaqwa.
Apabila anak-anak dididik hanya untuk mengejar dunia dan tidak untuk mengenal, mencintai dan takut dengan Allah, maka dunialah yang akan menjadi matlamat hidup mereka. Keinsanan mereka tidak akan terbina, nafsu mereka akan menjadi rakus dan segala sifat-sifat mazmumah yang keji seperti tamak, haloba, hasad, dengki, bakhil, pemarah dan lain-lain yang bersarang di hati mereka. Mereka tidak akan mempedulikan halal atau haram, hak atau batil, benar atau salah, adil atau zalim, manusia ataupun Allah.
Kalau Allah pun mereka tidak pedulikan, apakah harapan mereka memperdulikan ibu ayah mereka, jauh sekali untuk membela dan berkhidmat kepada mereka. Ibu ayah akan menjadi penghalang untuk mereka mengejar dunia mereka. Mereka akhirnya derhaka kepada ibu dan ayah. Di Akhirat nanti anak-anak ini akan menjadi orang yang muflis. Mereka akan menentang dan menjadi seteru kepada ibu ayah mereka.Mereka akan menuntut hak yang tidak diberikan kepada mereka.
Mereka akan menyalahkan ibu ayah mereka kerana tidak mendidik mereka untuk Allah. Ibu dan ayah yang tidak mendidik anak-anak mereka untuk Allah pasti akan rugi di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat. Di Akhirat nanti anak yang mereka sayang itu akan bertukar menjadi musuh. Kalau anak-anak dididik untuk Allah hingga mereka menjadi orang-orang yang beriman dan bertaqwa mereka akan menjadi aset kepada kedua ibu ayah mereka.
Mereka akan menjadi aset di dunia dan aset di Akhirat. Di dunia mereka akan berkhidmat dan membela kedua ibu ayah mereka. Apabila mati kedua ibu dan ayah, anak seperti ini akan mendoakan mereka. Doa mereka tidak terhijab. Ibu dan ayah juga kan terus mendapat pahala yang mengalir ke dalam kubur hasil dari amalan soleh yang dibuat oleh anak mereka di dunia berkat dididkan dan ilmu yang telah mereka curahkan kepada anak mereka itu. Hadis ada menyebut: " Bila mati anak Adam, akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah yang dibuatnya, ilmu yang bermenafaat yang diajarnya dan anaknya yang soleh."
Kita harus ingat bahawa anak kita itu adalah hamba Allah. Allah lebih berhak ke atasnya daripada kita. Hanya Allah mengamanahkan dia kepada kita. Oleh itu, kita perlu didik dia untuk Allah, bukan untuk kita. Anak kita hanya anak kita sementara di dunia. Di Akhirat, dia bukan anak kita lagi. Di Akhirat, anak tak peduli ayah, anak tak peduli ibu. Ibu ayah juga tak pedulikan anak. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Setakat mana kita mampu mendidik anak-anak kita untuk Allah, setakat itulah manfaatnya untuk diri kita.
0 comments:
Catat Ulasan