CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Khamis, 24 Februari 2011

Ais Kerim

Korang ingat lagi tak masa zaman kekecik dulu... Masa aku kecik dulu, aku cukup suka makan ais kerim. Arwah Mak (pendekan bagi Makwe = Nenek) dulu pernah berniaga ais kerim kat laman rumah. Selain daripada ais kerim tu, ada la jugak jajan-jajan lain yang sezaman dengannya.. 
Ais kerim zaman tu  yang paling top ialah ais kerim Malaysia. Masa tu kitorang tak pandang la ais kerim cornetto ke, magnum, Baskin Robbins ke, Haagen Dazs ke.. Sikit pun kitorang tak pandang!Mana nak pandang kalau benda tu semua tak pernah kitorang nampak????

Ais kerim Malaysia ni ada bermacam-macam perasa tapi dalam bentuk yang sama aje....Harga pun sama aje. Ais kerim malaysia bandung dan kacang merah yang paling aku minat. Kalau aku dok kat rumah Mak, tiap hari aku jaga bahagian ais kerim aje bila Atuk dah letakkan peti ais kerim kat bawah pokok rambutan tu.. Bukan apa..Aku ni bahagian percukaian memang dasyat! Kekejap aku bukak dan ambik satu. Tapi tu aku kira macam upah berniaga  la.. Mana taknya..dok bawah pokok tu sepanjang petang sambil main-main dengan sepupu-sepupu dan kakak-kakak aku...Penat tau main kejau-kejau meniaga ni! Ingat tak berpeluh? Korang cubalah pi dok kat laman , bawah pokok jual ais kerim tu..

Ni lah ais kerim Malaysia yang paling Hubby Baby dan Ibu aku minat. Ais kerim kacang merah! Camne nak buat ek?

Pi  kedai Dak Ee ( ni kedai nyonya kat simpang kampung kami dulu.. Dah mati pun dia beberapa tahun yang lepas), mintak le kacang merah sekati. Beli le gula pasir sekati gak... Balik rumah, cuci bersih kacang tu, masukkan air ngan gula dan masak aje.. Biarkan rebus lelama sikit sebab kita nak kacang tu cukup kembang. Sepanjang memasak tu, jangan lupa pulak check air dia.. Kalau dah kurang, tambahkan le. Bila kacangnya dah cukup masak, biasanya aku keluarkan 3/4 kacang tu dan simpan dulu. Lepas tu sambung masak sampai 1/4 kacang yang berbelen dalam periuk tu kembang sekembang-kembangnya! JAngan lupa tambahkan airnya sebab nanti airnya jugak kita nak guna...
Sementara tu, boleh le masukkan kacang merah yang dah diketepikan tadi dalam plastik ais kerim Malaysia yang panjang-panjang tu.. Bila air rebusan tadi dah sejuk, baru le masukkan dalam plastiknya dan ikat le bebetul. Jangan sampai dia meleleh keluar lak kang! Jenuhlah pulak nak membersihkannya......
Ais kerim Malaysia ni ada gak pilih kasihnya...Jangan ingat Rosyam Nor aje leh buat Pilih Kasih tau! Belah kanan, kacangnya dekat separuh plastik.. Belah kirinya pulak sikittttt aje aku bubuh kacangnya... Kanan untuk Hubby Baby dengan aku. Belah kiri lak untuk anak-anak yang tak berapa gemar kekacang ni!
Bila dah siap semuanya, masukkan dalam freezer sampai dia keras.. Tapi ada jugak yang suka separu keras separuh lembik... Terpulanglah...

Aku simpan sehari semalam dalam freezer.. Ingat nak bawakkan sikit untuk Ibu dan adik-beradik aku kat KL nanti.. Tapi, tengok le kalau masih ada lagi.... 
Dulu harga sebatang ni cuma 5 sen aje masa zaman aku. Sekarang dah 30 sen kalau penuh macam aku buat. Kalau 20 sen, diaorang bubuh separuh je! Rasa pun tak berapa sedap sebab semuanya dah pakai perasa aje.. So, aku lebih suka buat sendiri untuk anak-anak aku dan anak-anak jiran kalau ada yang berhajat.. Tapi aku tak lagi berniaga cam dulu.... Sekarang ni kasi sedekah aje kat budak-budak...

0 comments:

Catat Ulasan