Hari in hari jadi Along yang ke 17...
Tapi Along di asrama..
Masa sarapan tadi, Batrisyia kata...
"HAri ni hari jadi Along, kan Ummi"
Addeen pulak kata..
"Addeen tahu..hari ni harijadi Along.. Ummi buat cake tak?
Nanti kita boleh surprise kat Along, kan"
Gggggggrrrrrrrrr!!!
Kalaulah diizinkan memang Ummi nak drift kejap ke Pekan dengan cake dan hadiah(?)
Kalaulah diizinkan memang Ummi nak cium pipi dan peluk Along sekuat hati...
Kalaulah diizinkan, Ummi nak ucapkan "Selamat Hari Jadi, Long. Jadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat ye. Ummi sentiasa doakan yang terbaik buat Along"
Tapi, Ummi tak dapat lakukan semua itu..
Kerana Abah pasti kata "Tak payah cakap pun Along boleh 'dengar' kat sana.."
Tapi setakat 'mendengar' sahaja tidak sama dengan mendengar ucapan dari Ummi...
Dan sekarang, Ummi terkunci kata, kerana Ummi tak diizinkan untuk kesana..
Dan adik-adik pula sentiasa tolong 'ingatkan' Ummi yang hari ini harijadi Along yang ke 17...
Tak terkata-apa-apa...Terkedu sepanjang hari..
0 comments:
Catat Ulasan