Pagi dimulakan dengan persediaan breakfast @ picnic... Hubby Baby mula membakar roti kaya, roti cheese dan roti sardin.. Aku pula, mula menyediakan bahan2 untuk nasi (7 pot susu beras!!) yang bakal digoreng dengan dua version.. nasi goreng kurang pedas dan nasi goreng pedas...
|
Kakak dengan adik bongsu lelakinya aka suamiku, dok membakar roti..sebanyak 4 bag besau!
Tapi bila sampai di pantai, tinggal beberapa keping je sandwich yg bersisa! |
Bila semua dah siap, kami pun mulakan outing kami.... Unser, Alphard, Estima, dan Myvi yang penuh dengan ahli rombongan Che Nor mula menyusur....Mula-mula ingat nak ke Pantai Cherating.. Al maklum le, MIL dah dok sebut-sebut nak ke Cherating beberapa kali dah... Katanya, teringin nak kesana.. Tapi disebabkan keputusan yang bujur, kami terus ke Pantai Sepat... Cari port yang dekat dengan masjid supaya senang orang lelaki bersolat Jumaat nanti....Mumula, pasang khemah, bentang tikau dan punggah makanan!
|
2 buah khemah didirikan untuk kemudahan ramai kalau nak berbaring .
|
Khemah pertama didirikan oleh Hubby Baby dengan Wahbi (Nephew-in-law) dan berganti pulak dengan dak Serul (nephew-in-law)... Angin yang tersangat kuat telah menerbangkan khemah ni. Nasib baik ada dak Ary (nephew) yang menjadi hero of the day! Hehehehehehe...
|
Khemah kedua |
Khemah kedua ni dipasang oleh orang Urat Besi aka Abg Deris dan assistantnya, orang yang perasan dia juga berurat besi cam Pak Langnya! Khemah ni tak terbang!
|
Safety briefing by Tok Lang to the grandkids.... |
|
Bunyi ombak tenggelam dek gelak tawa dan jerit pekik rombongan Che Nor ni! |
|
Aku dengan Ammar dan Najat.... |
|
Mula-mula, kita kasik settle anak2 yang nak berendam ye.... |
NAsi goreng 3 bekas, chocolate muffins, vanilla muffins, walnut muffins , limau 2 kotak besar, apples and some leftovers from the night before..
|
Rakyat jelata berbodong-bodong dengan gembira ke gigi ombak... |
|
Ni yang paling Addeen suka buat bila ke pantai..Membina istana pasirnya (walaupun xde rupa istana!) |
|
Ok! Ni bukan skandal ye! Jangan buat kontroversi lak!
Mak dengan anak bongsu lelakinya.....
Ok...ada ke anak lelakinya yg ada gambar peluk-peluk dengan Mak cam ni?? |
|
Ina and me.... |
|
Pak Long and Ammar, both ready to jump into the water... |
|
Bang Chik aka Pak Chik melayan si Wahbi dan Serul... |
|
Along dengan Pak Langnya bermain lawan ombak Laut China Selatan... Larat ke????;P |
Selepas berlawan ombak, Along mandi dan pi melayan cousin-cousinnya bergambar...
|
20 minit berlawan ombak, penat sudah...
Along ni kalau dapat pegang camera, memang lupa diri kejap! |
|
Kemas..Kemas..Angkat..Angkat.. |
Dari Pantai Sepat, kami drive ke Bandar Diraja Pekan...
Murtabak Mengkasar 15 keping berjumlah RM100!
Sementara menunggu semuanya siap, kami ke ....
|
Ni le masjid yang sering menjadi pilihan kami kalau ke Pekan... |
Masjid Sultan Ahmad Shah untuk wanita-wanita anggun ni menunaikan solat Zohor dan berjamak takdim sebelum ke destinasi seterusnya.... Sementara itu, cucu-cucu semuanya dah tertidur dalam kereta.. Letih bermain di pantai sampai 4 jam lamanya!
0 comments:
Catat Ulasan