CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Khamis, 24 Februari 2011

Di Dalam kotak..

Dok kitai-kitai barang kat dalam bilik, aku terjumpa Kotak Cinta kami.. Uh! Apa plak Kotak Cinta ni??
Orang lain dok sibuk dengan lagu cinta la, cincin cinta la.. tapi aku, kotak aje??
 Apa kelas kotak aje!..
Oh! Jangan pandang pada luarannya sahaja ye.. 
Biarpun kotak ini warnanya makin pudar dek masa.. 
Biarpun kotak ini kelihatan lusuh dihurung habuk seinci tapi ianya sangat bermakna bagi kami.. 
Didalamnya tersimpan seribu kenangan 23 tahun dahulu.. 
Di lubuknya terbenam berjuta kata yang dimulakan 23 tahun yang lepas.. 
Di dasarnya terhampar selaut cinta kami yang berputik 23 tahun dahulu...
 Ini hanyalah seperlima daripada surat-surat kami setiap kali berjauhan...
Buku-buku itu pula adalah luahan hati kami tika kerinduan..
Ada yang sudah hangus dimamah api yang marak membakar rumah Hubby Baby 21 tahun dahulu.
Ada juga yang sudah dimakan anai-anai yang merempuh halangan simen yang melantai bilik rumah sewa kami dahulu..
Semuanya amat berharga, biar secebis pun yang dapat kami selamatkan..
Namun, dalam semua, mesti ada yang istimewa...


Inilah buku yang sangat istimewa bagi kami...
Ops! Kantaoi sudah! Kami masih bersekolah semasa ia bermula..
"Meliora Hic Sequamur"
Menjadi saksi perkenalan kami...
Mengajar kami untuk yang terbaik..

Penasaran

Di selar kehidupan
Wajah-wajah menghadap pertanyaan
Keluh kesah akan kebencian

Terhina padaa mata-mata bahalol
Suara kutukan memetir
Dosa kecil dalam perjuangan hak
Perasaan diragut-ragut

Perjuanganku untuk hak
Pembelaanku hanya pada cinta suci
mengurai benang yang berserabut
Dikotak fikiran gadis ayu...
Tetapi........
Jari-jariku terjerat
Seluruh tubuh dipalu
Hukuman seratus sebat
Padaku yang mengucup cinta terjebak

 Norsine Arbu
   April, 1988

0 comments:

Catat Ulasan