Dah sebulan 19hb Februari ni masuk calendar kami..Mau attend PIBG meeting kat sekolah Along..
Aku memang suka pi meeting-meeting kat sekolah ni!Bukanlah sebab aku ni parent student.. dan bukanlah aku ni ex-teacher yang pernah kena handle PIBG meetings..Selain daripada cari bincang pasal masalah di sekolah secara umum, leh jugak suarakan rasa hati yang terpendam atau direndam.. (errr..ada ke???). Selain tu masa ni le aku leh jumpa parents yang lain dan cikgu-cikgi yang ngajau anak2 aku. Dan masa ni jugak le diaorang leh senggangkan masa untuk berbual tentang pencapaian, target dan (kalau ada) masalah .
Kalau dulu, masa sekolah rendah ngan lower form, aku main redah je sekolah bila teragak nak jumpa cikcikgu ni.. Along jadik stress jugak sebab Ummi dia ni kekejap datang skolah!
Tapi sejak Along Form 3, aku jadik skema sikit. Nak jumpa cikgu, call dulu, buat appoinment.
Kalau tak pun, kami bincang dalam phone aje.. Kenapa? Sebab aku nak kurangkan gangguan waktu cikgu bekerja dan aku tak nak Along asyik kena kutuk dgn kengkawan dia..Al-maklum le budak lelaki... Ada yang ikut sedap mulut aje ngata.. "Anak emak!", "Manja!" , "Cam bebudak aje..". Yang paling dia tak tahan dengau "Mak ko ni, kecoh sokmo! Sikik2 nok jumpe ke ccikgu!" Tapi dalam ati aku kata bubudak tu semua jeles sebab Along ada mak yang ambik berat tp diaorang tu, ada yg mak bapak datang masa nak balik asrama dan balik rumah aje! Hehehehe...
So, apa ada hal? Kalau bukan aku yang ambik berat pasal Along, sapa lagi? Gepren dia? Oh no! Diri sendiri tak terurus lagi, mau uruskan orang lain!
Seminggu dua ni aku dok mikir, apa nak bincang dengan cikgu-cikgu dia ni.. SPM... Attitude in school.. Perlaksanaan tugas2 yg cikgu beri.. Perlaksanaan jawatan2 yang dia pegang... Pencapaian KOKU dan sukan... Lepas tu, ada le sisikit pasal personal Along ni.. Bukan apa.. Dari dia kecik aku ajau dia hormat kat cikgu , sbb aku dari kecik sampai la ni pun masih hormat kat cikgu2. Lagi satu, aku tahu penat-lelah cikgu ngajau anak2 muridnya sebab aku dulu pun cikgu gak sebelum resign.. Disebabkan didikan tu, banyak benda yang dia trust cikgu dari kata aku sendiri.. Tu sebab aku pentingkan hubungan 3 penjuru ni!
PARENTS-TEACHER-STUDENT
Satu gabungan kerjasama yang sangat penting dalam membantu anak-anak mencapai target mereka dan target sekolah. Tapi jangan ingat tu target dunia aje.. Since Along sekolah asrama penuh, dia lebih banyak habiskan masa di sekolah dan asrama.. Aku tak boleh lagi nak ingatkan dia setiap hari untuk solat dan mengaji... Aku dah tak boleh nak gerakkan dia lagi setiap Subuh untuk tunaikan solat Subuhnya.. So, aku banyak rely pada kawan-kawan dia yang banyak sokong dia selamat ni.. Aku cuba untuk kenal dia punya circle of friends.. Ada yang aku kenal muka.. Ada yang aku kenal dari hari pertama Along daftar kat SHAH Pekan. Dan ada yang aku kenal keluarga diaorang jugak.. Setakat ni, insyaallah, Alhamdullillah.. Along selalu dok di surau dengan his circle of friends. Bila free dia akan ngaji dan cuba hafal surah-surah yang dirasakan memberikan kekuatan pada diri dia.. Dan ada masa dia berpuasa sunat dengan kengkawan dia ni... Cuma masalahnya, bila dia balik rumah bercuti ( paling pendek pun 5 minggu sekali!) dia akan berjumpa dengan kengkawan yang "ado"! Dan dia pun akan pi CC dengan mereka2 yang "ADO" ni, peghabihkan masa di sana sejam setiap hari.. Cuma bila aku tak izinkan, dia dok le muncung kat dalam bilik....
Kenapa kat asrama lain, kat umah lain ek? Mungkin sebab dia sendiri tak kuat pendirian? Atau dia tak kuat pertahanan diri? Ni le isu yang aku nak sangat bincangkan dengan cikgu kesayangan dia.. Nak mintak tolong sangat supaya Along di SHAH sama dengan Along kat umah.. Salah ke? Rasanya tak salah kot.... Al-maklum la.. Kalau ada rezeki, tahun depan dia akan masuk universiti @ matrics @college (hopefully 2 yang pertama le!). Dia akan mulakan hidup yang serba baru dengan kawalan diri sendiri... So, aku tak nak dia tersilap perkiraan... Kesian kat Along nanti...
So, adakah aku dalam kategori mak yang kepoh??Terpulanglah pada tafsiran memasing.. Aku diamanahkan untuk mendidik, menjaga dan membesarkan anak-anak oleh Allah. Diaorang ni le talian hayat aku nanti.. So, biar aku banyak cakap sekarang daripada aku terduduk dan terus terdiam kemudian hari! Dah banyak contoh aku tengok dan kita semua nak ending yang terbaik....
19hb jugak, Faeiqah ngan dak Batrisyia kena ganti cuti CNY hari tu..
0 comments:
Catat Ulasan