CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Khamis, 29 November 2012

Rindu Sudah, Berpisah Belum

Dari tahun lepas lagi dia sudah kata tak mau pergi tahun ni.. 2 minggu lepas, harapannya musnah sebab seorang daripada tiga yang patut pergi dah kena tarik untuk special task.. 2 minggu lepas jugak harapan berbunga kembali sebab kat depan embassy tu dah terasa cam "Mesti susah nak dapat visa ni! Kat KL aje dah ketat kawalannya,, Tu belum sampai George Bush Intercontinental Airport lagi.. " Ntah macamana ntah ketatnya pemeriksaan pada seorang lelaki yang beragama Islam ni nanti...

Rupanya, 2 hari bekerja kemudian, terus dapat parcel dari embassy..  Dah dapat U.S. Visa dah dia... Dia hampa.. Aku, lagilah!

Hati masih berat... Jadual kerja dia pun sangat ketat. Seminggu ni ada conference yang sangat stress.. Urmm.. Aku pun jadi stress walaupun dia balik dengan senyuman dan jelingan manja tapi office workload terpaksa dibuat dirumah.. Bila masa pulak nak ngadap permit, baca reports dan buat paperwork kat office kalau dah 10 jam kena dok menjawab dan explain semuanya?? Nak makan pun tiada masa. Jangan kata nak sandarkan badan ke dinding dalam seminit selepas solat! Untuk meringankan semua itu, aku teman dia buat itu semua.. Dia buat kerja dan aku tengok TV! Baru perasan, dah lama rupanya aku tak tengok TV ni! Tengok Adam & Hawa pun kat computer selepas download semua 4 episod untuk seminggu.. So, for 3 days in a row, aku tonton la drama tu secara terus dari TV pada waktu siarannya.. Tak syok la bila iklan.. I've always been the advertisement hater!

Walau tak suka, mungkin itu adalah yang baik untuk aku... Semalam siang, aku dah siapkan luggagenya.. Ambil sehelai baju, hati sayu.. Ambil lagi sehelai, jadi double sayu... Jadi, kiralah betapa sayunya hati bila 10 helai baju, 2 helai seluar, sehelai sweater, sepasang thermal wear, 4 pasang stokin, sehelai kain pelekat, sehelai sejadah, dan 6 helai *@&#^%$!* aku masukkan dalam luggage... Separuh hatiku sudah pergi...

Semua dah ada dalam ni.. Hatiku jua...
Hari ni, terpaksa pula pack luggage aku untuk pergi wedding adik sepupu this weekend...  Balik Kuantan, drive sendiri, tanpa dia disisi.. Perjalanan pasti sunyi...

Oh yes! Aku manja dengan dia.. Seminit tiada disisi, rasa dah macam setahun tak jumpa! 10 jam dia bekerja, dah terasa macam forever! Dari hari pertama nikah dan kawin, memang tak boleh tidur kalau dia tiada.. Dulu dia kerja shift 12 jam. Bila kena shift malam, dia bekerja di kilang dan aku juga bekerja dirumah.. Masa aku masih mengajar, aku terpaksa memaksa mata lelap walaupun pada hakikatnya tak idur. Bukan dibuat-buat tapi memang tak boleh tidur langsung. Bila dia balik esok paginya, aku dah siap tunggu dia untuk salam dan cium tangannya sebelum ke sekolah. Bila dah jadi surirumahtangga, selepas breakfast sama-sama lelap mata.. Tapi dia akan bangun jam 2 petang dan aku jam 11 dah bangun untuk sediakan lunch..

Nak kata tak pernah berpisah, kami selalu terpisah dek kerja, especially dia yang kerap dapat special task dari company. 4 minggu di Jepun, 2 minggu di Kuwait. 2 bulan di India. 6 bulan di Singapura. 4 bulan di Brussel, Holland dan Germany. seminggu di China dan kerap ke KL dan Singapore untuk meeting dan meeting dan meeting... Dah 19 tahun 6 bulan kami bersama dan aku masih lagi perlukan lengan dan bau ketiak dia untuk tidur..

Pernah dia kena kemam buah pinang sebab orang tua-tua kata kalau rindu, rendam dan sapu air rendaman buah pinang tu ke muka supaya kurang rasa rindu. Setiap kali, dia akan simpan baju selama seminggu.. Kalau tak pun dia guna kain pelekat yang sama selama 2 minggu. Semua tu bukan untuk anak-anak tapi untuk aku!

Dulu-dulu masa belum ada YM dan Skype, setiap hari dia akan call. Bill telefon akan melambung sampai beribu-ribu sebulan. Bila dah ada YM dan SKYPE, kedua-duanya sentiasa aku 'on'kan. Selepas Subuh akan 'jumpa' dulu.. Tengahari akan 'jumpa' lagi. Malam sebelum aku golek atas katil pun akan 'jumpa' lagi. Ada waktunya aku terpaksa bangun jam 3 pagi kerana masa itu la dia ada break atau dia baru nak masuk tidur... Senang cerita, setiap kali dia break dari meeting atau kerja, kami akan online.. Anak-anak pun tepuk dahi tengok Ummi & Abah mereka.

Jangan ingat dalam dunia ni aku sorang aje yg begitu.. Ramai juga yang begitu tapi ramai juga yang tak memahami keadaan aku.. Katanya mengada-ngada.. Terpulanglah pada pandangan masing-masing.. Tapi if he is truly your other half, u'll understand my situation.. Ibunda yang sangat memahami aku dan dia pun dah tahu sangat keadaan itu.. So, setiap kali dia akan berpergian, Ibunda akan risau dengan kesihatan aku..  Maaf Ibunda. Bukan niat anakanda untuk buat Ibunda risau tetapi itulah anakandamu yang lahir dari rahimmu 40 tahun dahulu...

Dah hampir 7 malam aku tidur lewat.. Sentiasa memandang wajah si jantung hati.. Dah lebih 7 hari juga aku berdoa agar Allah kuatkan hati untuk melalui hari-hari tanpa dia disisi. Tapi dah 7 jam sebak sebab esok malam dia akan fly ke sana..

Kenapa aku tak ikut dia sekali? Kan senang kalau ikut... Memang plannya aku ikut dia tapi anak-anak bawah umur yang bertiga ni macamana? Takkan nak ponteng kelas Tahfiz disebabkan Umminya tergedik-gedik nak ikut Abah ke sana? Sangat tak adil, kan? So, kuatkanlah hati, semampu yang boleh!

At one point, when I can't stand the cruel words towards me, I just wished I could be like them who make use of the time away from their spouse to have fun with friends and lean back on their chairs after work with the thought of "I'm so off the hook when he's not around" with a big relief. I was so surprised to know some friends who are like that! Alhamdulillah, that wish never came true!

Bila rambut gonjeng pun, pandangan ku pada dia tetap penuh dengan cinta...

He's my other half... Looking at him have always felt like me looking at the mirror...
He felt the same as I have always do...

Malam semalam, dalam kereta nak ke bandar, Addeen dah menangis sebab nak berpisah dengan Abah yang selalu melayan karenah dia walau letih mengerah akal dan hadapi tekanan kerja yang meningkat seharian di kilang.. Aku jadi tak keruan tapi nasib baik aku pusingkan pandanganku ke kiri jalan supaya Addeen tak nampak airmata Umminya yang dah bergenang. Esok, tak taulah.. Rasanya wajib seorang sepupu yang drive kami ke KLIA! Kalau tak, nanti aku tak nampak jalan!

 Mati itu pasti .. Tak kira dimana sekalipun, waima atas katil sendiri.. Setiap kali berpisah, hanya ALLAH sahaja yang tahu samada akan bertemu kembali atau tidak.. Moga dia selamat pergi dan pulang semula ke pangkuan aku dan anak-anak serta kedua ibunda kami... Aamiin....

*terngia-ngia di telinga ini lagi apa yang Ibunda cakap pada aku tentang menantunya yang seorang ni..
Bu', you are so true about him.. Tapi tak boleh la nak share apa yang Ibunda cakap tu.. Kang ada menantu lain yang sentap karang!

0 comments:

Catat Ulasan