Gostan sikit.. Hari ini, ada le projek aku buat... Tengah concentrate buat projek, cousin aku lak buat panggilan hangit kat aku.. Ni le cousin yang dah menghangitkan duit TM! Free babe! Sejam bercakap tak ingat dunia! Sambil cakap, leh lak aku antau anak-anak pi KAFA...Dasyat!
Ish! Enterframe betul le dak Yan ni!
Back to the story of today, Sibuk dengan project dan dak Yan ni, aku tengok jam dah kul 4 pm! Alamak! Faeiqah keluar kul 4.30 pm! Kelam-kelibut le aku simpan jap project aku dan bersiap nak ke sekolah yang namanya tertera kat gambau apek tadi! Siap stokin dan tudung, aku pun dengan confidentnya keluar rumah, start engine kereta dan kluaukan kereta dulu.. Dah tutup pagau, aku pun vroom le...
Ni nak ambik anak kat sekolah aje... tapi tudung cam nak ajau anak murid kat sekolah... Bila dah sampai kat Batu Hitam, jari kaki terasa gatal le plak.. Aku pun nak le garu kejap ... Tapi apsal aku rasa kaki aku lain aje ni??Rupa-rupanya...
Astaghfirullahal'azim.... Aku tak pakai kasut! Buruk bebenau le bila aku sarungkan selipar tu! uish! Jangan le korang kutuk.. Aku tahu aku sengaja tak nak mampu nak beli CROCS tapi kalo setakat Cap Buaya, memang aku mampu le... Al maklum le..aku ni suri rumah bendul aje! Rumah aku takde tangga tapi ada bendul aje tau.....
Huhuhu.. Nasib baik aku tak ada apa plan untuk turun pergi kedai depan sekolah.. Tapi aku dok nunggu dak Faeiqah dekat 8 minit kat pagau. Dia tak kluau kluau lagi! So, dengan paksarela aku terpaksa le kluau jugak dengan selipar ni... Aww! Mak tak rela! Faeiqah ni pulak, suka bebenau dok balik tiang kat canteen sekolah. Mana le nak nampak aku...
Dari kereta nak sampai ke tiang favourite dia tu, ada le dalam 50 langkah aku yang gedabak ni.. Aku tengok adik yang kerja canteen tu pun sarung kasut! Oh! Malunya aku bila adik tu pandang kaki aku! Apsal le ko nak pandang kaki aku ni Dik oiii!!! Cecepat aku melangkah dan pi balik tiang tu. La.. Minah ni takde lak! Ops! Aku memang panggil bubudak ni dengan panggilan 'Minah" kekadang.. Aku rasa cam zaman dudulu lak..
Aku kena tambahkan lagi 20 langkah yang tak berapa nak lawa ni ke toilet cari minah sorang ni.. Since tak pakai kasut, aku tak le masuk toilet bubudak ni... Aku diri kat pintu dan panggil "Faeiqah... Faeiqah... Faeiqah..." macam panggil makwe lak! Since takde sahutan, aku pi le kat Science Lab sekolah.. Tapi ternampak lak Faeiqah kat pathway.. Cecepat aku ajak dia balik.. sebab langkahku yang masih terasa kejanggalannya!
Tip of the day, sila pasang cermin yang agak-agak leh muat badan kita kat tempat kita sarung selipar tu supaya kita dapat cermin diri head to toe sebelum masuk kereta!
0 comments:
Catat Ulasan