CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤

Sabtu, 16 Julai 2011

Bёґ'ЦИGКЄP AУAм' Кїтa!

Sedap juga Ungkep Ayam ni.. Ada yang kata macam rendang tapi sebenarnya rasanya dah lain.. Mungkin resepi orang lain lebih kurang macam resepi rendang tapi aku punya, memang lain rasanya.. Sebab aku banyak gunakan daun ketumbar segar.... 


UNGKEP AYAM

1 kg ayam, dipotong kecil
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar, dihiris bulat
2 batang serai, diketuk
1/2 cawan minyak masak
garam dam perasa secukupnya
1 hiris asam keping
air secukupnya

Bumbu (rempah ribu ratus di kisar)

2 ikat daun ketumbar segar - ada yang guna 2sb serbuk ketumbar  
3 sudu besar jintan putih
3 sudu besar jintan manis
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar (merah)
10-15 biji cili padi  -Kalau tak mau pedas, jangan gunakan cili padi
4 ulas bawang putih

Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bawang besar dan serai hingga naik baunya.
Masukkan bumbu kisar sehingga garing.
Masukkan potongan ayam dan gaul sebati. Biarkan ayam itu sehingga separuh masak. Masukkan asam keping dan 1 1/2-2 cawan air. Biar mendidih.
Masukkan garam ikut suka. Kalau nak masukkan gula pun boleh tapi aku tak masukkan gula..
Matikan api dan hidang dengan nasi panas bersama ulam sudah memadai...
Aku hanya hidang dengan baby buncit buncis mentah saja..
Sedappppp..... 


Selamat makan lunch hari ini & Selamat berbuka puasa pada yg berpuasa cam aku~~~

* Post ni dah aku schedulekan..Masa ni, kami sekeluarga sedang bergembira di A Famosa Water World  Melaka, bersempena Family Day 2011 company Hubby Baby....;P 

0 comments:

Catat Ulasan