CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤

Selasa, 29 Mac 2011

Ayam Sambal Minang

Pijau tangan dari pagi masih terasa lagi ...Semuanya demi Ayam Sambal Minang aku hari ni....
Aku belah dua,buang biji dan gunting kecik semua 1.2 kg cili hidup! Mau tak pijau! KAlau dulu, aku tumbuk dalam lesung batu semua cili... Kadang-kadang aku giling dengan penggiling batu tradisional tu..

Aku suka simpan sambal ni buat stok buat beberapa hari..  Sambal ni sedap dicampur dengan terung goreng @ terung bakar. Kalau guna ikan keli atau ikan apa-apa pun masih sedap. Kalau nak guna udang atau sotong pun boleh.. Makan begitu saja dengan nasi panas pun masih sedap lagi..
Nak try sambal minang favourite aku dengan Faiz?? Jom!


Ayam Sambal Minang

I ekor Ayam
500 gm Cili Merah, dikisar @digiling @ditumbuk
4 biji Bawang besar, 2 dimayang dan 2 dimesin 
1 @ 2 biji Tomato 
10 ekor ikan bilis, dikisar 
3 ulas bawang putih, dikisar
Garam, secukup rasa

Caranya:
Kunyitkan ayam dan goreng. Ketepikan bila ia sudah masak.
Panaskan minyak, masukkan bawang mayang dan semua bahan yang dikisar.
Kacau selalu hingga ia hampir pecah minyak.
Masukkan bawang yang dimayang dan garam.
Masukkan ayam goreng ke dalam sambal minang dan gaul rata.
 Hidangkan dengan nasi panas, ulaman seperti timun atau daun selom.

Try le.. Mesti ada rasa masam-masam manis tomato dengan pedas-pedas cili...
Tekak aku suka!

2 comments:

cik aletheea :

wah..sambal minang.
nampak sedap.
bile plak nak buat bagik org shah alam nie rase ;p

Cool Lean

NAnti kita buat Bontot Ayam sambal minang..lagi sodap!

Catat Ulasan