Selepas bertahun-tahun kami ladi pelanggan setia Deal Streamyx G.Lite
home Basic 1.0M dengan bayaran RM88 sebulan, akhirnya kami menukar package kepada
~
~
~
~
Semasa sessi Q & A dengan budak perempuan yang dok kat kaunter BBD TM Point Kuantan, seperti biasa kita digula-gulakan dengan berbagai-bagai benda yg manis-manis belaka..
Aku memang boring sebab aku tahu mesti ada hidden charges...
Tapi dengan muka confident, suara menyakinkan penggula-gula tu kata
"Kita tak ada apa-apa caj yg tersembunyi, Puan. Apa yang puan nampak di risalah ni, hanya itu aje yang Puan kena bayar setiap bulan. Hanya RM130 sahaja"
Hubby Baby dah senyum tapi aku masih kelat & muka ketat.
Hubby Baby suruh aku isi borang tapi aku tak mau.
Dia kata "Kang Abang salah tulis address kang, susah lak"
So, aku filled up every thing masih dengan muka kelat dan ketat.Siap!
"dalam tempoh seminggu, Encik boleh guna ye.." kata manis si penggula-gula lagi.
That was on 30/8/2010
Balik rumah, Hubby Baby dok cakap
"Mesti dasyat punya laju internet lepas ni!" dengan wajah yang amat excited.
"Balik raya, mesti dah boleh dapat internet yang sangat laju", katanya lagi.
Aku ingat, iye le kot..
Mesti kurang kedut kat muka aku lepas ni sebab internet yang laju akan membahagiakan aku..
Mesti kami berinternet dengan muka tersenyum 24 jam kan...
Line dah laju, nak upload dan download pun mesti sekelip mata aje, kan..
Seminggu berlalu, masuk 2 minggu.
Aku dah angin. Dah 2 minggu dah ni!
"Cuba Olyn call."
Aku call.. Punyalah lama aku dengar iklan kat line TM! Cam nak jerit aje aku rasa!
Tiga, empat kali aku call..buang duit Hubby Baby sungguh!
Hati dah sangat membara dan terbakar..
Hubby Baby kata "kalau free, pergi TM Point kejap"
Cheh! KAlau pasal nak kasik hangin, mesti kasi kat aku!
"Nanti nak gi bayar bill, Kolyn gi. TAk kuasa nak pergi. Mesti sakit hati punya!"
24/9/2010 aku pergi..
Jumpa mamat kat kaunter TM.
""Nanti saya check dulu"
"Puan call nombor ni untuk panggil installation" sambil dia tulis tiga nombor yang berlainan atas kertas.
Aku dengan muka kelat, "Kenapa saya pulak call? Awak la kena call. Kalau tak awak resign & saya ambik tempat awak nak?"
Mamat TM dengan muka sengih call contractor.Bukannya dia bayau pun!
"Nanti dia akan call puan untuk instal ye."
Tunggu empat hari, tak ada yang call.
Aku call satu nombor tapi tak berjawab, Call lagi nombor yang diberi, masih tak berjawab.
the last call aku call, "Kejap ye. Saya busy ni".
NAk marah ke nak senyum?????
Aku bagi sedas,
"Dah dekat sebulan saya apply BBD ni tapi kalau awak ingat awak aje yang busy, saya ni tak ada kerja ke nak dok tunggu awak datang umah untuk install??
TAk apalah. Saya call contractor lain aje."
"Eh! Saya call puan balik kejap lagi ye.." baru slow sikit...
Esoknya dia datang untuk install.
"Siaorang kasi saya contact number yang lain. Lama dah saya call.."dengan muka selamba aje dia nak cover balik.
"Saya fill up form tu siap kasi nombor hp latest. Nombor rumah pun ada, kenapa tak call? Dah sebulan saya tunggu!"
Konon updated la sangat tapi no handphone client pun tak leh nak key in dlm sistem!
Lepas dah installed, seminggu aje internet laju..
Lepas tu, sampai la ni, cam siput! Kura-kura jalan lagi laju!
Aku jadi tension sungguh! Bayar RM130 sebulan, siap dengan so called CAJ BULANAN RM4!
Dulu bila aku tanya "ada caj bulanan tak?"
"Tak ada Puan. Semua dah termasuk dalam RM130 ni"
PAtutla bila aku cakap "Awak tulis dalam borang ni, kat bawah ni, Tiada caj-caj lain yg tersembunyi selain daripada RM130", dia tak mau..
So now, kedut aku makin banyak kat muka!
0 comments:
Catat Ulasan