30th January, 2011
8:30 am...sudah gerak dari rumah...
Turunkan Along di court MSPhg dan aku dengan hubby baby terus dengan routine hari minggu kami.. PAsar TAni! Here we come!!!!
While Along kat court, menanti dengan penuh debaran untuk ke final... Rank 1? Rank 2? bukan... nombor2 tu ada tapi untuk diadunkan menjadi ranking ke 21..hehehehe.. KAlau kalah, dok la ranking 22...Aku tak kesah sangat.. Cuma aku pesan kat dia, get the best place u could! Mungkin tak sebaik Ally, his Malaysian player friend yg mmg top Pahang tu.. Tapi at least do the best.. Ni nak prepare untuk MSSP minggu depan ni...
Dia hantar message kat aku masa aku on the way nak balik rumah, hantar barang- mentah yang aku beli kat Pasar Tani... Dah halfway balik, takkan nak patah balik? So, aku balas message dia..
"GOOD LUCK! DO UR BEST" tu aje .. rasanya itu dah cukupuntuk dia tahu betapa aku menyokong dia walaupun aku tak dapat videokan game dia..Aku memang selalu akan ambik video dia main sebab aku nak dia post-mortem balik...... Kelam-kabut kami letak barang dan bawak semua rakyat untuk pergi court... Aku dah kira... Along start main pukul 10:30am... dah 20 minit..kalau lagi 15 minit, sampai kat court, dia mungkin masih bermain lagi.. Kalau tak pun, dia baru habis game...
Sampai di court, 17 minit selepas itu, aku tengok dia tengah jadi juri untuk game lain... Memang berpeluh badan dia...
Aku tanya isteri Coach Kamal "Firdaus menang tak?"
Dia angguk sambil senyum.."Dia menang.. dapat ranking 21 "
Alhamdullillah... Jadilah... Dia pun tak prepare apa pun untuk tournament ni.. Sibuk dengan tugas-tugas Ketua Kelas dan Ketua Aras di SHAH... Homework pun bertimbun-timbun...Oklah ... ni sebagai latihan untuk ke MSSPhg minggu depan....
Sementara dia mandi, aku berbual dengan Coach Kamal dan Zan, coach's wife..
Hubby BAby berbincang dengan Coach KAmal (man in black).. This was taken last year during Pahang Interschool Tournament.. |
Coach KAmal has a plan for Firdaus... He said "Sayangnya Firdaus start lambat. KAlau dia masuk SHAH dari Form 1 lagi, dia boleh pergi jauh lagi! KAlau dia masuk UIA tahun depan, ok sebab UIA sangat aktif dengan squash... Lepas ni nak pergi MSSPhg plak. Nak dia all out penggal pertama ni sebelum dia concentrate kat SPM bila masuk penggal kedua nanti.."
Along, kami sedar dia boleh jadi a good sportsman. Dia boleh main.
Kelebihan dia untuk bolasepak, futsal, volleyball, rugby, badminton, tennis dan squash ialah kakinya yang panjang dan dia tinggi! Sekarang ni, dia lebih tinggi daripada Abahnya..
Kalau dengan aku, Umminya, tak payah nak ukur le.. mmg tenggelam!
Anyway, aku dan Abahnya selalu doakan yang terbaik untuk Along, dalam semua bidang yang dia ceburi. Dan kami sanggup berbelanja lebih untuk itu sebab kami dulu active sukan dan hanya gunakan peralatan sekolah serta kasut getah RM15 sahaja! YAng RM15 ni kasut aku, beli kat BATA masa tu... Abahnya hanya kasut kat kedai mamak atau kat kedai apek mana ntah di pasar lama Melaka dan hanya RM5 aje...huhuhuuu
#Memang ada anak orang lain yang lebih menyerlah dari Along dalam bidang sukan.. Ada tu yang dah mewakili MAlaysia pun! Tapi aku tetap bangga dengan Along sebab aku tahu dalam keadaannya yang tidak berapa sihat, dengan pertukaran sekolah setiap 1 1/2 tahun yang mengakibatkan dia terpaksa berhenti selepas mula mengorak langkah dalam rugby, bolasepak, kadet polis, tennis, badminton dan futsal atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan...dia masih tetap menyerlah di sekolah. Mudah-mudahan dia menyerlah dan berjaya dalam apa juga aktiviti (yang +ve sahaja!) yang dia lakukan...
0 comments:
Catat Ulasan