CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Isnin, 7 Mac 2011

Last Minute..

Semalam, semasa sedang menunggu masuknya waktu Zohor, Along sms, minta call dia.
"Ummi datang tak hari ni?"
"Kenapa ? Along ada barang kurang ke?"
"Ha ah. KFC dengan McDonalds yang kurang...hehehehhe"
"Tengok le karang. "
"Ummi datang pukul berapa?"
Aik! Bila pulak aku cakap aku ya ni???
Tapi, Along kenal Ummi dia...

Bila Hubby Baby balik dari bergotong-royong, aku biarkan dia tarik nafas dan rehat sekejap.
"Yang, Along call tadi."
Senyum, tak perlu kata apa...
"Kan tak sihat? Orang tak sihat mana boleh jalan jauh-jauh? KAng makin teruk lak.."
Huhuhuuuuu..... Merajuk!

Jam 3.30pm, Along call.
"Abah datang tak? KAlau datang, kul berapa? Along nak turun gi study ni."
"Dah. Turun bawah. Abah dah sampai dah pun"

Tercari-cari dia... sebab biasanya port kami tempat lain... bukan di bawah pondok depan surau asrama.
Tapi semalam tempat tu kosong & cuaca yang amat panas..
Bila dapat duduk dikelilingi pokok-pokok besar, tak terasa panasnya..

Mengelakkan wajah dipotret oleh ummirazzi !
Ummi dia ni memang cam papparazzi! Sikit2 nak snap gambar!

Mula-mula sekali, dia ejek suara aku yang macam itik nila ni!
Chis! Lepas tu ramai2 lak gelakkan aku...HUWARRGGHHH!!!! Diaorang gelak guling-guling!!!
Dah terguling, baru nak duduk!
Tak sempat duduk lagi dah mula bercerita pasal sekolah, pasal periksa dan macam-macam pasal lagi.
Jangan cari pasal, sudah!

Apa yang aku bawak kali ni??
Disebabkan pergi SHAH terkujat, so, makanan pun terkujat la jugak!
Capai aiskerim Malaysia yang masih berbaki, kemeriahan coklat dari Singapore, ayam bbq goreng, chocolate chips kegemaran Along yang aku buat last week, dan as requested, Mc Donalds...

Addeen yang terus tunjukkan hasil buah tangannya... lukisan2 yang dia simpan dalam kotak limau! Ilang satu seat dalam kereta!

Tobletrone tu untuk Along... Yang lain, ambik kat rumah!

Cam serius bebenau le dak Along ni!
Dia tengah mundar-mandir dengan suara itik nila!
GGgrrrrrrrr!!!!
TAk geram..tapi menahan perut yang nak pecah!
Bila gelak dah surut, baru aku leh snap gambar..

Kekejap dia buat suara itik!
Cam le Ummi tak nampak Along gelakkan Ummi!!!!!
Cubit kang!

Kalau masa tengah gelak, jangan le suap makanan!
Buruk bebenau rupanya!
Adik control ayu aje....
Dia kan gadis ayu terakhir dalam dunia ni....

"Addeen tak gelakkan Ummi! MAna ada Addeen gelak, kan Ummi kan..."
Cheh! Muka tutup dengan sarung apple pie tapi suara tu tak leh nak cover la....

Diaorang ni kalau dapat ngutuk Ummi, memang menjadi-jadi!
Mana taknya... Abahnya pun bersekongkol sama!

Dok bercakap macam itik nila, muncung pun dah macam itik!!

2 jam cukup!
MAna boleh tahan kena kutuk lelama?????
Jom balik!

Good luck , Along...
Takmo lagi low grades k...
Tahun ni nak SPM dah...
Kalau tak, camne nak dapat masuk maritime!!!

Bila dah keluar dari pagar, baru terasa balik sakit mulut yang berulcer dan sakit kepala yang dah berterusan selama... Ntah le..dah lama sangat rasanya...

0 comments:

Catat Ulasan