CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 18 Februari 2011

Cepatnya Masa!

It feels like I've just turned another page!

Cepatnya masa berlalu! Aku rasa baru semalam Jumaat! Ni dah Jumaat balik!
Hari jumaat ni, aku kena cepat siap kerja kat rumah. Sebab karang nak kena jemput Addeen dari sekolah jam 11.30am! So, kena tekan pedal minyak kul 11.10 am, paling lewat pun! Kang tertunggu-tunggu lak my lil prince charming tu!

Dari kecik aku dah didik anak-anak untuk sampai awal ke sekolah dan balik on time untuk tak menyusahkan guru yang bertugas... Paling lewat pun, 30 minit sebelum jam berbunyi mereka pasti dah tercongon kat dewan ataupun dalam kelas!

Masa Along bersekolah di AQFA Intergrated Islamic School dulu, dia sampai kul 7am sedangkan kelas bermula jam 8 am! Tu masa sekolah rendah.. Bila dah masuk Tingkatan 1, dia sampai pukul 7am jugak! Kul 1.10 tghari, aku dah dok depan sekolah dia dengan Addeen yang masih baby lagi masa tu..

Masa tu, Faeiqah sekolah petang dan Batrisyia pulak tadika pagi kat Semambu, 20 minit dari rumah. So, aku hantar Batrisyia jam 7.15am walhal waktu sekolah dia ialah dari 8am hingga 12 pm. Meaning aku akan jemput dia on the dot! Lepas tu balik rumah dan hantar Faeiqah ke KAFA pulak. Kul 10.30 am, jemput Faeiqah and serve her lunch. Kul 11.30, dah keluar balik untuk jemput Batrisyia..Then pi hantar Faeiqah kat sekolah. Jam 12.30 tengahari, Faeiqah dah sampai kat dewan sekolah walaupun sekolah bermula jam 1.10pm.. Tapi jangan tak tahu. Waktu tu, dah separuh budak sekolah sessi petang yang dah sampai dan hampir semua guru sessi petang dah ada dalam staff room!
Ni le Dewan SJK(C) Kong Min, Beserah, Kuantan
SMK Teluk Cempedak, sekolah Along dr Januari 2006- Mei 2007
Then kami pi le sekolah Along..Kami lunch, Addeen berak kencing dan basically, dia membesar memang bebetul dalam kereta! Kul 12.40 tghari, aku dah ambik port bawah pokok besau depan sekolah.. Kekadang aku dok le kat bus-stop sambil layan Addeen dan Batrisyia tengok ikan dalam longkang besau sepanjang pagau sekolah tu...Dok la kami kat situ sampai kul 2.30 ptg! Lepas tu, kami balik rumah, dan buat rutin selepas balik sekolah la plak. Kasik anak-anak rehat sekejap, then buat homework. Aku pulakdok perhatikan anak2 buat homework.. Addeen tak duduk tapi ngacau Along ngan Batrisyia! hehehehhe

Petangnya, lepas Along gi ngaji dan, kul 5.30 aku dah kena pergi beratur tunggu Faeiqah di sekolah.. Kalau lambat, nanti tak dapat port yang redup dan selamat pulak! So, kenalah cepat dari nyonya2 dan apek2 yang dah macam ada PIBM @ Persatuan IbuBapa  Menyupir meeting!
Cam ni le lebih kurang bila PIBM wat meeting hari-hari ;P
Kenapa aku cakap gitu? Sebab diaorang siap bawak kosi dan makanan sekali dok kat parking lot tu!  Dok la layan novel atau menjahit baju (masa tu rajin menjahit!:)) Selalunya masa ni Addeen ngan Batrisyia akan dok memain dalam kereta atau dok membelek buku ataupun ambik peluang main kat bawah pokok.. so aku ada la masa aku sendiri.. Loceng berbunyi jam 6.30 je, aku dengan askar 2 orang tu terkedek-kedek le pi kat depan pagau sekolah. Kalau tak jemput kat depan pagau, cikgu tak lepaskan anak muridnya... sebab sekolah ni ramai nau yg kaya-raya.. Anak YB, Tan Sri, Datuk, doktor2 pakar dan profesional yg terkenal dalam Pahang ni ramai yang sekolah sini.. Sekolah Cina nombor satu dalam Pahang le katakan.. Nak dapatkan tempat untuk anak pun susah tau! Tapi anak-anak nelayan yang dok kat dalam kampung tu pun ramai jugak...

Dulu, bila Hubby Baby off day, ada le chance aku dok sebelah je...
Rutin aku masih hampir sama sekarang.. Cuma, sedikit perubahan aje.. Penat? Fuh! Jangan tanya penat ke tak! Tulang belakang ni rasa cam nak berderai pun ada!Masuk je Maghrib setiap Jumaat je, aku memang tak mau pegang stering kereta langsung! Naik muak pegang dah!! Tapi aku masih kekal dan setia dengan tugas2 rasmi aku ni dan akan setia selagi anak-anak memerlukan aku untuk drift!
Seronok bila ada 1st driver!
Alhamdullillah, sepanjang aku drift dengan anak-anak, tak pernah ada apa2 accident (cuma last year aje apek sorang ni dah gesel bumper depan aku sampai tercabut semua cat! Aku tuntut balik!) Mungkin sebab niat... Insyaallah, mudah2an tak ada apa-apa pun sampai aku selesaikan tugas aku sebagai seorang ibu... Tapi, BILA?

0 comments:

Catat Ulasan