CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Selasa, 26 April 2011

Merehatkan Diri

The waiting area
Ada orang yang merehatkan diri dengan ke suatu escapade seperti kawasan kampung, tepi pantai, ke luar negara ataupun ke kawasan yang dikelilingi oleh hidupan liar. Ada juga yang lebih suka merehatkan diri hanya sekadar di rumah sendiri, di atas katil sendiri tanpa gangguan dari suami dan anak-anak...

Bilik mengurut..
Kekadang, aku berpeluang merehatkan diri di spa dengan rawatan-rawatan yang boleh membuatkan aku terlena.. Dan semalam aku berpeluang lagi untuk ke spa sementara Hubby Baby berada di pejabat kilang dan anak-anak di sekolah masing-masing. Peluang ini bukan aku yang merengek meminta dari Hubby Baby tetapi dia yang sering menghadiahkannya kepada aku. Thanks, Sayang..

Berbagai package yang disediakan tapi aku pilih Aromatheraphy Spa Package dengan tambahan body massage.

Mula-mula disediakan segelas air madu panas untuk memanaskan sedikit badan. Sesedap rasa sahaja air madu itu.
Syoknya bila diurut..*Googled
Yang benda putih panjang tu, jenuh aku cuba buka..
Katanya itu shower cap..Empat lima kali cuba dibuka tapi
gagal. Rupanya ia hanya perlu ditarik dari bahagian tengah
kerana ia didesign bagaikan accordian!
Add caption
Kemudian dibawa ke bilik urutan untuk proses urutan aromaterapi dan tradisi. Di sini tersedia kain batik tanpa dijahit, shower cap untuk menutup rambut dan seluar dalam pakai buang untuk digunakan..Selain itu juga ada tuala mandi, dan dua helai tuala yang satu digunakan semasa proses mengurut badan sementara satu lagi untuk kegunaan selepas mandi rempah. Dan secawan air halia disediakan untuk diminum. Mmm..dah minum dua gelas dah ni!


Thai Sauna..  *googled
Kemudian dibawa ke bilik sauna Thai... Bukan sauna jenis ditutup dari leher ke bawah tu tapi sauna ini berbentuk poncho. Bersauna dari kepala hingga ke hujung kaki selama 30 minit membuatkan peluh aku  menitis bagaikan air mandian! Tapi syok... Selesai sauna, aku diberikan segelas air untuk menggantikan air dalam badan yang telah keluar sebagai peluh.

Sepanjang bersauna, aku perhatikan jahitan dan rekaan sauna itu. Ok.. Kain belacu, sebuah gelung rotan dan mesin jahit sahaja yang perlu untuk mendapatkan sebuah Thai sauna sendiri.. Ops! Jgn lupa, tempat dan ruang untuk menggantungnya.. Dan juga, beli sebuah dapur tanah liat ataupun beli sahaja mesin. Tapi aku pernah melihat pemilik spa yang menggunkan periuk nasi elektrik untuk mendapatkan stim sauna ini..

Bersauna ini dapat membantu mengurangkan stress, membuang toksid dalam badan, tingkatkan metabolisme, merawat masalah kulit serta membunuh bacteria dan virus. Jika dilakukan selama 15 minit, 400-600 kalori boleh terbakar! Kalau berjogging 30 minit, baru 300 kalori yang hilang! So, tepuk dada, tanya keupayaan dan kesanggupan... ;P

exfoliating body scrub
Lulur..*googled
Selesai bersauna, aku dibawa pula ke bilik lulur dan mandian. Proses melulur dengan menggunakan rempah bermula... Rempah yang digunakan memang terasa panasnya. Dari hujung jari tangan hingga hujung jari kaki dilulur dengan lembut tapi berkesan. Mana tahu berkesan?? Nanti story!

Mandi rempah..*googled



Selepas 30 minit dilulur, dimandikan pula dengan mandian rempah. Semua luluran rempah di bersihkan oleh staff spa dengan menggunkan soft bath scrub. Memang aku pilih package ini untuk membuang angin dan melancarkan perjalanan darah.Lagipun, aku sukakan bauan rempah yang menyegarkan.

Kemudian aku diberikan 15 minit untuk berendam di dalam air mandian itu. Waktu itu aku gunakan sepenuhnya untuk diri sendiri... Selepas itu, badan dibilas dengan air suam.
Sekejap sahaja terasa segala proses. Rupanya dah dua jam lima belas minit digunakan. Proses terakhir, aku di sapukan relaxing lotion ke seluruh tubuh. Produk yang digunakan dari mula sampai ke akhir ialah produk Mustika Ratu. Kalau kita request untuk facial, barulah akan digunakan produk Shadira atau SR11 kerana Zie DeAURA Beauty & Spa ini adalah stokis bagi produk tersebut. 
Keseluruhan package ini, aku nikmati dengan bayaran RM199. Kebiasaannya, aku hanya dikenakan kurang daripada RM130 di pusat spa yang lain tapi rasanya, worth every penny.. Suasana dan layanannya memang bagus. 

Selesai berspa.. Jemput Addeen dari sekolah dan ke klinik! Kenapa?? Sebab aku memang dah tak sihat sejak hujung minggu lepas kerana allergic yang melampau! Keluar sahaja dari pusat tu, terasa balik badan yang tak sihat! Di clinic, terasa cam nak pitam dah! Dr. Sunita tanya "Did you drove here by urself?" Tak lama selepas itu, aku diberikan one good piriton shot which made me drowsy.. And Hubby Baby rushed down to the clinic (which made Dr. Sunita smiled..She have a very good reason to do so.. ) and asked me to drive home at that instance to get rested and he fetched the girls, and bought lunch. Before leaving Dr. Sunita, she said "You felt soft today la.."
" Oh! ! I just left the spa a while ago "

So people, go get urself a good scrub. It may not be at the beauty house or by some people who does door-to-door-spa service. You can always ask your husband to scrub you with your own homemade-scrub mixture or to make it simpler, get a good scrub mixture from the pharmacy or any stores out there! I always have one at home to get a good scrub from my Hubby Baby.

0 comments:

Catat Ulasan