CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤

Rabu, 2 Mac 2011

Abah pergi work.

Abah kata, hari ni Abah nak pergi work kat Singapore. Abah naik aeroplane aje.. Tapi aeroplane tu kecik dan lain sikit dari aeroplane yang Addeen selalu nampak tu. Abah kata, "Tu propeller".. 
Oh.. 'propeller' cam tu ek. Patut le Ummi kata kalau naik propeller, boleh nampak sekolah Along yang besarrrrr tu.. 

Hari ni  Addeen balik awal sebab Ummi kata nanti tak sempat ambik Addeen kat sekolah pukul 12 karang.. Abah dengan Ummi datang sekolah pukul 11. Addeen tengah colour huruf 'jim'. Tapi bila Ummi dah datang, Addeen kena tinggalkan kerja Addeen. Ummi kata "Esok sambung". Teacher pun kata tak apa..
Masa nak pergi airport, Ummi dah bawak makan tengahari untuk Addeen, kakak Faeiqah dan kakak Batrisyia punya. Wah! Sedapnya... Ummi masak udang masak lemak nanas. Addeen makan nasi dengan udang aje sebab Addeen rasa nanas tu macam masam aje... 

Mula-mula, Abah ambik tiket aeroplane dekat kaunter tiket. Lepas tu Abah bawak beg Abah dekat makcik kastam. Makcik kastam terrer.. Dia boleh tengok barang-barang Abah dalam beg bila Abah letakkan bag dekat mesin yang boleh gerak tu.Abah kata tu mesin x-ray. Sapa yang nak naik aeroplane kena lalukan beg kat situ supaya kalau ada pisau ke, pistol ke, makcik kastam tu boleh ambik benda tu.

Lepas tu, Addeen ikut Abah pergi kat kaunter 'check-in'. Kat situ jugak, Addeen nampak orang yang pakai macam cerita Awan Dania tu. Dia pakai baju putih dan oren. Addeen kasi tahu kat Abah  tapi orang kerja aeroplane tu senyum pulak bila dia dengar Addeen cakap.

Abah kata, kita kena check-in kat situ supaya orang kerja aeroplane tu boleh tahu yang Abah dah sampai dan nak naik aeroplane tu karang.. Beg Abah pulak, orang kerja aeroplane tu ambik. Kata Abah, dia nak masukkan beg tu dalam aeoplane.   
 Ni gambar Addeen dengan Abah. Kat belakang tu lah aeroplane yang Abah nak naik. Abah kata naik aeroplane ni tak sama macam naik aeroplane yang besar tu. Abah kata, balik nanti Abah naik aeroplane yang besar tu tapi Abah kena tukar aeroplane kat KLIA dulu..

 Lepas tu, Abah ajak duduk dulu. Abah kata ada masa kejap sebelum Abah naik aeroplane. Addeen pun suka jugak kalau Abah naik aeroplane lambat-lambat sebab Addeen tak suka kalau Abah gi work jauh-jauh. Addeen suka buat macam Raja Lawak bila dengan Abah dan Ummi sebab nanti semua kata Addeen kelakar. Lepas tu, mesti semua orang senyum ataupun gelak...

 Tak lama lepas tu, diaorangdah panggil semua orang yang nak naik aeroplane tu untuk pergi ruang menunggu. Abah kata Abah kena masuk kat dalam tu tapi Addeen dengan Ummi tak boleh ikut. Addeen sedih la.... Addeen hug Abah....

 Tapi baru Addeen teringat, Addeen tak ambik gambar Abah dengan Ummi lagi. Ummi tu selalu suruh Addeen ambik gambar kalau Ummi tak ambik. Ummi kata nak gambar dekat.. Tapi Addeen salah tangkap. Nampak sikit aje muka Abah dengan Ummi...Addeen cuba sekali lagi ye.....

 Ha! Ini baru cantik.. Cantik kan gambar ni. Addeen sayang Ummi dengan Abah sampai syurga..

 Addeen tak sempat cium Abah. Abah cepat-cepat cium Addeen dulu. Abah memang selalu macam tu. 

 Abah cium dahi Addeen. Abah kata, kalau kita sayang sangat-sangat orang itu, kita cium kat dahi.

 Lepas tu Abah pesan..."Jaga Ummi dengan kakak-kakak kat rumah sebab Addeen ganti Along bila Abah tak ada. Nanti, kalau Ummi tak sihat, Addeen ambikkan ubat Ummi dan tengok Ummi makan ubat. Kalau tak, nanti Ummi cendekel."

Dah lepas tu, Ummi salam tangan Abah pulak. Ummi cium tangan Abah. Abah peluk Ummi dan cium pipi Ummi lagi. Abah dengan Ummi ada bisik sama-sama tapi Addeen tak dengar la apa yang Abah dan Ummi bisikkan tu. Addeen cuma dengar "I love you, Yang" dari Ummi dan Abah kata dekat Ummi, "I love you too, three, four!" Lepas tu, Abah peluk Addeen lagi. Abah pegang tangan Ummi kuat-kuat. Abah peluk Ummi lagi. Lepas tu Abah lepaskan tangan. Addeen tengok Ummi sedih. Ummi selalu sedih bila Abah pergi work kat office Abah. Kalau Abah kena work naik aeroplane, lagilah Ummi sedih. Selalu Ummi tak boleh tidor. 

Abah masuk yang last sekali sebab Abah pun tak suka bila kena work jauh-jauh. Nanti tak dapat jumpa Ummi dengan Addeen dengan kakak Faeiqah dengan Kakak Batrisyia tiap-tiap hari. Nanti tak dapat makan masakan Ummi tiap-tiap hari. Nanti tak boleh nak manjakan Ummi masa tengok TV ataupun computer. 

Abah jangan risau. Nanti, Addeen jaga Ummi, kakak Faeiqah dengan kakak Batrisyia. Addeen kan budak yang dah besar? Abah pergi work aje. Hari Sabtu pagi, Addeen tunggu Abah dekat airport Kuantan ni ye. Nanti Addeen boleh lari dekat Abah lepas Abah dah ambil beg Abah macam selalu Addeen buat.. Nanti kita makan coklat marsmellow dengan kacang pecan yang macam Ibu buat ye. Tadi Ummi dah telefon Ibu masa Addeen temankan Ummi pergi kedai buat kek kat bandar Kuantan. 

Pst!! Abah, Ummi bayar dekat 70 inggit kat orang kedai tu. Ummi kata nak buatkan coklat tu tapi ada bentuk love sebab Ummi kata Ummi love Abah sampai syurga.....

4 comments:

MyRule

Sooooooooooooooooooo sweeetttttttttttt :p

Tanpa Nama

Budak-budak... kata-kata dia ikhlas...

adlina razan

Ha ha ha , post yg sungguh menyentuhkan hati , this is wht we call 'LOVE'.!

Cool Lean

KAkak, MAk LAng loves you! Muahss!!!

Catat Ulasan