CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Jumaat, 29 Januari 2010


Along....

Dah 2 hari Along demam panas. HAri tu MC sbb kaki bengkak. Doc kata terseliuh..Ok..I get it..Dia mmg lasak & terseliuh tu biasa dah bagi dia & aku, umminya.. Tapi ada bekas gigitan kat kaki dia tu Bila aku tanya dia jawab " Ala..Kena gigit semut besau kat padang hari tu.." Ok lah jugak alasan tu..Esok lusa, hilang le dia..

Kelmarin, Along demam panas.. Biasalah kan..demam-demam ni..Tapi memang panas betul! Suhu dia antara 39 - 40.2... TApi dia tetap pergi sekolah..KAtanya, sayang tertinggal lessons, especially Pure Science subjects.. Tapi tak perasan pulak, dalam demam-demam tu, kaki kanan dia yg kami sangkakan terseluih tu makin membengkak & bernanah...

Petang tadi, aku & Hubby Baby pergi belikan air kelapa, nak kasik dia minum untuk hilangkan panas badannya tu... Sampai dirumah, dia takde kat tempat biasa. Rupanya dia tengah berselubung dlm comforter kesejukan..Memang panas sangat ..Aku ajak dia makan nasi & minum air kelapa 2 gelas..Masa tu aku ternampak. Aku terperanjat!!Dari atas buku lali hingga ke hujung kakinya dah membengkak sekali ganda dr size biasa! Masyaallah....






Bila aku belek-belek, ada 3 lubang. Satu lubang dah cam bentuk muka bumi bulan. Yang lagi 2 tu pun hampir nak jadi cam tu..Laaa.... Patutlah dia demam panas..Rupanya gigitan so called 'semut besau' yg gigit dia tempohari dah jadi penyakit dah.... Siap aje dia makan, terus aku minta Hubby BAby bawa Along g clinic..

Pergi Klinik Putramedic, Hb Baby kata ramai sangat yang sakit... Aku suruhlah bawak pergi Klinik Syed. "MAk ai! Radiator dah nak meletup nih!", kata doktor tu..Dia suh g hospital. Dia kata kena potong sikit & cuci. Small operation.. KAtanya kalau kat GH, mesti admit punya (sebab dia ni mmg doktor kerajaan). So, we decided hantarlah Kuantan Specialist Hosp aje. Biar Dr Puteri attend him..

Malam ni, bilik Along kosong..Takde lah kedengaran bunyi lagu yang ntah apa-apa dr bilik dia tu. TAkde lah dapat dengar bunyi dia kacau adik-adik dia yg lagi 3 orang ni.. Mmmm...Aku dah rindu dah kat dia walaupun belum masuk sejam aku hantar dia sampai dalam wad 203 tu..

Esok Dr Puteri akan schedulekan dia untuk the small operation.. Sepanjang jalan, kami sakat dia tentang operation yang bakal dijalankan..Alah..kecik aje tapi biasalah..Abah dia, merangkap Hubby Babby aku tu mesti nak sakat anak dia tu..Si Shah pun sama gak! Aku masuk sikit-sikit aje..hehehehhe.

BTW, Shah tu dah macam anak angkat kami. Sama sekolah dengan Along tapi baru form 3. FAmily jauh kat Lipis. Dia dok asrama tapi memang setiap minggu balik rumah ni...Dapatlah Along sorang adik lelaki yg boleh dibuat kawan..katanya...

Sunyi rumah ni..... Along tu ntahkan dah tidur, entahkan belum.. Good nite Along..Esok Ummi datang ye..Love u. Miss u (^~^).....

0 comments:

Catat Ulasan