CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Selasa, 29 Mac 2011

Susahnya...

Peringatan: Sila abaikan tarikh yang tertera di gambar.. 
                  Ia sepatutnya tertera tarikh 27/032011
                  Maaf, ia tidak diset lebih awal...
                  Sekian, harap maklum!
Dari jauh, dia dah tahu..
"mesti ngelak papparazzi Ummirazzi ni! Kang masuk blog lak!"
Ikhwan, kawannya, tak tahu Ummirazzi in action!

Tak mau cerita panjang.. 
Kami pergi SHAH jumpa Along dengan Pizza Hut satu set utk 4 orang.
Ingatkan adik-adiknya tak mau pizza sebab baru sangat makan steambot dan bananasplit kat Johnny's ECM..
Ingatan kami salah... Diaorang lak yang makan cam belum lunch!
Malu-malu lak si Ikhwan bila tengok adik2 dak Daoh ni selamba cakap..
"Nak ke tak? Kalau tak nak, kitorang habiskan!"
Chis! Ntah ikut sapa ntah kuat makan ni???? Sudah gaharu, cendana pulak!

Lepas kasik buah tangan Predator Absolado yang buat Abahnya ado sekejap, Along hand-in bag baju dan set handphone dia, sampailah masa untuk berpisah...sob..sob..sob...
Kalau dulu masa dia kecik toet, dia selalu cium Ummi dia..
Mumula, cium dahi. 
Lepas tu pipi kiri dan kanan.
Then cium hidung.
Pah tu cium dagu .
Dan akhirnya mesti cium bibir..
Sama cam Addeen selalu buat..
Sama jugak cam Faeiqah dan Batrisyia selalu sampaikan rasa sayangnya pada Ummi..

Tapi ..sejak dia Form 3, susah nau nak cium!
"Baik cium Ummi tau! Sementara Ummi ada lagi ni..." bunyi rajuk Ummi selalu pada Along.
"Dok leh doh.. Along doh beso le nie.."jawab dia dengan loghat Pantai Timur.
Oit! Cuba tengok IC! 04 okay! Kita orang Melaka tau!

 Ish! Ish! Ish! Susah nau nak cium! Ummi lak beriya-iya 'tangkap' Along!
Kekadang Ummi kena kejar Along sebab nak suh Along cium Ummi!
Nak bukti ke?
Nak kena kejar, tangkap dan baru dapat cium!

 Tengok tu! Dia memain lak! Dusyum jugak anak Ummi sorang ni!
Tiap kali Ummi nak balik, mesti ambik 10 minit untuk dia cium Ummi!

 Addeen pun sound Along, 
"Bila cium Ummi, kena ada bunyi kuat tau, Along....Cium kat pipi la.. Addeen selalu cium Ummi kat pipi tau.."
Along kata nak cium cam orang fofuler... 
Nyampah! Blueekkksss!!!

Finally..... Selepas berpuluh kali cium style orang fofuler, Along cium jugak pipi Ummi kiri dan kanan dengan Addeen jadi penasihatnya dan Abah jadikan moment tu berbukti.....

Apalah susahnya nak cium seorang Ummi @Bonda @ Ibu @ Mak @ Chik???
Ciumlah sepuasnya Ummi ni...
Biar termuntah pun, ciumlah Ummi selalu..
Setiap ciuman tu Allah berikan pahala..
Setiap pandangan kita pada Ummi, Allah janjikan 'markah'..
Tak mau markah lebih ke????

Ummi adik beradik masih cium sesama sendiri.. waima Pak Busu pun!
Di saat ini, Ummi rindu sangat nak cium Atuk, Moyang dan Atuk Moyang!
Janganlah sampai Along hanya dapat cium jenazah Ummi sahaja dan menyesal kerana tidak cium dan peluk Ummi semasa Ummi masih bernyawa...

Kekesalan itu amat berat untuk ditanggung sepanjang hayat kita....

Gambar diatas hanya hiasan semata-mata..
Tapi Pak Busu kalau salam Ummi, mesti dia salam dengan kedua-dua tangannya..
Kenapa? Kerana dia tahu, tangan Ummi ni yang pernah cubit dia bila dia degil..
Dan tangan Ummi juga yang sapu airmata dia bila dia sedih..
Dan tangan Ummi jugak yang transfer duit bila dia memerlukan...

So, bila lagi Along nak cium Ummi??? keh keh keh keh....

2 comments:

NUR

so sweet..i love my ummi...

Cool Lean

I luv ur ummi too... heheehehe

Yan, nasib baik tak jumpa hari-hari.. KAlau tak, asyik nak kena kejau aje ... Kurus lak nanti! hehehe

Catat Ulasan