CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Isnin, 28 Mac 2011

Ayam Masak Lemak Belimbing

Kenal tak pokok apa ni???

Tu le pokok belimbing buluh..
Banyak buah belimbing aku bawak balik dari kampung hari tu.. Since anak-anak dah request nak makan ayam masak lemak dan kebetulan pula aku ada depan gerai kelapabeberapa hari lepas, why not aku masak ....

AYAM MASAK LEMAK BELIMBING

Ayam 1 ekor
Air kelapa 1 biji
Cili kering mesin 3 sudu
Cili padi 10 biji (kalau nak lebih pedas, tumbuk lelebih)
Bawang besar ( parut tp kalau malas, mesin pun boleh)
Lengkuas (pun di parut)
Kunyit hidup (parut juga..)
Halia (parut juga..jgn pilih kasih lak!)
Buah belimbing buluh 15 biji ( terpulang pd lidah memasing..dan jgn lupa buangkan pangkal dan hujungnya sedikit )
Santan pekat sebiji (lebih pun ok kalau nak berkuah banyak)
Cili hidup dipotong panjang (untuk hiasan)

Cara-caranya:
Lebur semua dalam genseng (kuali tembaga) kecuali santan pekat dan belimbing buluh. 
Agak2 ayam dah separuh masak, masukkan santan pekat dan belimbing buluh.
Kena sentiasa kacau supaya tak pecah minyak..
Campakkan garam ikut rasa sendiri..
Nak tutup api tu, campakkan cili idup.
Hidang...
Kami sekeluarga makan dengan nasi panas, sambal goreng dan ulam aje... 
Sehingga menjilat pinggan!

Senang sangat le buat lauk ni... Ni 'lauk malas' aku...hehehehe




0 comments:

Catat Ulasan