Bila nampak kerap ke masjid, dikata nak nunjuk-nunjuk le tu..
Bila bersantai-santai, "Oi! Takde keje ke?Jangan memalas.."
Bila pakai baju baru "Wah! Nak tunjuk baju le tu.."
Bila pakai baju lama, "La..Apsal selekah nau ni! Zuhudnya..."
Bila menutup dan menjaga aurat, ""Dah alim dah sekarang, Ya Ustazah.."
Bila makan bertambah, "Mak oi! Pelahapnya!"
Bila makan sikit, "Diet keeee?"
Bila tersengeh, "Gediknya!"
Bila masam, "Sombongnya dia!"
Bila dok berlonggok bincang benda elok @Muzakarah, "Ha... Gossip apa tu?"
Bila bermekap, "Oi! Dah buang tebiat ke hapa ni?Jangan buat perangai le..."
Bila muka nampak menawan," Botoks ke tu??"
Manusia hari ini suka bersangka-sangka.. Ada bersangka baik tapi lebih banyak yang bersangka buruk..

Mana tahu..
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu..
Yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu..
Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya
Mana tahu..
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu..
Yang ceria itu kerana cergas fikirannya dan sentiasa mengingati Allah
Hentikanlah bersangka-sangka ni.. Bila terlalu bersangka, ia boleh memusnahkan ikatan atau ukhwah sesama manusia seperti musnahnya kayu dimakan api. Kita nampak 'A' tapi ia terus pulak menjadi B, C, D dan semakin berlarutan sehinnga 'Z' pun ..

Memusnahkan ukhwah sesama manusia sama seperti musnahnya kayu dimakan api. Satu perkara yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung kepada bagaimana kita melihatnya... Wallahu a’alam.
Usah lupa firman Allah Taala..
Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah dari kebanyakan dari syak wasangka, sesungguhnya sebahagian daripada syak wasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujurat 48: 12)
0 comments:
Catat Ulasan