CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Sabtu, 26 Mac 2011

Buat Apa tu?

Selalunya jam 10 am, orang yang bekerja gomen kat buat apa?
Aku dulu kerja gomen, 4 tahun saja aku  mendidik anak-anak bangsa di 2 buah sekolah. Jam 10.15 pagi adalah waktu rehat bagi anak-anak murid... semuanya akan berada di canteen ataupun di library sekolah.. Bukan mereka aje..  Ada juga yang rajin membaca di tepi longkang atau bermain di padang.. samada main kejar-kejar atau main rebut tiang ,  teng teng, chapteh dan tak kurang juga. Kami, guru-guru pun akan berada di bilik khas untuk guru semasa rehat, menikmati makanan dan minuman kami... Santai aje masa tu...

Aku pula, suka memerhatikan anak-anak murid dari kelas aku.. Macam-macam permainan yang mereka mainkan.. Ada yang aku biasa mainkan semasa kecil dahulu.. Ada juga yang aku kenal selepas mula menjadi guru...
Chapteh sebenarnya ialah benda alah ni...  Benda ni disepak macam bola takraw.

Permainan teng teng ni famous di kalangan murid perempuan..
Permainan tudung botol pun popular jugak... Ada yang rajin mintak  kat makcik canteen tudung botol...


Ni permainan  mencari cucu.. Yang tengah tu ialah nenek ataupun datuk yang mencari cucunya...
JAn jan jala.... semuanya tak mahu terperangkap di dalam 'jala'!
Galah panjang yang boleh dimainkan di atas simen ataupun di atas padang @ tanah..
Main konda-kondi pun seronok gak..

budak lelaki cukup suka main guli ni...
Anak murid yang berbagai bangsa sama-sama main batu serembat...
Main gasing.... Sapa punya gasing paling lama berpusing, dia la yang menang!
Tarik upih..
Dalam semua permainan ini, pada aku yang paling adventurous ialah tarik upih! Kenapa agaknya ek?? Aku dulu biasa main tarik upih ni...  Semasa aku mengajar di Sek. Keb. Kg Bahru, Lenga Johor (dekat dengan Bukit Kepong yang balai polisnya diserang komunis tu..) yang jauh di pendalaman dan tak ada telefon (huhuhuu... Susah nak telefon Hubby Baby masa tu) budak-budak lelaki ni suka sangat kalau nampak upih pokok kelapa kat padang sekolah... Sekolah kampung, kelilingnya pokok kelapa, atas bukit, selalu banyak angin.... Padang di kampung manalah nak rata... 

Satu hari tu aku lihat dari jauh (padang luas sangat!) ada empat lima orang yang berlari rebutkan dua upih. Mereka mula bermain upih...  Sekali tu satu upih yg di tarik tu terlanggar lubang kat atas padang!Yang budak atas upih tu senget dan terjatuh ke sisi. Waktu yang sama jugak, team lagi satu punya upih melompat sebab tanah yang tak rata.. melambunglah si budak yang dok atas upih tu.. Dan mereka berlaga kepala! Lepas berlaga kepala, masing-masing jatuh atas tanah... Malangnya ada batu disitu... Berdarah kepala budak berdua tu! Yang dua orang menarik upih tu menjerit minta tolong..kebetulan mereka nampak aku berdiri di tangga yg menuruni padang. So, berlarilah aku dalam keadaan mengandung sulung 7 bulan tu pada mereka.. Mak oii! memang sungguh berdarah! 
Camni le lebih kurang kecederaan salah seorang student aku akibat upih.... 

Aku tengok, dah takut... Aku angkat budak tu (eleh...budak lelaki Year 3 yang kecik aje..) terus bawak pi Staff Room dan tekap dulu kepala yang berdarah tu. Then aku mintak tolong seorang cikgu lelaki yang kebetulan baru masuk SR dari canteen.. Kami bawak budak tu ke klinik kesihatan yang jauhnya 3 buah kedai atap nipah. Berjahit jugak kepala budak tu!Then aku hantar dia pulang ke rumah, dalam keadaan baju aku yang penuh darah... Yang herannya, budak tu tak pening, tak lemah pun walau darah banyak keluar..  Dan esoknya, budak tu datang sekolah siap dengan kerepek pisang berpek-pek untuk aku! Katanya," mak ayah saya bagi kat cikgu." Itu cara mereka berterima kasih pada aku sebab membantu...
Dan waktu rehatnya, aku nampak budak-budak yang sama, bermain tarik upih lagi! 
"Seronok main upih la cikgu.. Kadang kita jatuh, kadang kita terbang, kadang kita tergolek, kadang kita lepas laju aje" jawapan si kepala berjahit dengan pekat Jawanya pada aku bila ditanya kenapa main sedangkan jahitan tu masih baru lagi..... Memang adventurous sungguh permainan ini dan juga budak-budak Jawa Kampung Bahru ni.... 

0 comments:

Catat Ulasan