CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤

Khamis, 28 Januari 2010

Mana Datangnya????

Dari dua hati yg bersatu, dari dua jiwa yg berpadu...
"Saya nak awak gantikan budak From 5 g KursusKesedaran Islam kat High School. G seminggu tau!" Arahan Mr. Burnt (Gelaran yg kami beri pada Cikgu Abu Bakar)
Sampai je kat kedai ( Ibu aku ni seorang pemilik restoran kat Bandar Melaka), " Buk, Kolyn nak kena g kursus kat High School le. Esok dah kena daftar. PAgi."
Ibu, "Yelah.. G. TAkpe, Buk tak g Muar besok.."
MAlamnya, ku kemas dan kemas dan kemas barang2 nak bawak g... Seronok le sbb aku aje Form 4 yg dpt pergi..walaupun sebenarnya jadi bidan terjun! Hehehehehe.. Aku tak pernah terpilih g kursus cam ni.. ada Qiamullai, ada kuliah subuh, maghrib....Al-maklum le..org tengok aku ngan kakak-kakak yg lain cam Cina..sombong (Sebab cakap omputeh kat skolah & sbb kawan ngan budak Cina aje..) So , mmg teruja le ni..
Esok pepagi, (arwah) ayah hantar g High School... Mak ai! Ramainya! Satu Melaka punya sekolah ada hantar wakil....Ada chance tambah kengkawan Melayu ni!Lepas daftar tu, g masuk bilik jap..Semuanya kakak-kakak Form 6 dr High School..Semuanya baik, peramah & suka sangat ngusik..Seronok!
Lunch, kami turun..Berbondong-bondong rakyat tuju tempat yg sama...Dewan Makan.
"Adoi!" Sakit le plak mamat ni langgar aku.
" MAaf ye" TAk sengaja" KAta mamat tu sambil tersengeh-sengeh cam kerang busuk. Kakak2 yg ada dgn aku gelak aje..Ok..
Petangnya, semua kena berkumpul di dalam dewan. "Ada briefing" kata Kak Benjy
Aku ngan kakak2 dok le kat depan sekali..Bukan apa..dah memang diajar oleh (arwah) ayah utk selalu duduk di depan sekali dalam apa2 majlis pun...
Sebelum briefing, Abg HAmsani ( Ketua Fasilitator Kursus) kata nak adakan pemilihan utk Penghulu & anak2 buahnya..
Bila diminta calon, aku dengar Cikgu Md Lasa sebut2 "Yunus..Yunus". Abang2 yg dok belakang tu pun sebut nama yg sama..HAti aku bercakap jugak.."Bagus sangat ke mamat Yunus nih sampai semua orang cam sebulat suara aje ni?"
Terpusing2 kepala aku nak tengok pemilik nama tu..La...... MAmat tu rupanya! Mmmm ok kot..sbb lepas terlanggar aku tu, dia minta maaf..
Dan AJK2 yg lain pun dipilih...yg semuanya aku tak kenal..Tapi kebanyakannya budak Form 6.
Mulai dari hari tu, apa2 hal, kenalah jumpa Penghulu atau AJK2nya... TApi kelakarlah penghulu ni..setiap kali duduk atau berdiri, dia mesti masuk2kan kemeja dalam seluarnya balik...Baju tu pendek ke apa? Kelakuan dia tu lah yang menjadi bahan aku & kakak2 sebilik buat lawak...Tapi, satu aje! Kenapa setiap kali terlihat kelibat Abg Yunus (Semua kena panggil senior dgn Abang @ kakak), kakak2 ni mesti usik2 aku....Eleh! Tak heran lah.....
HAri Ketiga berkursus, Kak Jef hulurkan aku satu nota kecil...Pengirimnya...Adoiiii...mamat ni..Pehal lak dia kasik2 nota ni?? Aku bukannya berminat pun...Hello! SPM pun aku lom lepas lagi tau! Mmmm...buat dek ajelah...
HAri ke-5, kami 2 bas g Hutan Rekreasi utk aktiviti Merentas Desa... Mmg bebetul merentas desa! Jalan dalam hutan yg takde track..LAlu denai yg batu2nya licin...MAsuk kolam yg berlumpur....Tapi terasa istimewa plak...Penghulu jaga kumpulan aku sedangkan semua orang kena ikut kumpulan masing-masing..tak boleh berpecah sbb fasilitator kata, nak memupuk sikap tolong-menolong dalam kumpulan..... Mungkin sebab kumpulan kami yg terbelakang sekali kot..tu sebab Penghulu ikut kami...Tapi aku lebih terasa cam dia ikut aku saja...Masa aku tersangkut dalam lumpur, dia yg tolong aku..MAsa aku hampir nak tergelincir, dia yg capai aku sebelum terjatuh..MAsa aku hampir tersadung, dia yang pantas tahan aku..MAsa aku tak boleh nak panjat tembok 10 kaki tu, dia yg relakan bahunya dipijak oleh kaki aku yg dah tukar warna masa tu... Hek eleh...baiknya penghulu.......
6 bulan selepas tu....Dia pergi tinggalkan aku..ke BAtu RAkit, Terengganu..Dia kata, ini pengorbanan dia buat Mak dan adiknya yg nak ambil SPM..Katanya tak mau menyusahkan keluarga lagi menanggung dia belajar..sedangkan sepatutnta bulan Oktober tu, dia ambil STPM!Hanya sebulan saja lagi, dia dah berhenti sekolah....
HAmpir setiap hari kami berutus surat...................

1989 - Aku menduduki SPM.... Abang bayak berikan sokongan pada aku supaya buat yang terbaik dalam SPM nanti...Ibu pula sentiasa berpesan, do the best...

1990 JAnuari - Aku menghadiri Kursus Intensif BAhasa Inggeris di PPUM selama 5 minggu namun surat2 Abang tetap setia berkunjung tanpa henti..Cuma aku saja yang dah kurang menulis padanya...

1990 Mei- Aku bertolak pula ke Jepun dalam Program Pertukaran Pelajar AFS.. bulan disana namun surat abang masih tetap setia menuruti kemana saja aku pergi.....

Itu semua kisah 20 tahun yang lepas..Sekarang sudah tahun 2010...Dah hampir 17 tahun aku berkongsi susah dan senang dengan mamat tu..Yup! Yunus adalah suamiku..seorang suami yg amat menghormati aku sebagai seorang isteri, ibu, anak, cucu, anak buah sepupu & makcik ...Aku tidak pernah dimarahinya (walaupun bertan-tan kesalahan dan dosa aku padanya..). Jentik jauh sekali...Dia tatang aku bagaikan minyak yang penuh... Dia sayangi aku sepenuh hatinya..Dia manjakan aku bagaikan anak kecil...Tapi 110% kepercayaan dia letakkan pada aku dalam menguruskan rumahtangga dan 4 orang buah cinta kami....
Berbagai dugaan dan cabaran yang telah kami tempuhi..Berbagai kesakitan yang telah kami rasai... Berbagai keperitan yang telah kami lalui..Dan kami melepasi semuanya walaupun teramat payah...Mungkin itu namanya "Kekuatan Cinta".... dan mungkin jodoh...
KAmi tidak mewah..hidup serba sederhana tapi rumahtangga kami diisi dengan pohon-pohon cinta, bunga-bunga kasih, kelopak-kelopak sayang dan daun-daun rindu.... Dan juga restu dari seluruh keluarga kami...Alhamdullillah....

0 comments:

Catat Ulasan