CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 11 Februari 2011

Rindu Yang Tak Pernah Pudar..

 Rindu pasti datang menghiris hati...
kerana aku tahu
tak akan dapat aku dakap dia lagi...
tak akan dapat ku kucup pipinya lagi..
tak akan dapat kusuap bubur suji kegemarannya lagi..
tak akan dapat kuhidangkan air tebu segar kesukaannya lagi....

Ayah dan ibu di hari pernikahan mereka..

Dia seorang ayah..
Yang sangat tegas tapi penuh dengan kasih sayang
Dia seorang ayah..
Yang sangat penyayang tapi juga garang
Dia waliku
yang telah menikahkan kami dengan penuh peringatan..

"Olyn manja,boleh ke manjakan dia?"
"Olyn boros, mampu ke ikut cara dia?"
"Olyn moody, sanggup ke melayan angin dia?"
"Olyn biasa senang.."
Hanya itu pertanyaannya kepada lelaki itu..

Lelaki itu menjawab..
"Insyaallah, saya akan jaga dia dengan cara saya,sebaik mungkin"

Hari ini, saat ini
Jika dia masih ada
Dia pasti bangga
Bangga dengan aku
Bangga dengan lelaki itu
Bangga dengan keturunannya...

Ayah..
Olyn masih manja
Tapi bukan lagi pemboros
Sesekali dalam bulan biru 
(once in a blue moon)
Olyn masih berangin
Tapi yang paling utama..
Lelaki itu telah membahagiakan Olyn selama ini..

Lelaki itu juga sentiasa bersama Olyn disaat susah dan senang
Sentiasa sudi menyeka airmata yang mengalir di pipi..
Tetap setia berdiri dan jatuh bersama Olyn..

Pusaranya makin nampak usang
Tapi kasihnya tak pernah usang dek masa
Sayangnya masih tetap mengelilingi hidupku
Senyumannya masih kekal dimataku
dan..
Wajah terakhirnya masih nyata diingatanku...
Wajahnya bersih
Penuh bak bulan
Senyumannya terlihat

Biar apa orang kata..
Dia tetap seorang yang mulia
Biar apa orang nista
Dia tetap seorang yang telah nyata cara kematiannya

Benarlah kata alim ulama
Bagaimana kita hidup di awal dan dipertengahan
Yang penting di akhirnya akan menentukan segala..

buat ayahanda yang sangat dirindui..
Moga ayah bahagia disana
Moga kuburmu sentiasa dilapangkannya
Moga kau berada di kalangan orang-orang 
Beriman, beramal soleh dan bertaqwa..





0 comments:

Catat Ulasan