Semalam aku turun Kuantan untuk beli tiket bas Hubby Baby yang nak ke KL hari ni. Dia kan ada kelas kat Titiwangsa... Sepanjang jalan Galing tu dah ada dah banner ni... Banyak le pulak banner ni kat tiang-tiang letrik dalam Kuantan.. Kalaulah concert ni 20 tahun yang lepas, aku rasa cam aku akan pergi.. Tapi ni kan dah tahun 2011.. aku dah melepasi tahap ' terkinja-kinja' .. Ogos ni 39 dah... So, for sure keberahian untuk pi concert MLTR ni dah ilang... Tapi aku yakin, jumlah orang yang pergi ke concert ni adalah jauh jumlahnya dari yang pergi ceramah Ustaz Kazim Elias.... Dunia..dunia.... Dan aku tertanya-tanya..Adakah mereka-mereka yang pergi ke concert ini akan meluangkan 5 minit untuk solat Maghrib dan Isya' di Masjid Tengku Ampuan Afzan yang letaknya hanya sepelaung jauhnya? Ataupun di surau Stadium SUKPA sendiri? Mudah-mudahan mereka memenuhi ruang-ruang solat yang disediakan di sana untuk menunaikan solat Maghrib dan Isya...
Apapun, concert ini akan diadakan pada 30hb April , bermula jam 8:30 malam.... Sempat la nak solat dulu... Dan jangan lupa batas pulak ye....
0 comments:
Catat Ulasan