CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Selasa, 19 Julai 2011

Roti Lapis Berdaging Yg Menambahkan lagi Lapisan !

Bila berpuasa, dah tak tahu nak lapiskan perut dengan menu apa. Ternampak pulak seorang kakak ni buat menda alah ni.. Bahan-bahan pulak memang dah ada sejak beberapa hari.. So, jom le! Makan hidangan ni, tak perlu lagi nak masak nasi berlauk-pauk lagi dah... Kenyang tau! Tambah berlapis pulak perut ni lepas makan tu..



ROTI LAPIS BERDAGING


                                                                3 biji ubi kentang - dadukan
500 gm daging cincang@ daging kisar Ramly
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 sudu besar serbuk kari daging - tambah lagi kalau nak pedas
3 sudu besar minyak untuk menumis
12 - 14 keping roti putih 
500 ml susu segar
3 biji telur
garam secukup rasa
parutan mozarella cheese @ kepingan chedder cheese @ kedua2nya pun boleh
marjerin untuk lenser loyang @ bekas kaca tahan panas
* 1 batang carrot- dadu
2 biji tomato - dadu
1 pack cendawan segar - dadu


Cara Penyediaan:-

1. Tumis bahan kisar hingga layu dan naik bau. Masukkan serbuk kari, ratakan.
2. Masukkan daging kisar dan ubi kentang. masakkan sampai daging agak masak.
3. Masukkan carrot, tomato & cendawan segar. Biar sampai carrot 1/3 masak.

4.  Tutup api dan ketepikan ia.
3. Sementara itu, pukul telur, susu dan secubit garam hingga sebati.
4. Masukkan kesemua roti tadi dalam adunan susu. Ramaskan roti hingga hancur dan bahagikan kepada 3 bahagian.
5. Sapukan margerin pada permukaan loyang @ bekas kaca tahan panas.
6. Masukkan 1/3 bahagian roti tadi, ratakan. Kemudian masukkan 1/2 inti daging tadi, ratakan. Letakkan kepingan cheddar cheese diatasnya.
7. Kemudian masukkan lagi bahagian roti hancur tadi. Ratakan dan masukkan baki inti daging tadi dan ratakan jugak. Letakkan lagi kepingan cheddar cheese di atasnya
8. Akhir sekali tutup dengan baki akhir 1/3 roti. Taburkan parutan mozarella cheese diatasnya.
9. Bakar dengan api sederhana 160'C , 30 - 45 minit @ hingga lidi yang dicucuk bersih tanpa sebarang adunan yg melekat padanya.


Lepas dah siapkan, terlupa pulak nak panaskan oven.. So, adunan yang dah siap ni terpaksalah dok rehat kejap... Bila tengok parutan mozarella tu, gerammm rasanya! Tak sabar nak berbuka pulak! hehehehe

.
Ni hasilnya lepas keluar dari oven! Payah sikit sebab guna bekas bulat tinggi gini... Lain kali kena guna bekas empat segi tu aje.. Tapi memang kenyang sungguh! Tak caya?? Cubalah masak & makan bersama keluarga~~~ 

0 comments:

Catat Ulasan