CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤

Khamis, 14 April 2011

Diri Situ Aje!

Dari zaman kanak-kanak lagi dah ada kes budak mati kena langgar dengan kereta yang mengundur.. Beberapa hari lepas, terjadi lagi satu kes di kuala Terengganu.. Ayahnya terlanggar anak yang dok diri belakang Pajeronya. Katanya dia nampak anak perempuan dia dah masuk ke dalam kedai makannya tapi... Anaknya mati di tapak kakinya sendiri... Yelah! Kan tapak kakinya yang dok menekan pedal minyak!

Aku cukup takut perkara ini.. So, apa yang aku amalkan ialah...Bila aku nak ngundur kereta atau pun nak masukkan kereta dalam garage,  aku akan pastikan anak-anak berada di tempat yang selamat.. Samada dalam kereta, dah dok kat beranda rumah atau di tempat yang aku rasa aku leh nampak dia... Kalau dia gerak aje, aku tekan brek! Gerak! Brek! Sambil tu aku jerit sekali! KAlau tak paham bahasa, aku tarik handbreak, keluar dari kereta dan tarik anak dok atas kerusi di depan pintu rumah! Kalau terlebih emo, aku piat sikit telinga dia! Hehehehe....

Tapi..kita nak salahkan ayah si mati pun payah jugak.. Dari dalam berita yang dilaporkan, dia sudah memastikan anaknya berada di tempat yang selamat...Bila kematian itu dah tertulis akan terjadi, walau atas katil pun, ia tetap terjadi... KUN FA YA KUN....

[Al Mu'min:68]
Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: 
"Jadilah", maka jadilah ia".

3 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆

tak terbayang jika terjadi mcm tue...sebab darah daging mati atas kecuaian sendiri kan akak...moga di jauhkan

Cool Lean

Kan... Akak pun sama.. Jangan kata kita sendiri terlanggar.. Kalau kehilangan dalam apa juga cara pun..memang akak tak boleh bayangkan kehilangan anak dan orang yang tersayang.... NAuzubillah.. minta dijauhkan.. kita berusaha untuk mengelak dan Allah yang menentukan semuanya...

BTW, dah sihat ke?? Last week ada lagi gempa tp akak x buka blog Ayu these few days.. Bz sikit...

☆*♥L@dy @yU♥*☆

actually everyday ada gempa cuma beza kuat atau tak jer...but alhamdulliah semua under control..insyaAllah

Catat Ulasan