CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

¤❤¤Oº°‘¨☜❤☞¤Lean on to each other ' '' '' ''❤ '' '' '' '' Keep holding on to each other¤☜❤☞¨‘°ºO¤❤¤
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Ahad, 17 April 2011

Demi Se....

Dapur terkunci rapi. Tapi kena makan jugak....
"McDonalds punya makanan semuanya makanan yang sihat" kata Addeen.
Huh! Cam nak pengsan dengau! Tapi layan aje... 
Ingatkan nak cari sesuap nasi.. Errr... cukup ke sesuap aje???????

Satu tray ni x leh tunjuk semua... Ada lagi 2 tray kat sebelahnya! Hehehehehe...

Sambil makan, sambil tengok gelagat pelanggan yang lain.. Macam-macam rupa ada...

Pelanggan yang ini yang paling menarik perhatian Addeen!
Budak kecik zaman sekarang..dah pandai jeling-jeling!

McDonalds tak ada kaitan dengan tajuk tapi kisah dibawah akan bercerita.. cerita benar..

Bungkusan ini adalah atas ingatan 3 orang adik terhadap abangnya...

Siapa budak baju biru duduk atas kerusi di tepi padang di tengah-tengah siang buta ni???
Budak ni tinggal di asrama. Sebulan sekali baru boleh balik. Itu pun bergantung kepada aktivitinya di sekolah. Semalam dia pulang ke rumah dan ditawarkan kerja selama 2 hari. Dia amat perlukan wang tambahan untuk sekolah. Dia terpaksa membayar sejumlah wang kepada seorang junior kerana telefon bimbit si junior yang dia pinjam telah diambil dirampas oleh warden... RM90 ... Dia tak berani untuk meminta wang sebanyak itu dari kedua ibu bapanya.. Kerana dia tahu, ibu bapanya pasti marah akan tindakannya meminjam telefom bimbit orang lain
Makanya, dia telah meminta izin untuk bekerja dari ibu dan bapanya. Walaupun kejadian rampasan kuasa kapal telefon bimbit itu tidak diberitakan kepada kedua orang tuanya, namun ia dapat dibau dihidu oleh ibunya..
Atas keizinan, di tepi padang inilah dia menjalankan tugasnya demi sebuah rampasan gantirugi.
Bermula dari jam 7:30 malam pagi, dia duduk disebuah kerusi yang dikhaskan disediakan. Dia perlu pekak peka dengan bola yang ditendang keluar garisan. Jika biola bola ditendang keluar padang, dia akan membaling satu bola ganti kepada pemain. Dan dia perlu berlarianak berkejar mengutip bola yang satu lagi...

Nampak tak bola ganti yang sentiasa berada di tangannya itu??
Itulah tugasnya seharian... Dan dia di bayar sebanyak RM75 sehari!!
Fuh! Mewah!

Apabila permainan selesai, dia sendiri pula akan bermain bola sepak.. Lepas gian le tu.. Dia ni mana boleh nampak orang main bola!

Termasuk dia, terdapat 8 orang yang mensawat menjawat jawatan ini..  Dan kesemua mereka adalah terdiri daripada kawan-kawannya jugak. BTW, cantik t-shirt tu! Jenama Nike ye, bukan Mike! Free lak tu! Sapa mau kasik....

Addeen membantu membawa makanan untuk abangnya ....Bukan senang nak dapat makan...
Bukan senang nak mendapat kerja...Tiada kerja, tiada gaji.. Tiada gaji, tiadalah makanan....

Kesimpulannya.... Kalau pinjam barang orang, anda bertanggungjawab terhadap barang itu.!
Bila anda telah sanggup bertanggungjawab terhadap barang itu, jika sekiranya terjadi apa-apa silalah tanggung dan cubalah jawab!

Esok, dia masih akan bekerja sehingga jam 4 petang. Dari sana dia akan dijemput dan dihantar semula ke asrama untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar pula...

Errrr.. Esok dapat gaji nanti Ummi pegangkan ye! Heheehehehe
Bukannya nak beli Baskin Robbins guna pun.. Nanti Ummi masukkan dalam account si junior itu..

0 comments:

Catat Ulasan