CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤

Rabu, 9 Mac 2011

Alam Pun Bahagia!

Dengan penuh yakin, aku bersiap untuk jumpa dentist...

Sarung jubah warna coklat, sarung stokin coklat dan sarung sandal coklat..
Kenapa? 
Sebab kena ada confidence untuk menapak ke dentist!


Aku bawak sekali Encik Pooh ni dak Faeiqah punya...
Untuk apa? Untuk sapu airmata dan digigit buat pernyedap hati tutup mulut kalau batuk..
Bila tengok senyuman Encik Pooh, aku lega...

Sampai di depan seberang clinic..
Aku jeling dulu..
Dengan harapan Manalah tahu kalau-kalau clinic tutup hari ini..
Huhuhuu.. clinic bukak daaa....
Doktor tengah dok baca suratkhabar dan clinic sunyi pulak hari ni..
Aku terasa macam VVIP lak... Banyak masa boleh sembang dengan doktor..

Dan treatment pun bermula...
Ops! Sorry! My dentist tak buat macam ni k...
Pun bukan macam ni!

A gentle lady doctor helped me to relax and close my eyes throughout the treatment..
Lelap aje mata..tenang ...
Sebenarnya takut tengok peralatan-peralatan dan kerja -kerja yang dilakukan!

Pesan doktor, "Kalau sakit lagi lepas ni, u kena either cabut atau buat root canal, ok"
Huwaaarrggghhhh!!!!
Alam bagaikan memahami hatiku ..
Hujan pun turun dengan lebatnya...

Tersangatlah lebat sangat sampai aku dok dulu kat kaki lima barisan kedai dengan harapan supaya hujan teduh seketika untuk aku seberangi jalan ke kereta..
Sebenarnya aku suka meredah hujan ni! 
So, melintas!
Ada pulak motor rider yang letak motor dia kat tepi pintu kereta..
Lencun dah sebab kena tolak dulu motor tu!
Kalau buat-buat bukak pintu dan biarkan motor tu jatuh, boleh tak??
Rupanya Encik Pooh yang masih kering telah cuba untuk mengeringkan aku yang lencun.

Dalam otak "Kita baru balik dentist, kita kena cuti masak ni.."
"Dik, bungkus nasi lemak ayam dua, sambal asing tapi extra, ayam asing, roti kosong dua, kuah dhal dengan kari asingkan, lontong tak mau gulai kawah, lontong satu, telur dia tolong  potongkan empat tapi bungkus asing. Lepas tu, kuah kasik lebih dengan sayur yang banyak k..."
"RM12.70 kak"

Aku bahagia........


0 comments:

Catat Ulasan