Hendak kata, cepatlah kata..
Tidak kita menaggung derita..
Dari semalam meleraikan kekusutan mata..
Buku bertimbun merata-rata..
Banyak sungguh askar bubuk
Dihalau ia lari berdezum..
Sana-sini ada habuk..
Penyebab alahan aku hhhhhaaaccchhhuuummm!
Kala bercinta di panggil 'Baby'
Makan coklat disalut strawberi..
Kalau diberitakan pada Hubby Baby..
Pasti ubat yang dia beri.
Pak Andeh yang lurus dimarah bini
Kerana mendukung si biri-biri
Makin menjadi allergicku ini
Terpaksa aku cari ubat sendiri.
Angin tasik memukul pelipis,
Tenang sungguh si Tasik Chini
Alamak! Loratidine dah habis!
Apa aku nak buat sekarang ni??
Addeen suka si siput sedut
Makan sorang tak ingat kakak
Kepala dah berdenyut-denyut
Mata pulak mula naik bengkak!!
Ahmad Albab bukannya bisu
Bersama anak jin "lalalallalala"
Letih mengheret kotak tisu
Nak saja ku lekat atas kepala!
0 comments:
Catat Ulasan